Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Sunday, November 1, 2009

Sambal Telur


Assalamualaikum...
Hari ini hari Ahad. Esok sudah hari Isnin.. oh, sungguh berat rasa hati ini untuk menuju ke Lab 106 itu...
to be exact, sat ja cuti nih.. argh nak lagi , kalau boleh, tak mo dah wat keja master..eh.. ops.. untuk meneruskan perjuangan master ku itu.. ~Semoga diberikan ku kekuatan~

Hm, sementara Cik Mira nih melayan perasaan nak kena pi lab esok.
Apa kata kita tengok apa yang Mira dah merapu memasak di dapur Mama yang comel itu..
Ha nih dia.. dia mai dah.. hehe Sambal Telur..

Sambal Telur nih bukanlah kegemaran Mira sebab tak suka sangat makanan pedas...
tapi.. ha ada 'tapi' tuh.. nih yang menarik kan?
hehe.. tapi yang nih makanan kegemaran My Cintasayangiluvu.
Jadi yang nih adalah menu wajib belajar.. hoho..
Nih dia resepinya...

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 keping hirisan halia (ditumbuk)
  • 1 inci belacan (ditumbuk)
  • 1 cawan atau 250ml cili boh @ chilly paste(boleh dikurangkan kalau tak suka pedas)
  • perahan air Asam jawa -Mira agak-agak ja nih.. amik la dalam sebesar pemadam pensil tuh.. pastu ramaskan dalam 4 sudu besar air. 
  • air
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • garam & gula secukupnya
  • minyak


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi bersama dengan cili boh.
  2. Masukkan lebih kurang setengah cawan air, biarkan cili betul-betul masak. Dibiarkan sehingga mendidih beberapa minit.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa serta garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang besar dan air jika perlu.
  5. Kemudian pecahkan telur -macam kita masak maggi tuh- biarkan ia masak. Jangan nak coba-coba kacau telur tuh pulak.. nanti hancur dalam tuh.. Cuma kacau kuahnya saja yer...
  6. Setelah semuanya masak, tutup api. Siap!


tak ada hiasan apa-apa pun.. hehe


Cooking is at once child's play and adult joy. And cooking done with care is an act of L.O.V.E


Happy cooking,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails