Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables
Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

Sup Makaroni Ayam


Assalamualaikum... Salam Sejahtera
Cik Mira datang kembali dengan CookiNg with L.O.V.E
hehe... setelah sekian lama.. Alhamdulillah... berjaya juga mengupdate..
Kali nih Mira cuba buat sup. Sedap! hehe.. dan sudah tentulah ini makanan kegemaran Cik Mira yang comel ini juga.
Senang saja nak buat... kalau yang sukakan pedas, boleh la buatkan sambal kicap cili padi sekali..
versi sup ini tak pedas.. sesuai untuk Cik Mira dan kanak kanak yang tak makan pedas.. hehe

Bahan bahan:
  • 100g Makaroni (direbus sehingga lembut dan toskan)
  • 300g Ayam (dipotong kecil)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 6 cawan air (atau secukupnya)
  • 1 sup bunjut
  • 4 biji kentang (dipotong 8)
  • 1 batang lobak merah (dipotong bulat)
  • 1 kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • daun sup dan daun bawang (diracik)
  • minyak untuk menumis


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga harum.
  2. Masukkan air, ayam, sup bunjut, kentang dan pati ayam. Biarkan mendidih selama 20 minit.
  3. Setelah 20 minit, baru dimasukkan lobak merah. Biarkan mendidih lagi 10 minit.
  4. Masukkan garam secukupnya.
  5. Setelah kesemuanya masak, barulah dimasukkan makaroni, daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.
Dah siap.. senang sangat kan? Selamat mencuba.. hehe.. tersangat teruja bila boleh masak masak nih.. hehe...


 
Mira akan masukkan sekali nasi dalam mangkuk nih dan seterusnya... slurrrppp...slurrrppp...slurrrppp...sampai licin



  The life you want is the life you have to make!


Happy cooking,

Monday, November 2, 2009

Sup Sayur Campur


Assalamualaikum...
Hai.. hello.. halluuu..
Mengumumkan ketibaan Cik Mira ke dalam Lab 106..-kepap2x... kebum2x..kepap2x... kebum2x.. eh..eh.. nih silap lagu nih.. ahahaha-
huhu.. Semoga Mira rajin buat kerja untuk habiskan master dengan kadar yang segera.. Amin! Doakan yer..

Siapa suka makan Sup Sayur Campur kat sini.. sila angkat tangan!!! -saya.. saya.. saya..- hehe
Hm, kalau dapat memborong sayur kat Cameron Highland nih memang seronok.. dengan suasana kat sana yang nyaman sejuk jer..
terimbau pulak kenangan field trip Botani Ekonomi.. best giler
Rombongan Cik Kiah Dr Zainal dengan 3 bijik bas.. hoho..jalan-jalan dengan rakan-rakan seperjuangan..
hm, rindu pulak kat Ira **kenangan bercakap keluar asap**
hahaha.. lawak sungguh!

Ha cerita pasal sup sayur nih, kenangan makan sup sayur paling best adalah masa kat Kundasang, Sabah.
1st time makan sup sayur yang panas-panas dengan suasana yang sangat sejuk.. oh HEAVEN!
hehe.. sejak tuh, suka sangat sup sayur.. tapi kat sini tak ada la suasana makan yang nyaman lagi sejuk itu.. hehe -kisah ini adalah untuk memberi isyarat kepada encik khairi asraff supaya suatu hari nanti, boleh la pi sana.. bole kan bah? huhu.. betui ka ayat tuh.. ahahahaha-

Hm, lagi satu.. nak masak sup sayur campur nih teramat la senang.. tambah pula dengan bantuan Cik Maggi Cukup Rasa itu.. hehe.. Jom.. layan!

Bahan-bahan:
  • Sayur campur -bunga kobis, carrot, kacang buncis, jagung muda- (dipotong kecil)
  • Maggi Cukup Rasa
  • air
Cara menyediakan:
  1. Masukkan air dan Maggi Cukup Rasa secukupnya. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan sayur. Masak sehingga mendidih.
  3. dah siap pun.. hehehe..
*** kalau nak cantikkan lagi, boleh la dimasukkan cili merah yang telah dihiris


yummy!

Food is not about impressing people. It's about making them feel comfortable


Happy cooking,

Saturday, October 17, 2009

Mushroom Soup & Garlic Bread


Assalamualaikum..
hehehe... I feel good! oh yeah.. huhu.. aura birthday gurl la katakan .. ahaks!
Tadi ada buat mushroom soup buat kali yang ke-3..
hoho.. rasa berbangga sangat.. kihkihkih..
sebabnya Mama tak pernah lagi sebelum nih beria-ia suruh Mira masak selain daripada buat spagheti.. hehe
sedap.. semua orang dok puji.. bertambah tambah kombang idung bersemangat Mira nak belajar memasak.. hehe
Selalu bila makan mushroom soup kat restoran atau dari tin, teringin ja nak buat sendiri..
hehe rupa rupanya senang ja pun nak buat.. hehe
Jom kita buat mushroom soup and garlic bread!

Mushroom Soup

Bahan bahan:
  1. 250 ml atau 1 cawan susu segar
  2. 750 ml atau 3 cawan air
  3. 2 kiub pati ayam
  4. 1 tin besar cendawan butang (425g) (dihiris nipis atau dicincang) -Mira penggemar cendawan, jadi suka cendawan banyak banyak dalam sup hehe.. boleh guna tin kecil kalau tak suka yer
  5. 1 sudu besar marjerin
  6. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  7. 1/2 cawan tepung gandum dilarutkan dengan 1 cawan air
  8. daun parsley kering (Mira tabur sesuka hati ja)
  9. garam (Mira masukkan sikit ja kadang-kadang tak masukkan terus, sebab pati ayam tuh dah masin)


Cara menyediakan:
  1. Masukkan susu segar dan air ke dalam periuk, dan panaskan dengan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan butang, marjerin dan serbuk lada.
  3. Kacau perlahan lahan sehingga mendidih.
  4. Seterusnya, kecilkan api dan dengan menggunakan penapis, masukkan larutan tepung gandum sambil mengacau sup perlahan lahan.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan garam jika perlu dan daun parsley.
  7. Siap!

~Hmmm..mmmmm.. GOOD~



Garlic bread

Bahan bahan:
  1. France loaf
  2. 7 ulas bawang putih (dikisar)
  3. air
  4. 1/2 butter 250g (125 g) (dibiarkan pada suhu bilik kerana untuk memudahkan membuat garlic butter nanti)
  5. daun parsley kering


Cara menyediakan:
  1. Masukkan bawang putih dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  2. Tapiskan bawang putih untuk buangkan air yang berlebihan.
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan juga daun parsley ke dalam butter dan dikacau sebati.
  4. Siap garlic butter!
  5. Seterusnya potongkan france loaf dan sapukan garlic butter di atas kedua dua permukaan roti.
  6. Bakarkan roti tersebut...
  7. Siap!


 bunga merah tuh dibuat ulam yer.. hihi


*** Lebihan garlic butter boleh disejukbekukan dalam fridge.

Happy cooking,
Related Posts with Thumbnails