Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables
Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Tuesday, January 12, 2010

Telur Dadar Maggi


Assalamualaikum...
Semoga berada di dalam keadaan sejahtera!
Jom layan resepi mudah yang teramat sangat.. hahaha tounge
hm.. ha ada jugak yang panggil Murtabak Maggi.
tapi Mira namakan Telur Dadar Maggi ja sebab rupa dan rasa pun lebih kurang telur dadar..
yang bezanya cuma ada cik Maggi yang menggoda itu dan cik ayam yang memang la menggiurkan.. Photobucket
rasanya pun berkari.. hehe yela.. dah guna perencah kari.. heehee

Bahan bahan:
  • 1 bungkus Maggi Kari (rebus maggi sehingga lembut dan toskan)
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 2 ketul ayam saiz kecil (diambil isinya sahaja. dipotong dadu)
  • 100ml air
  • 1 peket perencah kari Maggi
  • 1 sudu kecil perencah ayam tandoori Maggi (optional)
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar minyak

Cara menyediakan:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan bahan lain, kecuali minyak. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dan tuang ke dalam kuali (digalakkan menggunakan kuali yang leper)
  4. Setelah bahagian bawah telah garing, terbalikkan.
  5. Biarkan sehingga garing.
  6. Sedia dihidangkan bersama sos.


sedap! kaya dengan rasa yang berkari


When it comes to exploring your creative side,
it's very easy to think of all the reasons you can't do it
—you don't have the time, you don't have the money, etc.—
but if you are truly passionate about expressing yourself, you can find a way.
When you feel as though you can't do something,
the simple antidote is action:
Begin doing it.
Start the process, even if it's just a simple step, and don't stop at the beginning.
Take the next step and the next until what you've dreamed about begins to become reality


Happy cooking,


Sunday, November 1, 2009

Sambal Telur


Assalamualaikum...
Hari ini hari Ahad. Esok sudah hari Isnin.. oh, sungguh berat rasa hati ini untuk menuju ke Lab 106 itu...
to be exact, sat ja cuti nih.. argh nak lagi , kalau boleh, tak mo dah wat keja master..eh.. ops.. untuk meneruskan perjuangan master ku itu.. ~Semoga diberikan ku kekuatan~

Hm, sementara Cik Mira nih melayan perasaan nak kena pi lab esok.
Apa kata kita tengok apa yang Mira dah merapu memasak di dapur Mama yang comel itu..
Ha nih dia.. dia mai dah.. hehe Sambal Telur..

Sambal Telur nih bukanlah kegemaran Mira sebab tak suka sangat makanan pedas...
tapi.. ha ada 'tapi' tuh.. nih yang menarik kan?
hehe.. tapi yang nih makanan kegemaran My Cintasayangiluvu.
Jadi yang nih adalah menu wajib belajar.. hoho..
Nih dia resepinya...

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 keping hirisan halia (ditumbuk)
  • 1 inci belacan (ditumbuk)
  • 1 cawan atau 250ml cili boh @ chilly paste(boleh dikurangkan kalau tak suka pedas)
  • perahan air Asam jawa -Mira agak-agak ja nih.. amik la dalam sebesar pemadam pensil tuh.. pastu ramaskan dalam 4 sudu besar air. 
  • air
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • garam & gula secukupnya
  • minyak


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi bersama dengan cili boh.
  2. Masukkan lebih kurang setengah cawan air, biarkan cili betul-betul masak. Dibiarkan sehingga mendidih beberapa minit.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa serta garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar dan air jika perlu.
  5. Kemudian pecahkan telur -macam kita masak maggi tuh- biarkan ia masak. Jangan nak coba-coba kacau telur tuh pulak.. nanti hancur dalam tuh.. Cuma kacau kuahnya saja yer...
  6. Setelah semuanya masak, tutup api. Siap!


tak ada hiasan apa-apa pun.. hehe


Cooking is at once child's play and adult joy. And cooking done with care is an act of L.O.V.E


Happy cooking,

Related Posts with Thumbnails