Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Friday, November 6, 2009

Roti Sosej


Assalamualaikum! Good evening!!! Sejuk ja kan hari nih.. hehe
tahap kerajinan nak study pun sedikit menurun seperti mana suhu di Pulau Mutiara ini.. hehe
Ha, semalam kan dah mencuba guna Bread Maker Mak Jang ku itu.. hehe
best.. senang ja.. tak payah nak menguli doh lagi.. huhu.. nak senang ja Cik Mira nih..
Hm, dah lama teringin nak buat roti.. akhirnya.. berjaya jugak..
tak la susah mana.. cuma bila nak membentukkan roti tuh yang sedikit mencabar..
al-maklumlah.. tidak ku pernah buat keja-keja macam tuh.. hihi
Jadi terhasillah roti sosej yang pelbagai rupa.. hehe.. diharap mata-mata yang melihat tak la berdarah ka.. bersilau ka.. berkelip-kelip ka.. dok terkelipop-kelipop ka.. hehe.. terima jelah seadanya..

Roti Sosej (10 biji)

Bahan-bahan:
DOH 
  • 160ml atau 2/3 cawan air
  • 50g gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 25g shortening (lemak sayuran)
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 1 sudu kecil susu tepung
  • 1/4 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu kecil yis
LAIN-LAIN
  • tepung (untuk proses membentuk roti)
  • 10 biji sosej (dicelur)
  • cheese parut (sepatutnya guna bijan..hehe.. tapi tak ada..hantam saja lah)
  • egg wash (Mira guna 1 biji telur dipukul dengan garfu dan ditambah sedikit garam.. kalau ada setengah telur pun dah cukup)
  • mentega (untuk disapu pada loyang)

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan doh ke dalam Bread Maker dan pilih setting Dough. Jika tidak menggunakan Bread Maker, uli semua bahan doh sehingga... hm, jadi doh la..
  2. Setelah doh siap, keluarkannya dan letakkan di dalam mangkuk besar yang telah ditabur sedikit tepung.
  3. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk mengeluarkan angin. (hm, part nih best jugak.. huhu..)
  4. Bahagikan doh kepada 10 bebola sebesar bola golf.. lebih kurang 60g setiap satu.
  5. Rehatkan bebola doh tersebut selama 10 min. (ia akan membesar, macam bentuk kuih pau pun ada.. hihi)
  6. Ambil 1 bebola doh dan canaikan menjadi bentuk oval atau segi empat. Sila rujuk gambar di bawah.
  7. Kemudian letakkan sosej di tengah-tengah doh yang telah dicanai tadi dan potong kepada 6 bahagian pada kanan dan kiri doh.
  8. Selimutkan sosej tersebut dengan doh. Sila rujuk gambar di bawah.
  9. Susun semua roti sosej di dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jangan terlalu rapat.
  10. Sapukan egg wash dan taburkankan cheese/bijan.
  11. Biarkan ia naik sekali lagi selama 30-45 minit.
  12. Akhir sekali, bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 5 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar selama 10-12 minit atau sehingga keemasan.
  13. Setelah siap, sejukkan di atas wire rack. Jika perlu dipotong, jangan potong ketika masih panas... nanti tak cantik. Walaupun dah excited nak rasa roti tuh, tapi diharapkan bawak-bawak bersabaq.. Roti mudah dipotong ketika telah sejuk.



kesemua bahan doh dimasukkan ke dalam bread pan



 selimutkan sosej


*** AMARAN: KEPADA YANG MENGALAMI MASALAH SAKIT MATA, LEMAH SEMANGAT, SAKIT PARU-PARU DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA SILA JANGAN TENGOK GAMBAR SETERUSNYA... hihi


 
besaq gedabak dan rupa paras yang pelbagai bentuk.. hihi..


 beginilah rupanya setelah siap dibakar


menyenget pulak roti nih.. hihi.. apa-apa pun sedap.. lembut ja.. kalo makan panas-panas tersangat la sedap..


 Everything has its beauty

Notes to myself:
boleh ditambah bilangan roti... 12-15 biji roti.. sebab roti terlalu besar kalau buat 10 ja
perlu menyelimut sosej dengan lebih kemas lagi dan mencuba teknik lain.
perlu menyapu egg wash lebih banyak lagi.. hihi.. yang dah siap tuh kureng warna keemasannya itu
akan mencuba membuat doh tanpa menggunakan Bread Maker kerana hasil pembacaan browsing daripada buku The new family bread book (this is a great book), dicadangkan tidak menggunakan Bread Maker... kerana akan menghasilkan roti yang lebih baik dan juga kelebihan-kelebihan yang lain..


Happy baking,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails