Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Salam Jumaat yang berbahagia ini..
wah..wah..wah.. macam YB pulak.. hehe..
Sebenarnya nak tulis entry nih dah lama dah.. cuma.. entah la..
perasaan ini.. sukar digambarkan.. huhu.. ok..ok.. tak pa..
Ha kepada sesiapa yang tak tau, hari ni ada gerhana matahari.. untuk keterangan lebih lanjut..
tanyalah Atuk Google tuh.. macam macam dia tau.. hehe..
dapat tengok sikit ja tadi.. Subhanallah.. ok la tuh.. hehe
Dah tuh.. kalau ada peluang.. tunaikanlah solat sunat sekali yer..
Ok.. pada waktu petang yang best nih.. kalau makan mee goreng pun layan jugak nih...
ha... ok.. apa tunggu lagi.. jom layan Mee Sanggul Goreng nih..
Rasanya mee nih glamor kat area utara nih.. hoho..
My Cintasayangiluvu pun suka.. Mira? hehe.. suka jugak la.. sedap weh... kalau balik kampung, mesti ada nihha bahan bahan yang digunakan nih mengikut sesedap hati dan rasa Cik Mira + mengikut arahan dari Mama.. hehe.. macam mana tuh? huhu.. renung-renungkan..
tapi yang pasti.. rasanya sedap..
Kepada yang nak cuba.. boleh juga adjust mana yang patut mengikut selera masing-masing...
Masa mula-mula nak buat tuh.. takut takut gak.. huhu.. biasalah.. sindrom terketar-ketar tuh akan muncul kalau masuk dapur.. hehe..
tapi alangkah gembiranya hati ini apabila Mee Sanggul Goreng ini menjadi dan sungguh sedap... (◕‿♥) *
hehe
Bahan bahan:
- 330g (1 bungkus) mee sanggul (direndam di dalam air sehingga lembut dan toskan)
- 7 ekor udang (atau ayam/daging mengikut selera)
- 1 sudu besar udang kering (direndam 10 minit, toskan dan tumbuk halus)
- 1 1/2 senduk cili kisar
- 2 senduk bawang kisar
- 1/4 cawan air
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 kiub pati ayam
- 1 senduk minyak
- daun sup dan daun bawang (dihiris)
- *** versi mee sanggul goreng ini tiada sayur.. hehe.. tak ada stok.. Sila masukkan sayur pilihan anda yer..
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak. Tumis udang kering dan bawang kisar sehingga harum.
- Masukkan cili kisar dan air. Biarkan sebentar sehingga cili masak atau air kering.
- Seterusnya masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada, kiub pati ayam dan udang. Kacau sebati sehingga udang sedikit masak.
- Rasa.. adjust apa apa yang patut.
- Masukkan mee. Gaulkan sebati.
- Angkat dan hias dengan daun sup dan daun bawang.
- Sedia dihidangkan
one word. DELICIOUS
♥ Everything has its beauty, but not everyone sees it ♥
Happy cooking,
sedapnyer tgh lapa nih sebab diet huhuhu
ReplyDeletehuhu.. kalo diet xdpt la nak tlg.. hehe
ReplyDeletejamu mata dah ler..
perrgghhh.. i like! dah lama tul tak makan mee sanggul ni.. semalam baru bli mee sanggul n mmg tingin nak wat tapi takder idea camne nak wat.. seb baik ader Hasmira.. tq2..muahh!!!~
ReplyDeleteYour welcome!
ReplyDeleteselamat mencuba!