Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Tuesday, December 29, 2009

Cream Cheese-Chocolate Chip Cookies


Assalamualaikum dan selamat pagi!!!!!
Mira nak update blog dengan laju hari nih... haha..
ada banyak benda dalam fikiran ini
||| himpunan resepi yang berlambak-lambak & tak sempat lagi nak cuba |||
||| nak bungkus chocolate muffins (again.. haha.. dah terkena semangat rajin buat chocolate muffins kot) untuk labmates lepas nih dan tengah fikir nak buat ker tak 'thank you tag' itu..hoho |||
||| pencarian kerja yang seperti tiada penghujungnya... adakah betul tindakan ini..oooh |||
||| nak tukar imej..wah.. hehe.. nih saja gatai... rasa nak berfashion walaupun tak pandai pun |||
||| hmmm... lagi..lagi.. ha.. memikirkan masa hadapan... masa hadapan 'kami'.. hehe.. yes.. K A M I.|||

Semoga dipermudahkan semuanya.. as I always said....

eh.. panjang pulak jadinya.. haha..
ok..ok.. nih nak bercerita tentang buat Cookies . hehe.. Beberapa hari yang lalu... (bila sebut macam nih.. maknanya Cik Mira yang cute nih dah tak ingat bila tarikh sebenarnya.. haha), Mira bersama My Cintasayangiluvu ada la 'ter'lalu area asrama sekolah dolu-dolu.. huhu... terimbau pulak kenangan kenangan yang mengusik jiwa itu... waaahh.. hehe... best giler dengan kawan kawan..
Lepas tuh cuba cari balik kedai peberet yang dulu selalu pi untuk 'bershopping' biskut, aiskrim, coklat  aka makanan makanan rapu lagi merapu... hehe..... tapi tak jumpa pulak kedai tuh... huhu..
Dulu kalau pi kedai tuh mesti beli Chips Ahoy. Suka sangat cookies tuh..
ha sebab tuh yang tetiba muncul semangat untuk ber'COokiNg with L.O.V.E' nih...

Cookies nih tak krup krap macam Chocolate Cookies yang Mira buat sebelum nih..
Cookies kali ini soft and chewy. sedap!!!
hmmm... hmmmm.. cumanya bentuk cookies nih agak tidak seragam.. haha..
mungkin perlu letak acuan untuk mendapatkan bentuk yang cantik... hoho.. sebab yang Mira buat nih ada macam macam bentuk... hehe... dari bulat sampai ke empat segi.. ha sapa nak jawab? hihi..
1st timer... ok la tuh...
My Cintasayangiluvu ada jugak merasa.. hehe... biasalah my no.1 fan and food tester.. hoho
Cicah dengan susu... oh.. sangat yummy! cuma beliau berpendapat perlu di'garing'kan lagi.. sebab terlalu soft.. oooppss.. tapi Mira suka yang macam nih.. hihi
ha kalau nak tau soft and chewy ker tak? Mesti la cuba... Have Fun!!!!!


soft and chewy cookies

 
Bahan bahan:
  • 3 oz Cream Cheese (suhu bilik)*
  • 8 oz butter (suhu bilik)* - keluarkan dari peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum diguna
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 12 oz. Chocolate Chips
  • 2 sudu kecil orange zest (optional)


Cara menyediakan:
  1. Preheat oven 180°C.
  2. Masukkan cream cheese, butter dan gula ke dalam mixer. Pilih setting speed yang paling tinggi. Pukul sehingga jadi adunan sebati.
  3. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga gebu dan smooth jer adunan tuh..
  4. Kurangkan kelajuan mixer. Dengan perlahan lahan, masukkan tepung gandum, garam, chocolate chips dan orange zest satu persatu.
  5. Pukul sehingga kesemuanya sebati.
  6. Seterusnya sudukan adunan ke atas loyang yang telah dilapik dengan baking sheets. Jarakkan 1 inci bagi setiap satu.
  7. Adunan nih memang lembut. Jadi tidak perlu membentuknya. Cuma letakkan sesudu adunan ke atas loyang. ia akan membentuk seperti disk bila dah masak nanti.
  8. Bakar selama 12-15 minit atau sehingga sekeliling cookies menjadi perang.
  9. Sedia dihidangkan bersama susu.


 Mira suka dengan kelembutannya... pastu ada chocolate chips dok main sembunyi-sembunyi.. hihi




boleh juga dicicah dengan susu... yummy!




jeng..jeng..jeng... bentuk empat segi... haha.. lawak betui... hm tak kisah la.. asalkan sedap.. 


Learn to enjoy every minute of your life. 
Be happy now. 
Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. 
Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family.
Every minute should be enjoyed and savoured


Happy baking,

Sunday, December 27, 2009

Ayam Masak Madu



manis madu dan sedikit rasa pedas


Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu!!
Mira dah berjaya masak Ayam Masak Madu... weeeee.... weeeee..... (tersengih panjang.. haha)
tapi yang nih bukanlah Ayam Madu macam kat kedai nasi kandaq yer... ini versi Cik Mira yang rajin hihi

Ha kalau sesiapa perasan, bila Mira memasak hidangan yang ada kuah nih.. Mira akan sediakan sosnya dulu.
Maksudnya, Mira akan sukat dan masukkan bahan bahan untuk sos tuh dalam mangkuk awal awal lagi.. hehe
al  maklumlah, Cik Mira nih akan terketar-ketar kalau kat dapur.. seriously terketar-ketar ..haha... akan jadi kalam kalibut.. hoho
jadi lebih senang kalau bahan bahan sos tuh Mira sukat betul betul... ya dengan betul betul yer... ini bermakna Cik Mira yang rajin nih akan menggunakan sudu penyukat tuh.. ala yang dah ada siap 1 set tuh. untuk 1 sudu besar, 1/2 sudu besar dan adik beradiknya itu... hehe..
tak pandai lagi kalau nak masukkan terus ja..
Ha lepas dah sukat dan disatukan dalam mangkuk.. barulah tenang nak memasak pastu masukkan ja terus bila nak masak nanti.
Oleh itu, bila Mira masuk dapur, tak ada la rupa macam Makcik Nigella tuh masak .. haha... main campak campak ja makcik tuh.. kagum aih.. jeles sebenarnya hihi

ok..ok.. panjang pulak Cik Mira membebel hari ini.. hehe
Selamat mencuba!

Bahan bahan:
Perap
  • 400-500g Ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • - Gaulkan kesemuanya dan perap selama setengah jam.
Sos
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • - disatukan dalam mangkuk dan diketepikan
Lain-lain
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • air secukupnya
  • minyak

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Sebelum menggoreng ayam, ketuk sedikit ayam untuk menjatuhkan lebihan bahan perap. Lebihan bahan perap ini disimpan untuk digunakan nanti.
  2. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak sehingga tinggal secukupnya untuk menumis.
  4. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
  5. Kemudian masukkan lebihan bahan perap dan cili kisar. Kacau sedikit.
  6. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika untuk cili kisar itu masak.
  7. Setelah sedikit kering dan telah pecah minyak, masukkan bahan sos. Kacau sebati.
  8. Masukkan air secukupnya.
  9. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  10. Sedia dihidangkan.


sedia dihidang untuk makan tengah hari 


Every day is an opportunity to upgrade or downgrade your system. 
I think you know which one has value over long term. 


Happy cooking,

Thursday, December 24, 2009

My List


Assalamualaikum...

baru baru ini Mira ada buat soalan cepu emas kepada kawan kawan kat facebook dan blog.. hihi..
soalannya berbunyi begini :

Top 5 Things to Eat in Malaysia or Malaysian Food???

(hehehe.. nak buat survey.. konon nanti nak belajar masak..) 
jangan malu jangan segan... jom la jawab.. jika sudi, boleh letak kat komen di bawah tu yer (^.^)\/
 
 
Dari maklumbalas yang terima daripada Zainur, Nab, Yah, Liesha, Siti dan Ida; kawan kawan Mira yang aktif berfacebook nih dan tak lupa juga dari amir dan cik cbah.. hihi..
inilah senarai makanannya:
  1. Sambal udang + petai
  2. Gulai Ikan masin
  3. sambal pekat ikan keli
  4. Gulai ayam
  5. kari kepala ikan
  6. asam pedas ikan tenggiri
  7. ikan belah belakang (sumbat sambal)
  8. gulai ketam + nenas
  9. sotong paprik [tak pernah makan lagi]
  10. ayam masak merah
  11. daging masak kicap
  12. tempe goreng cicah sambal kicap [tak pernah makan yang dimasak macam nih]
  13. kerabu pucuk paku
  14. kerabu mangga
  15. kerabu nenas
  16. kerabu jantung pisang [tak pernah makan lagi.. hm adakah ia sama dengan ulam jantung pisang wahai cik liesha???]
  17. terung goreng bercili [tak pernah makan lagi... sebab kurang berminat dengan terung..hehe]
  18. Solok lada
  19. begedil
  20. karipap
  21. satay
  22. roti canai [yang nih macam mencabar ja kalau nak cuba.. hoho]
  23. nasi lemak [bukan naseeee lemak nooooo wahai cik cbah!]
  24. nasi kandaq
  25. nasi minyak [ida, yg nih tunggu kenduri kami la yer.. hihi..]
  26. nasi dagang
ha banyak jugak yer makanan kat Malaysia nih.. hihi
ini belum lagi dapat senarai dari My CintaSayangIloveyou.. nanti akan di update lagi yer..
Semoga dipermudahkan perjalanan nak belajar memasak nih... fuh..fuh..fuh.. bila tahun nak habis belajar haha..



Success is the sum of small efforts –repeated day in and day out
 
Happy cooking,
 

Monday, December 21, 2009

Chocolate Pudding



sangat bercoklat

Assalamualaikum...
Semoga semua dalam keadaan sejahtera dan senyum selalu... ha senyum la sikit.. lagipun..senyuman itu kan suatu sedekah... ada orang cakap senyum ni antara petua awet muda tau.. hihi..
ha kalau dah buat senaman muka tuh, baru lah boleh makan puding nih.. hehe..
Photobucket
Sebelum nih Mira dah cuba Chocolate Muffins, Chocolate Cake dan Chocolate Cookies. Jadi kali nih, untuk menambahkan koleksi Chocolate di COokiNg with L.O.V.E ini, Mira cuba buat Chocolate Pudding pulak.. hehe.. sedap.. lemak bercoklat.. sejuk ja... tambah pulak senang saja nak buat..
Bahan bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung 
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 4 1/4 cawan air
  • 10 g serbuk agar agar
  • 50 g butter

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali butter ke dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga kesemuanya sebati dan mendidih.
  3. Seterusnya masukkan butter dan kacau sebati sehingga pekat.
  4. Alihkan dari api dan tuang ke dalam bekas.
  5. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  6. Sedia dihidangkan.


 sesuai dihidang untuk minum petang atau ketika menonton di rumah




♥ Frown and you frown alone, but smile and the whole world smiles with you


Happy cooking,

 

Sunday, December 20, 2009

Chocolate Cake




Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah 1431!
Semoga ada satu penghijrahan yang besar dalam dan kepada diri kita, dan keluarga kita
pada tahun baru 1431 Hijrah ini

insyaAllah...

Bersempena hujung minggu nih, makan kek coklat layan jugak kan? hihi
hhmmm... hari ni tak tau nak membebel apa kat sini.. hihi.. sekian sahaja laporan masakan daripada Cik Mira yang amat rajin.. haha
 
Bahan bahan:
  • 1 1/2 cawan serbuk koko ( + sedikit untuk ditabur pada loyang kek)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan gula
  • 1 sudu besar baking soda
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan minyak masak (kalau ada vegetable oil lagi bagus)
  • 1 1/2 cawan buttermilk***
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur (dipukul sedikit untuk mencampurkan putih dan kuning telur sahaja)
  • 1 1/2 cawan air panas
  • sedikit butter untuk disapu pada loyang kek
*** buttermilk
Masukkan 1 1/2 sudu besar cuka perlahan-lahan sambil mengacau ke dalam 1 1/2 cawan susu. Biarkan ia selama 10 minit sebelum digunakan.

Cara menyediakan:
  1. Preheat oven 180°C. Sapukan butter pada loyang kek dan taburkan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Tapis serbuk koko, tepung gandum, gula, baking soda, baking powder dan garam ke dalam mangkuk electric mixer. Set mixer pada kelajuan yang sesuai dan kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Kemudian dengan perlahan-lahan, masukkan minyak, buttermilk, esen vanilla, telur dan air panas satu persatu. (setiap kali masukkan bahan, biarkan semua sebati dahulu.. kemudian barulah dimasukkan bahan seterusnya)
  4. Kacau kesemunya sehingga sebati dan gebu selama lebih kurang dua minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar di dalam oven (rak yang tengah) selama 45 minit atau kek telah masak. (apabila dicucuk pencungkil gigi dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat).
  6. Pada pertengahan membakar kek atau selepas 20 minit, pusingkan loyang kek. Yang mana bahagian loyang yang mengadap hadapan oven akan dipusing mengadap belakang oven. Tutup pintu oven dan biarkan kek dibakar semula.**
  7. Apabila kek telah siap, pindahkan ke atas wire rack dan biarkan selama 20 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.
  8. Sedia dihidangkan.
** Baking tips:
Oven selalunya mempunyai 'Hot Spots', bermaksud suhu pada satu bahagian oven tidak sama dengan bahagian yang lain. Begitu juga pada bahagian belakang oven yang didapati lebih panas berbanding di bahagian depan. Jadi apabila loyang dipusing ketika separuh masa pertama kek dibakar, kek tersebut akan dibakar dengan suhu yang sekata secara keseluruhannya.



Kek coklat yang lembap lembap gebu gitewww.. Yummy!


No matter how busy you are, you must take time to make the other people feel important


Happy baking,


Monday, December 14, 2009

Chocolate Cookies


Chocolate Cookies

Assalamualaikum!!
Diharapkan semua telah bergembira pada hujung minggu lepas..
Pada 12/12/09 yang lalu.. telah berlangsung majlis perkahwinan dua orang kawan Mira
Tahniah kepada Wardah dan Lai bersama encik suami masing masing..
Selamat pengantin baru.. semoga berkekalan..
Seronok sangat.. berjalan-jalan, bergosip-gosip bertanya khabar berita, bergelak ketawa, bergambar, makan makan bersama kawan kawan sekolah yang lama tak jumpa... hehe..
F U N... F U N... F U N...!!!!
Photobucket

Di kala waktu telah sampai nak tengah hari atau waktu redup petang yang syahdu nih, sedap sangat kalau menikmati cookies bersama susu..
Yummy!
Cookies apa tuh??? hehe  hari tuh Mira dah cuba buat Chocolate Cookies..
tersangat la berchocolate... sedap!

Bahan bahan: (12 biji cookies)
Cookies
  • 125g butter
  • 85g gula
  • 20g serbuk koko (tapis jika ia berketul-ketul)
  • 110g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Topping
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 85g gula icing 
  • 1 sudu besar air panas
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • hiasan (chocolate rice, sprinkle dan caramel sauce)

Cara menyediakan:
  1. Preheat oven 165°C.
  2. Pukul butter dan gula sehingga menjadi krim.
  3. Kemudian masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  4. Seterusnya masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder. Kacau kesemua sehingga sebati.
  5. Campuran ini akan menjadi sangat lembut dan sedikit melekit.
  6. Bahagikan dan bentuk bebola kecil sebanyak 12 biji.
  7. Kemudian ratakan bebola sehingga menjadi sekeping disk comel yang sedikit gumuk.. hehe
  8. Susun di atas loyang atau bekas yang telah diletakkan kertas pelapik.
  9. Bakar selama 15 minit.
  10. Sementara menunggu cookies dibakar, sediakan topping.
  11. Masukkan kesemua bahan topping kecuali hiasan, ke dalam periuk.
  12. Panaskan dengan api kecil dan kacau sehingga kesemuanya mencair dan sebati selama 10 minit. Siap dan diketepikan.
  13. Setelah cookies siap dibakar, sejukkan di atas wire rack yang telah dilapik suratkhabar.
  14. Tuangkan chocolate glaze di atas cookies dan tabur dengan chocolate rice atau sprinkle.
  15. Boleh juga dituangkan caramel sauce dan tabur dengan chocolate rice atau sprinkle.
  16. Sedia dihidangkan 

 disapukan dengan caramel sauce dan ditabur sprinkle

 
disapukan dengan caramel sauce dan ditabur chocolate rice



disapukan dengan chocolate glaze dan ditabur chocolate rice

oh, this is so yummy and crunchy



The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart

Happy baking,

Tuesday, December 8, 2009

Ayam Goreng Tepung




Assalamualaikum...
Apa khabar semua!!! hehe... menghilang pulak Cik Mira nih.. hihi
Banyak perkara perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan ditimbang-timbangkan... hoho..
Nak berkahwin kah? oh... itu belum lagi... ini perihal Cik Mira yang bergelar seorang pelajar..
oh~ sungguh berat rasanya hati ini untuk meneruskan perjuangan yang tidak sepenuh hati ini...
I need strength, ubat kuat, ubat berani, ubat segala-galanya untuk kuat bagi meluahkan perasaan ini dan menghadapi segala rintangan, cabaran, dugaan yang terpaksa ditempuhi.. oooh~
~ semoga dipermudahkan semuanya... Amin...

Jadi untuk mengurangkan beban di kepala ini... Jom kita M A K A N !  hehehe Photobucket  
Mira boleh gelak ketawa senyum senyum lagi.. jadi jangan bimbang sangat.. Cuma doakan yang terbaik untuk Mira..
Jom makan Ayam Goreng Tepung. hehe.. nak buat ala-ala kfc tuh... tapi tak berapa nak kfc la... hoho..
tapi tetap sedap dimakan panas panas... cicah dengan sos cili.. ooh.. nikmat!

Bahan-bahan:
Perap
  • 5 ketul ayam (potong kecil)
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • - Gaulkan kesemua dan perap selama 15 minit
Tepung
  • 1/2 cawan tepung goreng berempah cili
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kari daging
  • - Gaulkan sebati dan ketepikan
Lain
  • 1 biji telur (dipukul sedikit. hanya untuk mencampurkan putih dan kuning telur)
  • minyak


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dengan api sederhana. Guna minyak dengan banyak sebab nak buat deep fry. Kalau guna deep fryer lagi bagus. (Mira tak tahu mama ada deep fryer.. hoho.. lepas dah siap baru mama bagitau ada deep fryer.. hahaha.. dok bersembunyi plak deep fryer tuh.)
  2. Celup ayam di dalam tepung.
  3. Kemudian celup pula ke dalam telur dan celup semula ke dalam tepung.
  4. Pastikan semua bahagian telah bersalut tepung.
  5. Apabila minyak telah betul betul panas baru goreng. Goreng sehingga keemasan.
  6. Sedia dihidangkan

 dicicah dengan sos cili thai.. hihi.. kegemaranku...


Notes to myself:
untuk bagi pedas, kena tambahkan serbuk cili dalam campuran tepung.. huhu.. tepung goreng berempah cili tuh.. tak pedas mana pun.. hoho


You are the way you are. But you don't have to stay that way. Improve yourself !


Happy cooking,

Tuesday, December 1, 2009

Happy 3 Months Birthday!



Assalamualaikum...
Selamat sejahtera semua!
tadi masa belek-belek, tengok-tengok, pusing-pusing, korek-korek blog nih, terperasan la pulak..
dah 3 bulan rupanya COokiNg With L.O.V.E nih...
Alhamdulillah; segala puji bagi Allah..
Bersempena 3 bulan umur COokiNg With L.O.V.nih,
Jom kita tengok pencapaian aka laporan kemajuan COokiNg With L.O.V.nih..
hihi..macam kat sekolah la pulak.. ada report card.. haha

Jenis Masakan/Hidangan : 35
  1. Spaghetti
  2. Sponge Cheese Cake
  3. Nenas Masak Lemak
  4. Chocolate Muffins
  5. Puding Telur Berkaramel
  6. Sirap Bandung Soda 
  7. Nasi Goreng 
  8. Ayam Masak Kicap I 
  9. Puding Roti Marble 
  10. Udang Goreng Asam 
  11. Mushroom Soup and Garlic Bread 
  12. Kek Batik 
  13. Ayam Goreng Bergajus 
  14. Ayam Madu 
  15. Paprik Udang 
  16. Kacang Buncis Goreng Bertelur 
  17. Daging Blackpepper I 
  18. Roti Celup Telur 
  19. Ikan Sweet n Sour 
  20. Sambal Telur 
  21. Sup Sayur Campur 
  22. Ikan Goreng Berempah 
  23. Roti Sosej 
  24. Sotong Goreng Tepung 
  25. Puding Laici 
  26. Ayam Masak Kicap II 
  27. Donut 
  28. Gulai Ikan 
  29. Daging Blackpepper II 
  30. Sambal Ikan Bilis 
  31. Udang Tiga Rasa 
  32. Kangkung Goreng 
  33. Udang Sweet n Sour 
  34. Strawberry Banana Muffins 
  35. Caramel Sauce

Statistic :




Page Loads
Unique Visitors
First Time Visitors
Returning Visitors
Total
1,372
878
560
318
Average
457
293
187
106

Month
Page Loads
Unique Visitors
First Time Visitors
Returning Visitors
Nov 2009
540
281
158
123
Oct 2009
458
300
191
109
Sep 2009
374
297
211
86

sumber : statcounter.com

Ha macam mana? ok la kan? ada la jugak orang yang nak jenguk COokiNg With L.O.V.E yang masih baby comel lagi nih.. hihi
Terima kasih kepada semua; My Cintasayangiluvu, My Family, My Friends and Everyone who drop by..
Komen, cadangan dan idea yang dicurahkan sangat dihargai!
terima kasih banyak banyak..
bersemangat ja nak meneruskan perjuangan COokiNg With L.O.V.nih.
Bilangan masakan/hidangan yang telah berjaya pun kira ok la kan kalau banyak tuh.. hihi..
hm, kira dah lulus dah nih COokiNg With L.O.V.E eh..eh.. pandai pandai ja Cik Mira nih puji sendiri.. hihi 
Tahniah!! hehe... sekian, terima kasih!


Always believe in yourself and set realistic, yet challenging expectations for yourself... 
even if it takes a bit of "wishing upon a star"


Hoping to be a good cook,






Monday, November 30, 2009

Caramel sauce


Assalamualaikum..
Semoga semuanya bergembira hujung minggu yang lepas.. banyak sungguh Mira makan.. haha.. semua ditelan..
Dari lemang, ketupat, nasi impit, rendang, spaghetti, mushroom soup + garlic bread, ayam goreng, laksa, char koey teow, gulai daging, kurma daging, perut + nangka masak lemak cili api, kari kepala ikan, agar-agar kelapa, muffin, puding, mee kari, mee udang hinggalah menu kegemaran kat rumah nih... gulai ikan dan ayam masak kicap.. fuh..fuh..fuh... meriah sungguh dengan makanan.. Alhamdulillah..
rasanya muka pun sudah semakin comel.. hihi...
ha ok..ok.. Jom kita tengok macam mana nak buat Caramel Sauce nih.. hm, senang ja..
lagipun kalau tak habis, boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge..
Caramel Sauce nih boleh dihiaskan pada aiskrim, buah, muffin, kek, pancake dan apa-apa jelah yang sesuai.. hm, tapi kalau nak makan macam tuh ja.. manis sangat la pulak.. hihi...

Bahan-bahan: (250ml)
  • 200g gula
  • 2 sudu besar air
  • 200ml whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara menyediakan:
  1. Campurkan gula dan air bersama di dalam periuk. kacau sebati
  2. Di dalam periuk yang lain, masukkan whipping cream dan garam. kacau sebati.
  3. Seterusnya, panaskan periuk yang mengandungi gula dan air tadi dengan api perlahan. Masak sehingga gula mencair menjadi karamel. (sama seperti membuat gula hangus untuk puding telur).
  4. Alihkan dari api, apabila gula telah bertukar warna perang muda.. jangan terlalu perang, dikhuatiri gula menjadi pahit.
  5. Kemudian, panaskan periuk yang mengandungi whipping cream sehingga berbuih sedikit di keliling periuk.
  6. Masukkan karamel (berhati-hati kerana mungkin akan terpercik). Kacau sebati. Tutup api.
  7. Sedia digunakan. Sos yang berlebihan bolehlah disimpan.


manisnyer... sedapnyer... hehe

Life always has a purpose...You just don't know it in its entirety 
Not everyone is so lucky to discover that

Happy cooking,

Thursday, November 26, 2009

Strawberry Banana Muffins



Assalamualaikum...
Semoga berada dalam keadaan sejahtera dan berbahagia di samping orang-orang yang tersayang.
Selamat menyambut Aidiladha!!! 
 bersama-samalah kita meningkatkan pengorbanan dan menyuburkan keikhlasan

Tergoda tak dengan strawberry kat atas tuh??? hehe... Mira suka sangat dengan warna merah strawberry nih. Cantik sangat kalau ada D90 nih mesti lagi cantik.. hihi... rasanya pun mestila sedap..
hm, tapi mahal sikit la kalau beli kat supermarket tuh.. hihi.. kalau nak dibandingkan beli kat Cameron Highland..tapi tak apa la.. asalkan hasil dari mempergunakan strawberry nih menjadi dan harus la sedap.. hihi
Sebelum nih asyik buatkan Chocolate Muffins ja kat rumah... rasanya semua orang pun dah boring..
jadi kali nih Mira cuba la pulak resepi Strawberry Banana Muffins. Ha terus ada pisang dan strawberry sekali dalam muffin.. ha.. puas hati.. hehe
Mira gunakan Pisang Berangan.. sedap sangat.. sungguh enak dimakan begitu saja.. hehe..
Pisang dan strawberry nih dibeli kat Sunshine Square.. (ha kepada sesiapa yang selalu ke Sunshine tuh hati-hati tau.. kalau rajin, baca kisah kat sini)

Bahan-bahan:
  • 113g butter (dicairkan di dalam periuk dengan api kecil)
  • 160g gula perang
  • 2 biji telur (dipukul sedikit. hanya untuk mencampur putih dan kuning telur)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji pisang ranum (dilenyekkan dapat lebih kurang 1 cawan)
  • 1 cawan strawberry (lebih kurang 5-6 biji strawberry) (dipotong dadu)
  • 295g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (optional)
  • caramel sauce untuk hiasan

Cara menyediakan: (10-12 muffins)
  1. Panaskan oven 177 °C.
  2. Di dalam mangkuk yang besar, gaul bersama gula perang, telur, esen vanila dan pisang sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan butter yang telah cair ke dalam aduanan gula perang tersebut dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  4. Seterusnya di dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan bersama tepung, baking powder, baking soda, garam dan serbuk kulit kayu manis.
  5. Kemudian dengan perlahan-lahan, masukkan strawberry dan gaul sebati sehingga semua strawberry bersalut dengan adunan tepung. Ini adalah untuk mengelakkan strawberry dari termendap di bawah muffin nanti ketika dibakar.
  6. Selepas itu, masukkan adunan basah (langkah 3) ke dalam adunan kering. Kacaukan sehingga sebati sahaja. Jangan kacau terlalu lama kerana bimbang muffins akan menjadi keras.
  7. Masukkan adunan ke dalam bekas muffins dengan menggunakan dua sudu. 
  8. Bakar selama 20-25 minit.
  9. Sedia dihidangkan

 comel jer mereka berenam nih.. hihi


sedia dihidangkan untuk minum petang


bersama caramel sauce.. yummy!

