Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Wednesday, January 20, 2010

Pizza Ayam


Making pizza is fun!

Assalamualaikum... Semoga bergembira di samping insan-insan yang disayangi (◕‿♥)
Dah beberapa hari blog ini tiada entry baru... minta maaf yer..to my beloved readers (wah... ada ker orang nak baca.. kihkihkih...)
Tak pa.. yang pasti Mira ada pembaca COokiNg With L.O.V.E tegar.. hehe (You know.. who you are..)
dan yang sudi jadi follower.
Terima kasih tau.. sudi membaca luahan + ketaktentuhalaan + pengalaman Cik Mira yang cun nih hehe.. seronok sangat dapat diluahkan kat sini.. hehe..

Sejak ada breadmaker (hasil pinjaman dari Mak Jang hehe..), rasa seronok pulak nak buat roti.. hehe
Sebenarnya nak buat roti nih senang ja pun kalau tak ada breadmaker.. tapi akan jadi tersangat la mudah kalau ada.. hehe
terutama sekali kepada newbie macam Cik Mira nih.... buat kerja tersangat la slow-mo
bersabor jelah yer My Cintasayangiluvu.. hehe... this is who I am.
hm, tak apa.. nanti kalau dah practice banyak kali.. akan terer la Cik Mira nih.. hoho..(ayat penyedap hati)

Ok berbalik kepada topik utama iaitu Pizza Ayam.
Pizza yang Mira buat nih, ringkas dan mudah sangat!
walaupun ringkas, tapi tetap terasa kePIZZAannya itu..
(wah.. kalau cikgu BM tau nih, sedih dia..huhu.. ada ka perkataan kepizzaan nih??? haha..)
Bahan bahan nak buat pun senang ja.. tambahan pula, bila kita sendiri yang buat pizza nih.. jadi boleh la ikut sesedap hati dan rasa apa yang kita nak letak kat topping tuh kan.. hehe
Mira tak letak capsicum, bawang dan yang sewaktu dengannya.
hehe.. sebab sebelum-sebelum nih, bila makan pizza, Mira akan asingkan dulu benda yang tidak berapa best untuk ditelan itu terlebih dahulu.. hehe.. macam kanak-kanak
Yang Mira buat nih adalah cubaan kali ke-2.. ya... kali yang kedua.
Hasil daripada cubaan yang pertama kurang memberangsangkan.. hehe..
Cik Mira tersilap bajet.. huuhuu..
tapi untuk yang nih, jadi cantik ja.. Yummy!!
memang menepati selera kami sekeluarga + My Cintasayangiluvu

Bahan bahan:
Doh
  • 500g Tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar minyak zaiton (tapi Mira guna ja minyak masak biasa)
  • 1 cawan air
Layer Sos
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
Topping & Sos
  • 4 ketul Ayam saiz kecil (diambil isi dan dipotong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • oregano (kuantiti mengikut citarasa)
  • minyak
  • mozarella cheese
  • *** cadangan lain untuk topping: daging cincang, sosej, nenas, cendawan butang, buah zaiton dan capsicum.
  • sedikit butter (untuk disapu pada loyang)

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan doh ke dalam Bread Maker dan pilih setting Pizza/Dough. Jika tidak menggunakan Bread Maker, campur kesemua bahan dan uli sehingga  menjadi doh dan biarkan ia naik sekali ganda ~sejam.
  2. Sementara menunggu doh siap, sediakan layer sos dan topping & sos.
  3. Layer Sos
  • Masukkan tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut. 
  • Kemudian masukkan kesemua bahan yang lain.
  • Panaskan periuk dengan api kecil.
  • Biarkan sehingga mendidih dan menjadi pekat (kacau sekali sekala)
  • Siap
     4.  Topping dan sos
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Toskan.
  • Kemudian gaulkan ayam bersama kesemua bahan yang lain.
  • Siap.
    5.  Setelah doh siap, keluarkan ia dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tumbuk untuk mengeluarkan angin.
    6.  Bahagikan kepada 4. (atau mengikut saiz loyang)
    7.  Canaikan sehingga nipis dan letakkan di dalam loyang yang telah disapu dengan butter.
    8.  Tekan sedikit dan lipat ke dalam pada sekeliling doh.
    9.  Letakkan layer sos. Kemudian taburkan mozarella cheese. Baru diletakkan topping.
   10. Akhir sekali letakkan sekali lagi mozarella cheese.
   11. Bakar selama 25-30 minit di dalam oven yang telah dipanaskan 200°C.


Rotinya lembut dengan ayam yang bersos sedikit pedas.. Y U M M Y!!

Notes to myself: 
perlu membentuk doh pizza dengan lebih cantik lagi
menggunakan topping jenis lain pulak



It is not length of life, but depth of life

Happy cooking,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails