Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables
Showing posts with label Desserts. Show all posts
Showing posts with label Desserts. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Layered Strawberry Pudding

Assalamualaikum.. mesti ramai yang menghadiri kenduri di musim cuti sekolah nih kan.. =) hehe.. dan ramai jugak yang letih tuh kan.. especially cik/puan/tuan driver.. jadi kalau dapat makan puding mesti best kan??? hehe Jom layan~
Hari tuh My Cintasayangiluvu ada bagi buah strawberry dari Cameron Highland yang sejuk itu..
jadi Cik Mira pun apa lagi... mulalah mengasah bakat me'muding' =)
hehe..jom kita layan projek memuding Cik Mira nih.


3 sekawan yang sempat menyibok

Bahan bahan:
  • 250 ml susu
  • 250 ml air
  • 100 g gula
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk agar agar
  • 100 g strawberry (dipotong dadu atau ikut suka la nak potong macam mana pun.. hehe)
  • 120 g strawberry (dikisar)
  • strawberry untuk hiasan jika ada lagi stok strawberry =)


Cara menyediakan:
  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar agar. Panaskan sehingga semua bahan larut dan mendidih.
  2. Kemudian masukkan susu. Kacau sebati sehingga mendidih sikit ja. Bila dah keluar buih buih kecil, tutup api.
  3. Keluarkan separuh ke dalam bekas lain. Masukkan strawberry yang telah dikisar. Kacau sebati. (akan menjadi warna pink.. comel giler)
  4. Manakala, untuk yang separuh lagi, masukkan ke dalam bekas.
  5. Mira dapat dalam 6 bekas comel..
  6. Kemudian masukkan strawberry yang dipotong dadu ke dalamnya.
  7. Selepas itu, masukkan ke dalam fridge seketika untuk bekukan bahagian bawah puding.
  8. Apabila sudah sedikit beku. Masukkan puding yang berwarna pink itu..
  9. Jadilah Layered Strawberry Pudding.
  10. Sejukkan di dalam fridge..
  11. Sedia dihidangkan =)
* untuk kelihatan lebih menarik. hiris nipis nipis strawberry dan atur keliling bekas sebelum masukkan layer kedua puding..  =)


saya suka warna pink strawberry itu


It’s time to start living the life you’ve imagined

Happy cooking,

Thursday, May 13, 2010

Pulut Mangga



Assalamualaikum... selamat sejahtera kepada anda semua!
wah, happy ja hari nih.. hehe
jadi haruslah bersemangat juga nak update CookiNg with L.O.V.E
Hari tuh My Cintasayangiluvu ada bagi buah pelam aka mangga harumanis dari Perlis.. sedap!
dah tuh ada pulak permintaan untuk buatkan pulut sekali... uih...
sebenarnya sebelum nih Mira baru sekali makan pulut mangga nih.. haha.. rasanya 2 tahun lepas. tragis bukan? sebab selalunya makan dengan pulut nih, buah durian.. betul kan? hehe
ada orang kata pulut mangga nih hidangan orang Thai. hm, tak tahu la pulak.. mungkin betul...
hehe.. jadi untuk memenuhi permintaan orang yang disayangi, Cik Mira pun bertungkus lumus (ye ker?) di dapur hehe seperti biasa perlulah mendapat tunjuk ajar dari my kitchen police aka Mama.
Masa tengah bertungkus lumus (ye ker?) nih, Mama tengah teruja tengok badminton hehe yang Cik Mira pulak dok sibuk mengemukakan pelbagai persoalan demi persoalan  ~berapa banyak? bila nak masak? macam mana? ok ka? betui ka? etc~ (sebenarnya senang ja pun nak masak pulut mangga nih) hehe
Ha di kala keterujaan Mama tengok badminton ini jugaklah, Cik Mira bersungguh-sungguh menebas daun pandan haha
jadi sila abaikan penggunaan daun pandan yang sangat meriah banyak di dalam resepi ini..hehe sila guna secara berpada-pada.. ingatlah orang tersayang pokok pandan tersayang anda.


Bahan bahan:

Mangga
  • 2 biji mangga/mempelam/pelam (dihiris memanjang)
Pulut
  • 1 cawan beras pulut (direndam semalaman atau 2 jam dan toskan)
  • 1/4 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam (satukan santan & garam. ketepikan)
  • 6 helai daun pandan (dicarik-carik memanjang)
Kuah santan
  • 3/4 cawan santan
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit air jika perlu

daun pandan yang telah dicarik-carikkan dan diletak beras pulut


Cara menyediakan:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dengan daun pandan sebelum meletakkan beras pulut. (atau ikut kaedah mengukus sendiri)
  2. Kukus selama ~10 minit; setengah masak. Masukkan santan & garam.
  3. Kukus selama ~30 minit; atau sehingga masak.
  4. Di dalam periuk lain, satukan kesemua bahan kuah santan. Kacau dan biarkan mendidih. Siap!
  5. Pulut mangga sedia dihidangkan bersama kuah santan. Yummy!

yummy!

with L.O.V.E



Cheers to a new day and another chance for us to get it right  


Happy cooking,

Monday, December 21, 2009

Chocolate Pudding



sangat bercoklat

Assalamualaikum...
Semoga semua dalam keadaan sejahtera dan senyum selalu... ha senyum la sikit.. lagipun..senyuman itu kan suatu sedekah... ada orang cakap senyum ni antara petua awet muda tau.. hihi..
ha kalau dah buat senaman muka tuh, baru lah boleh makan puding nih.. hehe..
Photobucket
Sebelum nih Mira dah cuba Chocolate Muffins, Chocolate Cake dan Chocolate Cookies. Jadi kali nih, untuk menambahkan koleksi Chocolate di COokiNg with L.O.V.E ini, Mira cuba buat Chocolate Pudding pulak.. hehe.. sedap.. lemak bercoklat.. sejuk ja... tambah pulak senang saja nak buat..
Bahan bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung 
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 4 1/4 cawan air
  • 10 g serbuk agar agar
  • 50 g butter

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali butter ke dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga kesemuanya sebati dan mendidih.
  3. Seterusnya masukkan butter dan kacau sebati sehingga pekat.
  4. Alihkan dari api dan tuang ke dalam bekas.
  5. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  6. Sedia dihidangkan.


 sesuai dihidang untuk minum petang atau ketika menonton di rumah




♥ Frown and you frown alone, but smile and the whole world smiles with you


Happy cooking,

 

Monday, November 30, 2009

Caramel sauce


Assalamualaikum..
Semoga semuanya bergembira hujung minggu yang lepas.. banyak sungguh Mira makan.. haha.. semua ditelan..
Dari lemang, ketupat, nasi impit, rendang, spaghetti, mushroom soup + garlic bread, ayam goreng, laksa, char koey teow, gulai daging, kurma daging, perut + nangka masak lemak cili api, kari kepala ikan, agar-agar kelapa, muffin, puding, mee kari, mee udang hinggalah menu kegemaran kat rumah nih... gulai ikan dan ayam masak kicap.. fuh..fuh..fuh... meriah sungguh dengan makanan.. Alhamdulillah..
rasanya muka pun sudah semakin comel.. hihi...
ha ok..ok.. Jom kita tengok macam mana nak buat Caramel Sauce nih.. hm, senang ja..
lagipun kalau tak habis, boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge..
Caramel Sauce nih boleh dihiaskan pada aiskrim, buah, muffin, kek, pancake dan apa-apa jelah yang sesuai.. hm, tapi kalau nak makan macam tuh ja.. manis sangat la pulak.. hihi...

Bahan-bahan: (250ml)
  • 200g gula
  • 2 sudu besar air
  • 200ml whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara menyediakan:
  1. Campurkan gula dan air bersama di dalam periuk. kacau sebati
  2. Di dalam periuk yang lain, masukkan whipping cream dan garam. kacau sebati.
  3. Seterusnya, panaskan periuk yang mengandungi gula dan air tadi dengan api perlahan. Masak sehingga gula mencair menjadi karamel. (sama seperti membuat gula hangus untuk puding telur).
  4. Alihkan dari api, apabila gula telah bertukar warna perang muda.. jangan terlalu perang, dikhuatiri gula menjadi pahit.
  5. Kemudian, panaskan periuk yang mengandungi whipping cream sehingga berbuih sedikit di keliling periuk.
  6. Masukkan karamel (berhati-hati kerana mungkin akan terpercik). Kacau sebati. Tutup api.
  7. Sedia digunakan. Sos yang berlebihan bolehlah disimpan.


manisnyer... sedapnyer... hehe

Life always has a purpose...You just don't know it in its entirety 
Not everyone is so lucky to discover that

Happy cooking,

Tuesday, November 10, 2009

Puding Laici


Assalamualaikum...
Hari nih sedikit panas la kat sini.. ha kalau panas-panas macam nih sedap jugak kalau makan puding yang sejuk tuh kan? hehe..
ha jom la tengok macam mana Cik Mira memudingkan buah laici itu dengan jayanya.. hahaha..
senang ja pun..

Bahan-bahan: (8 mangkuk)
  • 6 g serbuk agar-agar (tak berwarna) (hehe..tapi Mira guna yang warna kuning.. hehe nak menghabiskan stok  hari tuh.. haha.. hantam saja la)
  • 1 Liter atau 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici (diasingkan buah dan airnya)
  • 1/2 tin susu cair

Cara menyediakan:
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan gula dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
  3. Matikan api dan masukkan air laici dan susu cair. Kacau sebati.
  4. Tuangkan puding ke dalam bekas.
  5. Masukkan 1-2 biji buah laici ke dalam setiap bekas. Lebihan buah laici disimpan untuk hiasan di atas puding apabila hendak dihidangkan nanti.
  6. Sejukkan di dalam fridge selama 1-2 jam.
  7. Sedia dihidangkan.. Nyaman!

 beberapa biji laici yang tengah main sembunyi-sembunyi.. hehe


hm... sedap!

Notes to myself:
akan cuba memotong dadu dulu buah laici sebelum dimasukkan ke dalam puding.. huhu.. baru senang nak telan nanti.. huhu


Just because someone doesn't love you in the way you want them to, 
doesn't mean that they don't love you with all they've got

Happy cooking,



Tuesday, October 13, 2009

Puding Roti Marble


Assalamualaikum
kalini Mira cuba buat puding roti marble plak. Masa buat nih, baru perasan yang masa beli serbuk agar agar tuh, ada warna rupa-rupanya.. hehe.. ingatkan suma sama ja.. (belajar benda baru)
 


Mira beli warna kuning.. aduh.. tapi hantam sajalah..
Alhamdulillah jadi jugak.
Rasanya lemak berkrim + coklat... hmmmmm NYUM..NYUM..NYUM
Jom kita tengok resepi!



BAHAN BAHAN:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko




CARA MENYEDIAKAN:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan  1/2 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah dididihkan tadi.
  3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan dibiarkan warna asal. dan satu adunan lagi dimasukkan serbuk koko (pastikan serbuk koko betul betul hancur untuk memudahkan dikacau nanti & tidak berketul). Kacau adunan dengan segera.
  5. Kemudian tuangkan sesenduk adunan asal di tengah tengah loyang. adunan tersebut akan mengembang ke tepi.
  6. Seterusnya tuangkan sesenduk lagi adunan coklat pula di tengah tengah loyang.
  7. Langkah 5 & 6 dilakukan secara berselang seli sehingga habis.
  8. INGAT, lakukan dengan cepat kerana puding akan cepat membeku.
  9. Setelah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Sedap dimakan ketika sejuk!


 comot la sket.. hehe







Notes to myself:
Agar- agar serbuk terdapat dalam pelbagai warna
rasanya perlu cairkan dahulu serbuk koko dengan air panas.. sebab susah nak sebatikan serbuk koko dengan adunan... ada yang berketul-ketul...


Happy baking, 

Tuesday, September 8, 2009

Puding Telur Berkaramel

Assalamualaikum...
Semua orang pernah pergi param kan? ha apa tuh param??? hehe pa=pasar ram=ramadhan
hehe.. boleh? boleh la tuh..da ramai jugak orang guna param nih.

Antara juadah yang selalu dijual kat situ adalah Puding telur berkaramel
Adik-adik saya suma suka.. saya pun.. hehe.. dan juga my cintasayangiluvu.. :D
Minggu lepas ada la bawak balik kampung & bagi kat bakal ibu mertuaku.. kihkihkih,
hehe.. suma orang dok puji.. aceh.. bangga I.. hoho
Pak Lang pun amik resepi nih..
Ha, lagi satu, cara nak buat pun senang ja..
Saya yang  tak berapa nak terer masak & kali pertama mencuba pun boleh jadi dengan sedapnya.. hehe
Resepi nih diambil di internet ajer.

jadi, apa tunggu lagi.. cuba la.. sedap


BAHAN BAHAN:
  1. 7 biji telur (saiz besar)
  2. 3/4 tin susu isian pekat *** ikut citarasa.. (kurang atau tambah)
  3. 3 sudu besar gula pasir
  4. 2 sudu besar tepung kastard
  5. 1 sudu kecil garam
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 cawan air
Untuk karamel/gula hangus: *** mengikut citarasa/kuantiti
  1. 1/2 cawan gula pasir
  2. 1/2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Letakkan gula pasir untuk membuat karamel/gula hangus ke dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil.
  2. Masukkan air perlahan lahan. sedikit demi sedikit.
  3. Kacau sehingga keseluruhan gula menjadi cair.
  4. Teruskan mengacau sehingga gula bertukar menjadi warna kekuningan.dan tutup api.
  5. ***jangan sampai warna terlalu kuning atau perang kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik.
  6. Lengang-lengangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi dasar loyang.
  7. Biarkan ia membeku.
  8. Seterusnya masukkan telur, susu, gula, tepung kastard, garam, esen vanilla dan air ke dalam blender dan kisar sampai sebati. (lebih kurang 15saat sahaja.. heehee)
  9. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilapisi gula tadi dengan menggunakan penapis.
  10. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih.
  11. Adunan dikukus dengan api sederhana kecil selama 45minit atau sehingga masak.
  12. Apabila telah masak, biarkan sejuk seketika dan kemudian kikiskan keliling loyang dengan pisau dan telangkupkan di atas pinggan.
  13. Simpan ke dalam peti sejuk.
  14. Sedia untuk dihidang.



Sekian sahaja, saya melaporkan dari bilik berita rumah saya.. haha

Happy cooking,

Related Posts with Thumbnails