Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Tuesday, September 1, 2009

Spaghetti


Assalamualaikum...
Spaghetti adalah masakan pertama yang Mira masak.. Mira cuba masak bersempena Hari Lahir Mama pada hujung tahun 2007. hehe.. bersemangat nak belajar masak masa tuh.. jadi menuntut ilmu dengan Cbah. Terima kasih Cbah!!! hehe..
Mama sungguh terharu bila anaknya yang comel lagi anggun nih memasak.. Masih ingat lagi.. Mama kata "Boleh jugak masak anak mama nih" hehe.. yer la Mama.. hihi.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

Bahan-bahan:
  • 1 pek pasta (250g)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 6 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 8 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
  • 1 tin besar tomato puree
  • 5-6 kiub pati ayam
  • 800g Daging cincang
  • 1 tin cendawan butang (dipotong dadu/kecil)
  • 2 peket Perencah Bolognese Maggi
  • Serbuk daun Oregano kering
  • serbuk lada hitam (jika perlu)
  • Cheese parut
  • Air
  • Minyak 



Cara menyediakan (spaghetti):
  1. Panaskan air sehingga mendidih terlebih dahulu
  2. Kemudian masukkan sedikit minyak.(untuk mengelakkan pasta daripada melekat antara satu sama lain)
  3. Masukkan pasta.
  4. Biarkan hingga lembut atau masak sepenuhnya sebelum diangkat dan ditoskan seketika.


pasta yang telah sedia untuk ditoskan

Cara menyediakan (kuah):
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga garing.
  3. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga cili masak.
  4. Kemudian satu-persatu, masukkan tomato puree, kiub pati ayam dan sedikit air jika perlu. Kacau seketika.
  5. Masukkan daging cincang dan tutup periuk (10 minit)
  6. Masukkan cendawan, perencah Bolognese dan sedikit air jika perlu. Kacau seketika.
  7. Akhir sekali masukkan serbuk daun oregano kering dan lada hitam
  8. Tabur bersama cheese parut apabila dihidangkan

mudah dan sedap!

I accept what I have and where I am... I'm learning what I need to learn

Happy cooking,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails