Assalamualaikum...
Semoga berada dalam keadaan sejahtera dan berbahagia di samping orang-orang yang tersayang.
Selamat menyambut Aidiladha!!!
bersama-samalah kita meningkatkan pengorbanan dan menyuburkan keikhlasan
Tergoda tak dengan strawberry kat atas tuh??? hehe... Mira suka sangat dengan warna merah strawberry nih. Cantik sangat
hm, tapi mahal sikit la kalau beli kat supermarket tuh.. hihi.. kalau nak dibandingkan beli kat Cameron Highland..tapi tak apa la.. asalkan hasil dari mempergunakan strawberry nih menjadi dan harus la sedap.. hihi
Sebelum nih asyik buatkan Chocolate Muffins ja kat rumah... rasanya semua orang pun dah boring..
jadi kali nih Mira cuba la pulak resepi Strawberry Banana Muffins. Ha terus ada pisang dan strawberry sekali dalam muffin.. ha.. puas hati.. hehe
Mira gunakan Pisang Berangan.. sedap sangat.. sungguh enak dimakan begitu saja.. hehe..
Pisang dan strawberry nih dibeli kat Sunshine Square.. (ha kepada sesiapa yang selalu ke Sunshine tuh hati-hati tau.. kalau rajin, baca kisah kat sini)
- 113g butter (dicairkan di dalam periuk dengan api kecil)
- 160g gula perang
- 2 biji telur (dipukul sedikit. hanya untuk mencampur putih dan kuning telur)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji pisang ranum (dilenyekkan dapat lebih kurang 1 cawan)
- 1 cawan strawberry (lebih kurang 5-6 biji strawberry) (dipotong dadu)
- 295g tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil baking soda
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (optional)
- caramel sauce untuk hiasan
Cara menyediakan: (10-12 muffins)
- Panaskan oven 177 °C.
- Di dalam mangkuk yang besar, gaul bersama gula perang, telur, esen vanila dan pisang sehingga sebati.
- Kemudian masukkan butter yang telah cair ke dalam aduanan gula perang tersebut dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Seterusnya di dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan bersama tepung, baking powder, baking soda, garam dan serbuk kulit kayu manis.
- Kemudian dengan perlahan-lahan, masukkan strawberry dan gaul sebati sehingga semua strawberry bersalut dengan adunan tepung. Ini adalah untuk mengelakkan strawberry dari termendap di bawah muffin nanti ketika dibakar.
- Selepas itu, masukkan adunan basah (langkah 3) ke dalam adunan kering. Kacaukan sehingga sebati sahaja. Jangan kacau terlalu lama kerana bimbang muffins akan menjadi keras.
- Masukkan adunan ke dalam bekas muffins dengan menggunakan dua sudu.
- Bakar selama 20-25 minit.
- Sedia dihidangkan
comel jer mereka berenam nih.. hihi
sedia dihidangkan untuk minum petang
bersama caramel sauce.. yummy!
pisang dan strawberry yang sungguh sedap apabila digandingkan
♥ It isn't always easy to live the life you were meant to, but the lessons learned and the rewards are immeasurable ♥
No comments:
Post a Comment