Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables
Showing posts with label Pasta and Noodles. Show all posts
Showing posts with label Pasta and Noodles. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Mee Sanggul Goreng


Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Salam Jumaat yang berbahagia ini..
wah..wah..wah.. macam YB pulak.. hehe..
Sebenarnya nak tulis entry nih dah lama dah.. cuma.. entah la..
perasaan ini.. sukar digambarkan.. huhu.. ok..ok.. tak pa..
Ha kepada sesiapa yang tak tau, hari ni ada gerhana matahari.. untuk keterangan lebih lanjut..
tanyalah Atuk Google tuh.. macam macam dia tau.. hehe..
Mira tengok kat internet.. tapi website tuh jadi hang plak.. hoho..
dapat tengok sikit ja tadi.. Subhanallah.. ok la tuh.. hehe
Dah tuh.. kalau ada peluang.. tunaikanlah solat sunat sekali yer..

Ok.. pada waktu petang yang best nih.. kalau makan mee goreng pun layan jugak nih...
ha... ok.. apa tunggu lagi.. jom layan Mee Sanggul Goreng nih..
Rasanya mee nih glamor kat area utara nih.. hoho..
My Cintasayangiluvu pun suka.. Mira? hehe.. suka jugak la.. sedap weh... kalau balik kampung, mesti ada nih
ha bahan bahan yang digunakan nih mengikut sesedap hati dan rasa Cik Mira + mengikut arahan dari Mama.. hehe.. macam mana tuh? huhu.. renung-renungkan..
tapi yang pasti.. rasanya sedap..
Kepada yang nak cuba.. boleh juga adjust mana yang patut mengikut selera masing-masing...

Masa mula-mula nak buat tuh.. takut takut gak.. huhu.. biasalah.. sindrom terketar-ketar tuh akan muncul kalau masuk dapur.. hehe..
tapi alangkah gembiranya hati ini apabila Mee Sanggul Goreng ini menjadi dan sungguh sedap... (◕‿♥) *
hehe
Bahan bahan:
  • 330g (1 bungkus) mee sanggul (direndam di dalam air sehingga lembut dan toskan)
  • 7 ekor udang (atau ayam/daging mengikut selera)
  • 1 sudu besar udang kering (direndam 10 minit, toskan dan tumbuk halus)
  • 1 1/2 senduk cili kisar
  • 2 senduk bawang kisar
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 senduk minyak
  • daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • *** versi mee sanggul goreng ini tiada sayur.. hehe.. tak ada stok.. Sila masukkan sayur pilihan anda yer..

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Tumis udang kering dan bawang kisar sehingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan air. Biarkan sebentar sehingga cili masak atau air kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada, kiub pati ayam dan udang. Kacau sebati sehingga udang sedikit masak.
  4. Rasa.. adjust apa apa yang patut.
  5. Masukkan mee. Gaulkan sebati.
  6. Angkat dan hias dengan daun sup dan daun bawang.
  7. Sedia dihidangkan

 one word. DELICIOUS

Everything has its beauty, but not everyone sees it

Happy cooking,

Thursday, October 1, 2009

Lunch


Assalamualaikum..
Apa khabar semua???
Mira sihat ja hari ni.. alhamdulillah
Selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin! dah 12 Syawal pun arini..
alhamdulillah.

Hari ni Mira nak kongsi Lunch.. hehe
Taaraa..


kihkihkih... spagheti dgn air oren twister.. hihi..
klik sini untuk resepi sphageti..

hm, dah lama tak update sebenarnya..
untuk warm up, Mira jamu spagheti simple nih dulu yer..

happy cooking,

Tuesday, September 1, 2009

Spaghetti


Assalamualaikum...
Spaghetti adalah masakan pertama yang Mira masak.. Mira cuba masak bersempena Hari Lahir Mama pada hujung tahun 2007. hehe.. bersemangat nak belajar masak masa tuh.. jadi menuntut ilmu dengan Cbah. Terima kasih Cbah!!! hehe..
Mama sungguh terharu bila anaknya yang comel lagi anggun nih memasak.. Masih ingat lagi.. Mama kata "Boleh jugak masak anak mama nih" hehe.. yer la Mama.. hihi.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

Bahan-bahan:
  • 1 pek pasta (250g)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 6 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 8 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
  • 1 tin besar tomato puree
  • 5-6 kiub pati ayam
  • 800g Daging cincang
  • 1 tin cendawan butang (dipotong dadu/kecil)
  • 2 peket Perencah Bolognese Maggi
  • Serbuk daun Oregano kering
  • serbuk lada hitam (jika perlu)
  • Cheese parut
  • Air
  • Minyak 



Cara menyediakan (spaghetti):
  1. Panaskan air sehingga mendidih terlebih dahulu
  2. Kemudian masukkan sedikit minyak.(untuk mengelakkan pasta daripada melekat antara satu sama lain)
  3. Masukkan pasta.
  4. Biarkan hingga lembut atau masak sepenuhnya sebelum diangkat dan ditoskan seketika.


pasta yang telah sedia untuk ditoskan

Cara menyediakan (kuah):
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga garing.
  3. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga cili masak.
  4. Kemudian satu-persatu, masukkan tomato puree, kiub pati ayam dan sedikit air jika perlu. Kacau seketika.
  5. Masukkan daging cincang dan tutup periuk (10 minit)
  6. Masukkan cendawan, perencah Bolognese dan sedikit air jika perlu. Kacau seketika.
  7. Akhir sekali masukkan serbuk daun oregano kering dan lada hitam
  8. Tabur bersama cheese parut apabila dihidangkan

mudah dan sedap!

I accept what I have and where I am... I'm learning what I need to learn

Happy cooking,

Related Posts with Thumbnails