Assalamualaikum...
Kelmarin kan besday My Cintasayangiluvu kan.. (**sila angguk kepala anda**)Hm, tapi tak dapat la nak bagi hadiah yang hebat lagi marvelous.. student la katakan....
nak buatkan something.. wah.. apa tuh? huhu
idea dalam kepala nak buat cupcakes... (siap pulun tanya syerah aka mummy lana tuh dan dah beli pun barang-barang) huhu
tapi... sedikit kurang yakin nak letak buttercream kat kek tuh.. huhu yeker..
Jadi tukar la plan.. Donut saja lah..
hehe.. nasib baik menjadi jugak.. huhu
lagi satu nak cari lilin bentuk huruf tuh.. tak kesampaian..
jadi hantam saja lah.. print huruf-huruf tuh atas kertas keras (actually Mira recycle kad kahwin yang cantik tuh ja.. huhu).. lekatkan kat pencungkil gigi tuh.. pastu cucuk ja kat atas donut.. hihi.. siap..
Bahan-bahan:
- 200ml air suam
- 11g yis
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu tepung
- 50g butter
- 1 sudu besar shortening
- 500g tepung roti atau tepung gandum (diayak)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- 1/2 sudu kecil garam
- minyak
- gula kaster atau coklat untuk topping (mengikut citarasa)
Cara menyediakan:
- Masukkan air suam, yis, gula, susu tepung, butter dan shortening ke dalam mangkuk besar. Kacau sekadar untuk mencampurkan kesemua bahan... sekejap ja.. dan dibiarkan selama 10 minit sehingga yis mula membuih.
- Kemudian masukkan separuh tepung roti, telur dan garam. Kacau adunan sehingga sebati. (apabila telah sebati, dikacau 1 arah sahaja)
- Seterusnya masukkan lebihan tepung roti dan kacau sebati seketika.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan. Doh siap.
- Apabila doh telah siap, canaikan pada papan pencanai dan terap dengan acuan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng donut dengan api perlahan. Goreng sehingga kekuningan atau keemasan.. sekejap ja.. kalau lama-lama nanti boleh jadi pau goreng atau burger malaysia tuh.. hehe
- Toskan dan golek-golekkan di atas gula kaster atau celup dengan coklat.
- Sedia untuk dihidang
dah siap digoreng.. warnanya sedikit sawo matang.. hihi
bersalut gula.. YUMMY!
rupa parasnya boleh la tahan kan? huhu.. 1st time buat nih
Ha yang nih pulak versi hadiah birthday My Cintasayangiluvu
dicelup dengan coklat dan ditabur mende alah tuh.. tak tau la nama apa hihi
Happy birthday sayang!
Notes to myself:
♥ perlu membentuk donut dengan lebih cun lagi.. hihi
♥ The happiest people don't have the best of everything,
they just make the best of everything that they have♥
Happy cooking,