Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Thursday, November 12, 2009

Donut


Assalamualaikum...
Kelmarin kan besday My Cintasayangiluvu kan.. (**sila angguk kepala anda**)
Hm, tapi tak dapat la nak bagi hadiah yang hebat lagi marvelous.. student la katakan.... duit pun kurang memberansangkan hihi.. jadi setelah difikir punya fikir.. timbullah idea nih
nak buatkan something.. wah.. apa tuh? huhu rajin ker? kihkihkih
idea dalam kepala nak buat cupcakes... (siap pulun tanya syerah aka mummy lana tuh dan dah beli pun barang-barang) huhu
tapi... sedikit kurang yakin nak letak buttercream kat kek tuh.. huhu yeker.. ka kurang rajin..  haha
Jadi tukar la plan.. Donut saja lah..
hehe.. nasib baik menjadi jugak.. huhu
lagi satu nak cari lilin bentuk huruf tuh.. tak kesampaian..
jadi hantam saja lah.. print huruf-huruf tuh atas kertas keras (actually Mira recycle kad kahwin yang cantik tuh ja.. huhu).. lekatkan kat pencungkil gigi tuh.. pastu cucuk ja kat atas donut.. hihi.. siap..

Bahan-bahan:
  • 200ml air suam
  • 11g yis
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 50g butter
  • 1 sudu besar shortening
  • 500g tepung roti atau tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • minyak
  • gula kaster atau coklat untuk topping (mengikut citarasa)


Cara menyediakan:
  1. Masukkan air suam, yis, gula, susu tepung, butter dan shortening ke dalam mangkuk besar. Kacau sekadar untuk mencampurkan kesemua bahan... sekejap ja.. dan dibiarkan selama 10 minit sehingga yis mula membuih.
  2. Kemudian masukkan separuh tepung roti, telur dan garam. Kacau adunan sehingga sebati. (apabila telah sebati, dikacau 1 arah sahaja)
  3. Seterusnya masukkan lebihan tepung roti dan kacau sebati seketika.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan. Doh siap.
  5. Apabila doh telah siap, canaikan pada papan pencanai dan terap dengan acuan.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng donut dengan api perlahan. Goreng sehingga kekuningan atau keemasan.. sekejap ja.. kalau lama-lama nanti boleh jadi pau goreng atau burger malaysia tuh.. hehe
  7. Toskan dan golek-golekkan di atas gula kaster atau celup dengan coklat.
  8. Sedia untuk dihidang

dah siap digoreng.. warnanya sedikit sawo matang.. hihi

 
bersalut gula.. YUMMY!


rupa parasnya boleh la tahan kan? huhu.. 1st time buat nih


Ha yang nih pulak versi hadiah birthday My Cintasayangiluvu


dicelup dengan coklat dan ditabur mende alah tuh.. tak tau la nama apa hihi





Happy birthday sayang!

Notes to myself: 
perlu membentuk donut dengan lebih cun lagi.. hihi


The happiest people don't have the best of everything, 
they just make the best of everything that they have

Happy cooking,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails