Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Sunday, September 6, 2009

Chocolate Muffins



Assalamualaikum..
Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari ni Mira nak berkongsi resepi muffin plak.
Sebenarnya dah lama teringin nak makan muffin coklat nih. hari hari tengok kat internet.. hoho..
sungguh terliur... sampai kan Pah; labmate Mira pun mesti dah bosan dok dengar rintihan, keluhan Mira yang dok mengidam muffin nih.. haha.. sabaq jela Pah.
hehe Akhirnya, Mira berjaya jugak menghasilkan muffin yang sungguh enak.. hehehe puji diri sendiri..

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan (113g) butter (dicairkan di dalam periuk dengan api perlahan dan ketepikan)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan (240ml) ***buttermilk
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 3/4 cawan (230g) tepung gandum
  • 2/3 cawan (60g) serbuk koko
  • 1 1/4 cawan (265g) gula perang halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100g chocolate chips
  • muffins cups
    ***buttermilk  (Mira tak jumpa di kedai, jadi buat sendiri jela)

    1. Masukkan perlahan-lahan sambil mengacau, 1 sudu besar cuka atau jus lemon ke dalam 1 cawan (240ml) susu.
    2. Biarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.

      Cara menyediakan:
      1. Preheat oven 190 °C
      2. Di dalam mangkuk besar, gaulkan bersama telur, buttermilk dan esen vanilla. Ketepikan.
      3. Di dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan bersama  tepung gandum, serbuk koko, gula perang halus, baking powder, baking soda dan garam.
      4. Masukkan chocolate chips dan kacau sebati.
      5. Dengan menggunakan spatula, masukkan bahan basah (dari langkah 2) bersama butter ke dalam bahan kering (dari langkah 3). Kacau sehingga semua bahan sebati.
      6. *** Jangan overmix adunan kerana khuatir muffin yang keras akan terhasil.
      7. Masukkan adunan ke dalam muffin cups.(2/3 cup)
      8. Bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak (apabila dicucuk pencungkil gigi dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat)

       masukkan adunan sebanyak 2/3 muffins cup

       
      teksturnya sungguh gebu dengan chocolate chips yang mencair di dalam
      Yummy!



        Doing your best at this moment puts you in the best place for the next moment

      Happy baking,

      No comments:

      Post a Comment

      Related Posts with Thumbnails