Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Roti Gulung Sosej

Assalamualaikum... Hai hai hai! Kita bertemu kembali setelah sekian lama. Hehehe. Ingat lagi tak kat Cik Mira yang comel nih????? Harap-harap masih ingat lagi. Jangan la merajuk dengan Cik Mira okay?
Maaf la yer, Cik Mira baru mula berjinak-jinak untuk kembali bergiat aktif berCookiNg with L.O.V.E. Doakan Cik Mira bersemangat kembali untuk memeriahkan arena dunia masakan ini. Wah, cakap bukan main lagi yer. Mangalahkan ahli politik hehehe
Ok jadi kita teruskan dengan masakan terbaru oleh chef Cik Mira.
Jeng..jeng..jeng!

bersalut oat!
hehehe... senang ja nak buat. Tujuan asal, nak perabihkan sosej yang ada dalam fridge tuh. Sebab sebelum tuh, Cik Mira buat Roti Sosej. dah tuh, kurang rajin pulak nak buat lagi roti sosej tuh. Jadi Cik Mira dengan sepantas kilat membuat Roti Gulung Sosej nih saja. ^____^

Roti Gulung Sosej (7 biji) sebab ada 7 biji sosej ja hehe


Bahan-bahan:
  • 7 biji sosej (dicelur)
  • 7 keping roti putih [Gardenia, High5 etc] (dilenyekkan dengan penggolek. bagi jadi nipis ja roti tuh)
  • 2 biji telur (dipukul sedikit untuk mencampurkan telur putih & kuning)
  • oat secukupnya (Cik Mira tak sukat pulak berapa banyak. hehehe)
  • garam & gula secukupnya [untuk dimasukkan ke dalam telur] (tapi yang nih Cik Mira terlupa letak. haha. bila dah siap, Mama tanya, letak garam & gula tak? ~wuuuuuu)
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit air
  • sos cili (untuk dicicah. lagi sedap!)
bahan-bahan
 Cara menyediakan:
  1. Gulungkan roti bersama-sama sosej. Tekan hujung gulungan tuh, rata-ratakan supaya melekat. (Cik Mira sapukan sedikit air. Jadi roti tuh lembut sikit dan boleh melekat)
  2. Golekkan ke dalam telur.
  3. Golekkan ke dalam oat. Bagi semua bersalut oat dengan rata.
  4. Goreng sehingga kekuningan dan toskan.
  5. Sedia untuk dihidangkan ketika minum petang.

sebelum digoreng


ini pelakon tambahan ^___^


Ok dah boleh makan.

Cik Mira suka potong roti nih bagi jadi bite size hehe senang nak telan nanti. ^_____^  nampak pun cantek


Ok, Sekian Terima Kasih!
Cik Mira nak pi lap buku resepi yang dah berhabuk. hahahahaha


Happy cooking,


Wednesday, January 20, 2010

Pizza Ayam


Making pizza is fun!

Assalamualaikum... Semoga bergembira di samping insan-insan yang disayangi (◕‿♥)
Dah beberapa hari blog ini tiada entry baru... minta maaf yer..to my beloved readers (wah... ada ker orang nak baca.. kihkihkih...)
Tak pa.. yang pasti Mira ada pembaca COokiNg With L.O.V.E tegar.. hehe (You know.. who you are..)
dan yang sudi jadi follower.
Terima kasih tau.. sudi membaca luahan + ketaktentuhalaan + pengalaman Cik Mira yang cun nih hehe.. seronok sangat dapat diluahkan kat sini.. hehe..

Sejak ada breadmaker (hasil pinjaman dari Mak Jang hehe..), rasa seronok pulak nak buat roti.. hehe
Sebenarnya nak buat roti nih senang ja pun kalau tak ada breadmaker.. tapi akan jadi tersangat la mudah kalau ada.. hehe
terutama sekali kepada newbie macam Cik Mira nih.... buat kerja tersangat la slow-mo
bersabor jelah yer My Cintasayangiluvu.. hehe... this is who I am.
hm, tak apa.. nanti kalau dah practice banyak kali.. akan terer la Cik Mira nih.. hoho..(ayat penyedap hati)

Ok berbalik kepada topik utama iaitu Pizza Ayam.
Pizza yang Mira buat nih, ringkas dan mudah sangat!
walaupun ringkas, tapi tetap terasa kePIZZAannya itu..
(wah.. kalau cikgu BM tau nih, sedih dia..huhu.. ada ka perkataan kepizzaan nih??? haha..)
Bahan bahan nak buat pun senang ja.. tambahan pula, bila kita sendiri yang buat pizza nih.. jadi boleh la ikut sesedap hati dan rasa apa yang kita nak letak kat topping tuh kan.. hehe
Mira tak letak capsicum, bawang dan yang sewaktu dengannya.
hehe.. sebab sebelum-sebelum nih, bila makan pizza, Mira akan asingkan dulu benda yang tidak berapa best untuk ditelan itu terlebih dahulu.. hehe.. macam kanak-kanak
Yang Mira buat nih adalah cubaan kali ke-2.. ya... kali yang kedua.
Hasil daripada cubaan yang pertama kurang memberangsangkan.. hehe..
Cik Mira tersilap bajet.. huuhuu..
tapi untuk yang nih, jadi cantik ja.. Yummy!!
memang menepati selera kami sekeluarga + My Cintasayangiluvu

Bahan bahan:
Doh
  • 500g Tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar minyak zaiton (tapi Mira guna ja minyak masak biasa)
  • 1 cawan air
Layer Sos
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
Topping & Sos
  • 4 ketul Ayam saiz kecil (diambil isi dan dipotong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • oregano (kuantiti mengikut citarasa)
  • minyak
  • mozarella cheese
  • *** cadangan lain untuk topping: daging cincang, sosej, nenas, cendawan butang, buah zaiton dan capsicum.
  • sedikit butter (untuk disapu pada loyang)

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan doh ke dalam Bread Maker dan pilih setting Pizza/Dough. Jika tidak menggunakan Bread Maker, campur kesemua bahan dan uli sehingga  menjadi doh dan biarkan ia naik sekali ganda ~sejam.
  2. Sementara menunggu doh siap, sediakan layer sos dan topping & sos.
  3. Layer Sos
  • Masukkan tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut. 
  • Kemudian masukkan kesemua bahan yang lain.
  • Panaskan periuk dengan api kecil.
  • Biarkan sehingga mendidih dan menjadi pekat (kacau sekali sekala)
  • Siap
     4.  Topping dan sos
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Toskan.
  • Kemudian gaulkan ayam bersama kesemua bahan yang lain.
  • Siap.
    5.  Setelah doh siap, keluarkan ia dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tumbuk untuk mengeluarkan angin.
    6.  Bahagikan kepada 4. (atau mengikut saiz loyang)
    7.  Canaikan sehingga nipis dan letakkan di dalam loyang yang telah disapu dengan butter.
    8.  Tekan sedikit dan lipat ke dalam pada sekeliling doh.
    9.  Letakkan layer sos. Kemudian taburkan mozarella cheese. Baru diletakkan topping.
   10. Akhir sekali letakkan sekali lagi mozarella cheese.
   11. Bakar selama 25-30 minit di dalam oven yang telah dipanaskan 200°C.


Rotinya lembut dengan ayam yang bersos sedikit pedas.. Y U M M Y!!

Notes to myself: 
perlu membentuk doh pizza dengan lebih cantik lagi
menggunakan topping jenis lain pulak



It is not length of life, but depth of life

Happy cooking,

Friday, November 6, 2009

Roti Sosej


Assalamualaikum! Good evening!!! Sejuk ja kan hari nih.. hehe
tahap kerajinan nak study pun sedikit menurun seperti mana suhu di Pulau Mutiara ini.. hehe
Ha, semalam kan dah mencuba guna Bread Maker Mak Jang ku itu.. hehe
best.. senang ja.. tak payah nak menguli doh lagi.. huhu.. nak senang ja Cik Mira nih..
Hm, dah lama teringin nak buat roti.. akhirnya.. berjaya jugak..
tak la susah mana.. cuma bila nak membentukkan roti tuh yang sedikit mencabar..
al-maklumlah.. tidak ku pernah buat keja-keja macam tuh.. hihi
Jadi terhasillah roti sosej yang pelbagai rupa.. hehe.. diharap mata-mata yang melihat tak la berdarah ka.. bersilau ka.. berkelip-kelip ka.. dok terkelipop-kelipop ka.. hehe.. terima jelah seadanya..

Roti Sosej (10 biji)

Bahan-bahan:
DOH 
  • 160ml atau 2/3 cawan air
  • 50g gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 25g shortening (lemak sayuran)
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 1 sudu kecil susu tepung
  • 1/4 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu kecil yis
LAIN-LAIN
  • tepung (untuk proses membentuk roti)
  • 10 biji sosej (dicelur)
  • cheese parut (sepatutnya guna bijan..hehe.. tapi tak ada..hantam saja lah)
  • egg wash (Mira guna 1 biji telur dipukul dengan garfu dan ditambah sedikit garam.. kalau ada setengah telur pun dah cukup)
  • mentega (untuk disapu pada loyang)

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan doh ke dalam Bread Maker dan pilih setting Dough. Jika tidak menggunakan Bread Maker, uli semua bahan doh sehingga... hm, jadi doh la..
  2. Setelah doh siap, keluarkannya dan letakkan di dalam mangkuk besar yang telah ditabur sedikit tepung.
  3. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk mengeluarkan angin. (hm, part nih best jugak.. huhu..)
  4. Bahagikan doh kepada 10 bebola sebesar bola golf.. lebih kurang 60g setiap satu.
  5. Rehatkan bebola doh tersebut selama 10 min. (ia akan membesar, macam bentuk kuih pau pun ada.. hihi)
  6. Ambil 1 bebola doh dan canaikan menjadi bentuk oval atau segi empat. Sila rujuk gambar di bawah.
  7. Kemudian letakkan sosej di tengah-tengah doh yang telah dicanai tadi dan potong kepada 6 bahagian pada kanan dan kiri doh.
  8. Selimutkan sosej tersebut dengan doh. Sila rujuk gambar di bawah.
  9. Susun semua roti sosej di dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jangan terlalu rapat.
  10. Sapukan egg wash dan taburkankan cheese/bijan.
  11. Biarkan ia naik sekali lagi selama 30-45 minit.
  12. Akhir sekali, bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 5 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar selama 10-12 minit atau sehingga keemasan.
  13. Setelah siap, sejukkan di atas wire rack. Jika perlu dipotong, jangan potong ketika masih panas... nanti tak cantik. Walaupun dah excited nak rasa roti tuh, tapi diharapkan bawak-bawak bersabaq.. Roti mudah dipotong ketika telah sejuk.



kesemua bahan doh dimasukkan ke dalam bread pan



 selimutkan sosej


*** AMARAN: KEPADA YANG MENGALAMI MASALAH SAKIT MATA, LEMAH SEMANGAT, SAKIT PARU-PARU DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA SILA JANGAN TENGOK GAMBAR SETERUSNYA... hihi


 
besaq gedabak dan rupa paras yang pelbagai bentuk.. hihi..


 beginilah rupanya setelah siap dibakar


menyenget pulak roti nih.. hihi.. apa-apa pun sedap.. lembut ja.. kalo makan panas-panas tersangat la sedap..


 Everything has its beauty

Notes to myself:
boleh ditambah bilangan roti... 12-15 biji roti.. sebab roti terlalu besar kalau buat 10 ja
perlu menyelimut sosej dengan lebih kemas lagi dan mencuba teknik lain.
perlu menyapu egg wash lebih banyak lagi.. hihi.. yang dah siap tuh kureng warna keemasannya itu
akan mencuba membuat doh tanpa menggunakan Bread Maker kerana hasil pembacaan browsing daripada buku The new family bread book (this is a great book), dicadangkan tidak menggunakan Bread Maker... kerana akan menghasilkan roti yang lebih baik dan juga kelebihan-kelebihan yang lain..


Happy baking,

Friday, October 30, 2009

Roti Celup Telur


Assalamualaikum...
Good morning!!! Selamat Pagi!! Sobahalkhair!! hehe
wah.. wah... bersemangat di pagi Jumaat yang mulia ini.. heehee..
Ha, dah breakfast ka belum?? hehe.. kalo yang belum, meh la tengok hasil Cik Mira menunggang langgangkan dapur comel Mama ku itu.. hihi
Nama menu diberi ialah Roti Celup Telur.. huhu.. tak 'catchy' langsung nama itu.. ahaha..
lantaklah.. asalkan kenyang sudah.. lagipun senang ja.. huhu.. memang semua resepi senang-senang ja pun yang Mira cuba.. hihi biar mencuba daripada tak buat langsung.. huhu ayat penyedap hati..


Bahan bahan:
  • 2 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula (mengikut citarasa)
  • sedikit butter




Cara menyediakan:
  1. Pukul telur untuk mencampurkan putih dan kuning telur. Tak perlu dipukul lama. Sat ja..
  2. Kemudian masukkan susu dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Celupkan roti ke dalam bekas berisi telur tadi. Selepas seketika, celup bahagian lagi satu. Ketepikan.
  4. Letak butter ke dalam frying pan dan dipanaskan.
  5. Bakar / goreng / masak (hmmm.. apa apa jela.. Mira tak dapat la perkataan yang sesuai..hihi) roti.
  6. Selepas itu, balik-balikkan roti di atas gula.. sebelum dimakan... hmmm... YUMMY!


selepas dicelup telur


~ dengan haruman vanilla dan manis gula... sungguh menyelerakan~ 

Mira letak sikit jer gula.. hihi

kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman
๑۩ﺴ ღ *̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ *̡͌l̡* ღ ﺴ۩๑

Happy cooking,



Saturday, October 17, 2009

Mushroom Soup & Garlic Bread


Assalamualaikum..
hehehe... I feel good! oh yeah.. huhu.. aura birthday gurl la katakan .. ahaks!
Tadi ada buat mushroom soup buat kali yang ke-3..
hoho.. rasa berbangga sangat.. kihkihkih..
sebabnya Mama tak pernah lagi sebelum nih beria-ia suruh Mira masak selain daripada buat spagheti.. hehe
sedap.. semua orang dok puji.. bertambah tambah kombang idung bersemangat Mira nak belajar memasak.. hehe
Selalu bila makan mushroom soup kat restoran atau dari tin, teringin ja nak buat sendiri..
hehe rupa rupanya senang ja pun nak buat.. hehe
Jom kita buat mushroom soup and garlic bread!

Mushroom Soup

Bahan bahan:
  1. 250 ml atau 1 cawan susu segar
  2. 750 ml atau 3 cawan air
  3. 2 kiub pati ayam
  4. 1 tin besar cendawan butang (425g) (dihiris nipis atau dicincang) -Mira penggemar cendawan, jadi suka cendawan banyak banyak dalam sup hehe.. boleh guna tin kecil kalau tak suka yer
  5. 1 sudu besar marjerin
  6. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  7. 1/2 cawan tepung gandum dilarutkan dengan 1 cawan air
  8. daun parsley kering (Mira tabur sesuka hati ja)
  9. garam (Mira masukkan sikit ja kadang-kadang tak masukkan terus, sebab pati ayam tuh dah masin)


Cara menyediakan:
  1. Masukkan susu segar dan air ke dalam periuk, dan panaskan dengan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan butang, marjerin dan serbuk lada.
  3. Kacau perlahan lahan sehingga mendidih.
  4. Seterusnya, kecilkan api dan dengan menggunakan penapis, masukkan larutan tepung gandum sambil mengacau sup perlahan lahan.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan garam jika perlu dan daun parsley.
  7. Siap!

~Hmmm..mmmmm.. GOOD~



Garlic bread

Bahan bahan:
  1. France loaf
  2. 7 ulas bawang putih (dikisar)
  3. air
  4. 1/2 butter 250g (125 g) (dibiarkan pada suhu bilik kerana untuk memudahkan membuat garlic butter nanti)
  5. daun parsley kering


Cara menyediakan:
  1. Masukkan bawang putih dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  2. Tapiskan bawang putih untuk buangkan air yang berlebihan.
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan juga daun parsley ke dalam butter dan dikacau sebati.
  4. Siap garlic butter!
  5. Seterusnya potongkan france loaf dan sapukan garlic butter di atas kedua dua permukaan roti.
  6. Bakarkan roti tersebut...
  7. Siap!


 bunga merah tuh dibuat ulam yer.. hihi


*** Lebihan garlic butter boleh disejukbekukan dalam fridge.

Happy cooking,
Related Posts with Thumbnails