 
pisang dan strawberry yang sungguh sedap apabila digandingkan


 It isn't always easy to live the life you were meant to, but the lessons learned and the rewards are immeasurable
 
Happy baking,

Saturday, November 21, 2009

Udang Sweet & Sour



Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu!!!
Mira tak berjalan mana-mana pun hujung minggu nih.. jadi sempat la jugak nak update blog nih.. hehe
~saya suka duduk rumah.. hari-hari duduk rumah saya suka..rumah saya hari-hari suka duduk.. eh..eh..eh..hehe~
Kali ni Mira nak kongsi pengalaman memasak Udang Sweet n Sour hari tuh. Senang disediakan dan sedap!
Resepinya pun lebih kurang sama dengan Ikan Sweet n Sour yang dah Mira cuba..
Pagi tadi masa kat dapur, telah mendapat leteran tips membersihkan udang.  hehe.. sebab masa masak Udang Sweet n Sour sebelum ni Mira potong terus itu kepala.. hihi..
Mama bagitau apabila memotong kepala udang, potong bahagian hujung kepala udang yang dekat dengan mata udang yang comel tuh.. sikit ja.. jangan potong semua kepala udang tu.. kalau tak, udang tak ada rasa manis..ha..nanti kalau kat rumah mak mertua jangan dok potong macam nih.. nanti..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..  
~Cik Mira menganguk tersipu-sipu malu tanda faham~


 Udangku yang telah dipancung kepalanya.. hehe

Bahan-bahan:
Udang
  • 15 ekor udang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak 
  • - Goreng udang yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan
Tumis
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • - Kesemuanya dihiris halus
Sos
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air 
  • - Satukan kesemua bahan sos di dalam mangkuk
Lain
  • 1 biji cili merah (dipotong) 
  • garam jika perlu
  • minyak
  • daun sup

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan sos dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan cili merah. Jika perlu masukkan garam.
  4. Kacau sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan sebati.
  6. Angkat dan hiaskan dengan daun sup.
  7. Sedia untuk dihidangkan


 Udang masam masam manis

Notes to myself:
Potong sikit ja bahagian hujung kepala udang.

Food styling is about putting different pieces of perfect food together

Happy cooking,

Friday, November 20, 2009

Kangkung Goreng


Assalamulaikum...
Selamat melayari internet.. hehe
tahniah kepada budak-budak UPSR yang dah dapat keputusan..
Mesti ramai yang seronok kalau nak cuti sekolah nih.. terutamanya budak sekolah la kan..
Amir tuh dah seronok sangat... cuti lama la katakan..
tapi yang si Suffi dok pulun exam SPM pulak.. semoga dipermudahkan
~adik-adikku~
hm, teringat pulak zaman muda remaja dulu-dulu..huhu.. lani dah besar-besar pun semua orang.. yang nak kahwin pun ramai..
eh..eh..eh... cerita apa Cik Mira nih dok mengarang.. huhu..
Jom tengok apa yang terhasil di dapur hari tuh..
Kangkung Goreng hehe.. yang nih senang sangat nak buat sebab guna Perencah Sayur Goreng...
hehe.. teringat kejadian pertama kali mencuba masak Kangkung Goreng guna perencah nih la..
ada ka patut Mira yang merasakan dirinya seperti chef di dapur, masukkan garam lagi.. hihi.. sepatutnya tak perlu..
tahap kemasinannya tidaklah terkata.. sampai tak ada seorang pun yang nak makan Kangkung Goreng tuh.. huhu.. tragis sungguh 
Tips: kalau pun nak masukkan garam gak.. apa-apa pun kena la rasa dulu kuah sayur goreng tuh..
hehe.. masin ka.. pedas ka.. tawar ka.. hihi

Tapi itu dulu la. Pertama kali.. hehe.. sekarang nih dah dua tiga banyak kali masak hidangan nih..
Kira dah cekap jugak la.. lagipun senang sangat.. hahaha

Bahan-bahan:
  • 1 peket Perencah Sayur Goreng
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 10-15 ekor Udang saiz kecil
  • 1 ikat Sayur kangkung
  • air secukupnya
  • minyak

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. 
  2. Masukkan perencah dan bawang besar. Tumis sehingga harum
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan udang. Kacau sebati sehingga udang masak.
  4. Masukkan sayur kangkung dan kacau sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

 hidangan kegemaran keluargaku yang disayangi

Never live in the past but always learn from it


Happy cooking,



Thursday, November 19, 2009

Udang Tiga Rasa


Assalamualaikum
Semoga semua dalam keadaan sejahtera
Kali nih, Mira mencuba masak Udang Tiga Rasa.. rasanya ~pedas~masam~manis~masin~ eh nih dah empat rasa.. hihi ntah la..
bagi Mira resepi nih lebih kurang macam Udang Sweet n Sour ja.. hehe
Ringkas dan mudah disediakan!

Bahan-bahan:
Udang
  • 13-15 ekor udang
  • serbuk kunyit
  • garam
  • minyak
  • - Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
Tumis
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar cili kisar
Sos
  • 1/2 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/3 cawan air
  • - satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Ketepikan.
Lain
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • daun sup (optional)


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis dan kacau sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan bahan sos dan kacau sebati.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Sedia dihidangkan

rasa udang yang manis bersalut sos yang pedas, masam dan sedikit masin

Timesaving cooking tips:
Have all ingredients prepared, measured, and set out within reach before you start cooking.


Plan your progress carefully; hour-by hour, day-by-day, month-by-month.
Organized activity and maintained enthusiasm are the wellsprings of your power.


Happy cooking,

Wednesday, November 18, 2009

Sambal Ikan Bilis


Assalamualaikum!
Selamat pagi dunia!!!!
Selamat menghadapi SPM, Suffi!!!!!  
(my little sister.. always be the little sister.. hehe) 
Semoga dipermudahkan menjawab peperiksaan itu..
YOU CAN DO IT!!!!
~ Our doa and all the best wishes always be with you... always ~


Ha dah sarapan ka? kalau sarapan dengan nasi lemak panas-panas memang sedap nih.. hehe
tapi Mira tak ada la nasi lemak nak jamu kat sini... hehe tak belajar lagi.
ada Sambal Ikan Bilis ja..
Hm layan jer la..Sambal Ikan Bilis pun sodap!

Bahan-bahan:
  • 1 cawan ikan bilis (digoreng dan diketepikan)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air (optional)
  • minyak
Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Tumis sehingga cili kisar masak dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, madu dan air asam jawa. Kacau sebati.
  4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau sebati sehingga kesemuanya masak.
  5. Sedia dihidangkan

 kerangupan ikan bilis goreng bersalut sambal yang pedas... sungguh sedap

Notes to myself: 
ikan bilis perlu digoreng dengan lebih lama lagi agar lebih krruuup..krrraaaappp...krruuup..krrraaaappp...


Most people are about as happy as they make up their minds to be


Happy cooking,

Monday, November 16, 2009

Daging Blackpepper II




Assalamualaikum...
Semoga semua berada dalam keadaan sejahtera...
Daging Blackpepper nih memang sedap.. hehe..  Ramai yang pasti suka..
Sebelum nih dah pernah cuba.. jadi sebab tuh kali nih namanya Daging Blackpepper II hehe..
Kedua-dua resepi ni sedap.. cuma berbeza cara memasak saja.

Bahan-bahan:
Daging
  • 300g daging (dipotong kecil)
  • Air secukupnya
  • - Rebus daging sehingga lembut (Mira rebus lebih kurang sejam). Air rebusan disimpan untuk kegunaan memasak nanti
Tumis
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • - Kisar semua bahan dan ketepikan.
Sos
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • 3-5 titik minyak bijan
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • secubit garam atau secukup rasa
  • - Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan diketepikan.
Lain
  • minyak
  • 1-2 mangkuk air rebusan daging
  • 2 biji ubi kentang (dibuang kulit, dipotong wedges dan digoreng)
  • 2 biji cili merah (dihiris) (Mira belah dua, buang biji dan potong) -optional
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)

Cara menyediakan:
  1. Panaskan sesenduk minyak dan tumis bahan-bahan tumis yang telah dikisar tadi sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan daging bersama air rebusannya.
  3. Masukkan bahan-bahan sos. Kacau sebati. Biarkan mendidih
  4. Seterusnya masukkan kentang, cili merah dan bawang besar. Gaulkan kesemuanya sehingga masak.
  5. Sedia dihidangkan


 dagingnya sungguh lembut dikunyah dengan rasa pedas dari lada hitam

In your attempts to be innovative, do you make time for exploration?

Happy cooking,


Related Posts with Thumbnails