Assalamualaikum semua!!!!!
Wah lamanya tak update.
Hahaha
Tak dak resepi apa pun yang nak dikongsi.
Cuma haritu ada yang tanya Mira macam mana nak potong lobak merah aka carrot jadi bentuk bunga.
Lama dah dia tanya. Tapi tak berkesempatan nak post kat blog.
Mula-Mula nak buat video la konon.
Tapi tak buat jugak. Hahaha
Pastu kebetulan pulak harini terjumpa gambar ni.
Jadi bolehla ikut step kat bawah ni okay 😊
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts
Tuesday, February 23, 2016
Friday, November 20, 2009
Kangkung Goreng
Assalamulaikum...
Selamat melayari internet.. hehetahniah kepada budak-budak UPSR yang dah dapat keputusan..
Mesti ramai yang seronok kalau nak cuti sekolah nih.. terutamanya budak sekolah la kan..
Amir tuh dah seronok sangat... cuti lama la katakan..
tapi yang si Suffi dok pulun exam SPM pulak.. semoga dipermudahkan
~adik-adikku~
hm, teringat pulak zaman muda remaja dulu-dulu..huhu.. lani dah besar-besar pun semua orang.. yang nak kahwin pun ramai..
eh..eh..eh... cerita apa Cik Mira nih dok mengarang.. huhu..
Jom tengok apa yang terhasil di dapur hari tuh..
Kangkung Goreng hehe.. yang nih senang sangat nak buat sebab guna Perencah Sayur Goreng...
hehe.. teringat kejadian pertama kali mencuba masak Kangkung Goreng guna perencah nih la..
ada ka patut Mira
tahap kemasinannya tidaklah terkata.. sampai tak ada seorang pun yang nak makan Kangkung Goreng tuh.. huhu.. tragis sungguh
Tips: kalau pun nak masukkan garam gak.. apa-apa pun kena la rasa dulu kuah sayur goreng tuh..
hehe.. masin ka.. pedas ka.. tawar ka.. hihi
Tapi itu dulu la. Pertama kali.. hehe.. sekarang nih dah
Kira dah cekap jugak la.. lagipun senang sangat.. hahaha
Bahan-bahan:
- 1 peket Perencah Sayur Goreng
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 10-15 ekor Udang saiz kecil
- 1 ikat Sayur kangkung
- air secukupnya
- minyak
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak.
- Masukkan perencah dan bawang besar. Tumis sehingga harum
- Kemudian masukkan sedikit air dan udang. Kacau sebati sehingga udang masak.
- Masukkan sayur kangkung dan kacau sebati.
- Sedia dihidangkan.
hidangan kegemaran keluargaku yang disayangi
♥ Never live in the past but always learn from it ♥
Monday, November 2, 2009
Sup Sayur Campur
Assalamualaikum...
Hai.. hello.. halluuu..
Mengumumkan ketibaan Cik Mira ke dalam Lab 106..-kepap2x... kebum2x..kepap2x... kebum2x.. eh..eh.. nih silap lagu nih.. ahahaha-
huhu.. Semoga Mira rajin buat kerja untuk habiskan master dengan kadar yang segera.. Amin! Doakan yer..
Siapa suka makan Sup Sayur Campur kat sini.. sila angkat tangan!!! -saya.. saya.. saya..- hehe
Hm, kalau dapat memborong sayur kat Cameron Highland nih memang seronok.. dengan suasana kat sana yang nyaman sejuk jer..
terimbau pulak kenangan field trip Botani Ekonomi.. best giler
Rombongan Cik Kiah Dr Zainal dengan 3 bijik bas.. hoho..jalan-jalan dengan rakan-rakan seperjuangan..
hm, rindu pulak kat Ira **kenangan bercakap keluar asap**
hahaha.. lawak sungguh!
Ha cerita pasal sup sayur nih, kenangan makan sup sayur paling best adalah masa kat Kundasang, Sabah.
1st time makan sup sayur yang panas-panas dengan suasana yang sangat sejuk.. oh HEAVEN!
hehe.. sejak tuh, suka sangat sup sayur.. tapi kat sini tak ada la suasana makan yang nyaman lagi sejuk itu.. hehe -kisah ini adalah untuk memberi isyarat kepada encik khairi asraff supaya suatu hari nanti, boleh la pi sana.. bole kan bah? huhu.. betui ka ayat tuh.. ahahahaha-
Hm, lagi satu.. nak masak sup sayur campur nih teramat la senang.. tambah pula dengan bantuan Cik Maggi Cukup Rasa itu.. hehe.. Jom.. layan!
Bahan-bahan:
- Sayur campur -bunga kobis, carrot, kacang buncis, jagung muda- (dipotong kecil)
- Maggi Cukup Rasa
- air
- Masukkan air dan Maggi Cukup Rasa secukupnya. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan sayur. Masak sehingga mendidih.
- dah siap pun.. hehehe..
yummy!
♥ Food is not about impressing people. It's about making them feel comfortable ♥
Monday, October 26, 2009
Kacang Buncis Goreng Bertelur
Assalamualaikum..
Pa habaq?? Mira baru balik dari kampung.. ziarah tok..
Alhamdulillah... kesihatan tok dah semakin ok.. dah boleh berjalan sikit sikit..
Semoga tok cepat sembuh.
Hm, arini nak kongsi masakan sayur la pulak ye.. hihi..
sebenaqnya tak tau nak mengarang apa lagi kat sini.. hihi.. jadi apa kata kita terus menjamu mata dengan hasil Cik Mira mengasah bakatnya di dapur.. huhu..
Kali nih kita layan resepi nih plak.. Ok tarik nafas panjang panjang.. jeng jeng jeng..
Kacang Buncis Goreng Bertelur (fuh.. fuh.. panjang betui nama..ahahaha)
Nama ja panjang, tapi senang ja pun.. huhu.. again.. D.R.A.M.A.. hihi
Bahan bahan:
Pa habaq?? Mira baru balik dari kampung.. ziarah tok..
Alhamdulillah... kesihatan tok dah semakin ok.. dah boleh berjalan sikit sikit..
Semoga tok cepat sembuh.
Hm, arini nak kongsi masakan sayur la pulak ye.. hihi..
sebenaqnya tak tau nak mengarang apa lagi kat sini.. hihi.. jadi apa kata kita terus menjamu mata dengan hasil Cik Mira mengasah bakatnya di dapur.. huhu..
Kali nih kita layan resepi nih plak.. Ok tarik nafas panjang panjang.. jeng jeng jeng..
Kacang Buncis Goreng Bertelur (fuh.. fuh.. panjang betui nama..ahahaha)
Nama ja panjang, tapi senang ja pun.. huhu.. again.. D.R.A.M.A.. hihi
Bahan bahan:
- 10 kacang buncis (dipotong menyerong)
- 10 ekor udang
- 2 biji telur (hm, boleh dikurangkan)
- 2 biji bawang merah (dikisar)
- 1 biji bawang putih (dikisar)
- 2 biji cili kering (dikisar)
- secubit belacan (dikisar)
- garam
- minyak
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan telur dan kacau kacau sehingga telur masak.
- Seterusnya masukkan udang dan kacau seketika sehingga udang agak masak.
- Kemudian barulah dimasukkan kacang buncis.
- Kacau seketika sehingga masak. Jangan terlalu lama, nanti lembik pulak kacang buncis tuh..
- Masukkan garam jika perlu dan dah siap!
udang tuh saja gatai main sembunyi sembunyi lak.. hihi
♥ In your effort to learn and create, are you patient with yourself? ♥
Happy cooking,
Tuesday, October 6, 2009
Lunch semalam
Assalamualaikum..
arini nak kongsi menu lunch semalam..
nih adalah antara menu; Nenas masak lemak
Untuk resepi klik sini
Jom jamu mata.. hehehe
arini nak kongsi menu lunch semalam..
nih adalah antara menu; Nenas masak lemak
Untuk resepi klik sini
Jom jamu mata.. hehehe
Nih menu kegemaran Mira. ~Bring back the memories~
*** dah terer sket nak perah nyoq
Happy cooking,
Saturday, September 5, 2009
Nenas Masak Lemak
Assalamualaikum and hello everyone!
I hope all of you enjoy the recipes here.
Harini Mira nak kongsi resepi daripada Tok Hawa.Pertama sekali Mira merasai keenakan hidangan nih adalah semasa Mira menghabiskan masa cuti sekolah lepas habis UPSR 1997 di 'pondok' tok kat Sungai Bakap. Wow, it's been a long time.. huhu..
Resepi nih diberi nama NENAS MASAK LEMAK (hm, my stomach is rumbling now and the mouth watering.. haha)
The taste was so so so GOOD,YUMMY and of course this is one of my favorite dish.
I tried to cook this dish a few month ago and it turn out to be OK,YUMMY and of course DELICIOUS hehehe
Here is the recipe. So simple
Bahan-bahan:
- Separuh Nenas (yang dah masak ye.. this is a common sense, tapi pada mulanya Mira pun tanya Mama nak beli nenas yang mana.. hahaha.. sangat tragis kan?)
- 2 biji Cili (ditumbuk)
- 4 ulas Bawang (ditumbuk)
- 20 ekor Udang
- 1 cawan Santan
- Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Nenas dicincang halus.
- Kemudian masukkan nenas ke dalam periuk bersama sama cili dan bawang.
- Masukkan sedikit air dan udang.
- Seterusnya dibiarkan nenas masak (jadi kering sedikit)
- Masukkan santan
- Masukkan garam secukup rasa
- Kacau seketika sehingga masak.
- Sedia dihidangkan
That's all for today. Bolehlah dicuba untuk berbuka puasa petang nih..
Info to share:
Apabila nenas masak, ia mempunyai aroma manis yang unik dan isinya berjus dengan rasa yang manis dan sedikit berasid.~Selamat Menjalani Ibadah Puasa~
Happy cooking,
Subscribe to:
Posts (Atom)