Assalamualaikum..
Semoga semuanya bergembira hujung minggu yang lepas.. banyak sungguh Mira makan.. haha.. semua ditelan..Dari lemang, ketupat, nasi impit, rendang, spaghetti, mushroom soup + garlic bread, ayam goreng, laksa, char koey teow, gulai daging, kurma daging, perut + nangka masak lemak cili api, kari kepala ikan, agar-agar kelapa, muffin, puding, mee kari, mee udang hinggalah menu kegemaran kat rumah nih... gulai ikan dan ayam masak kicap.. fuh..fuh..fuh... meriah sungguh dengan makanan.. Alhamdulillah..
rasanya muka pun sudah semakin comel.. hihi...
ha ok..ok.. Jom kita tengok macam mana nak buat Caramel Sauce nih.. hm, senang ja..
lagipun kalau tak habis, boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge..
Caramel Sauce nih boleh dihiaskan pada aiskrim, buah, muffin, kek, pancake dan apa-apa jelah yang sesuai.. hm, tapi kalau nak makan macam tuh ja.. manis sangat la pulak.. hihi...
- 200g gula
- 2 sudu besar air
- 200ml whipping cream
- 1/4 sudu kecil garam
- Campurkan gula dan air bersama di dalam periuk. kacau sebati
- Di dalam periuk yang lain, masukkan whipping cream dan garam. kacau sebati.
- Seterusnya, panaskan periuk yang mengandungi gula dan air tadi dengan api perlahan. Masak sehingga gula mencair menjadi karamel. (sama seperti membuat gula hangus untuk puding telur).
- Alihkan dari api, apabila gula telah bertukar warna perang muda.. jangan terlalu perang, dikhuatiri gula menjadi pahit.
- Kemudian, panaskan periuk yang mengandungi whipping cream sehingga berbuih sedikit di keliling periuk.
- Masukkan karamel (berhati-hati kerana mungkin akan terpercik). Kacau sebati. Tutup api.
- Sedia digunakan. Sos yang berlebihan bolehlah disimpan.
manisnyer... sedapnyer... hehe
♥ Life always has a purpose...You just don't know it in its entirety
Not everyone is so lucky to discover that ♥
No comments:
Post a Comment