Assalamualaikum...
Semua orang pernah pergi param kan? ha apa tuh param??? hehe pa=pasar ram=ramadhanhehe.. boleh? boleh la tuh..da ramai jugak orang guna param nih.
Antara juadah yang selalu dijual kat situ adalah Puding telur berkaramel
Adik-adik saya suma suka.. saya pun.. hehe.. dan juga my cintasayangiluvu.. :D
Minggu lepas ada la bawak balik kampung & bagi kat bakal ibu mertuaku.. kihkihkih,
hehe.. suma orang dok puji.. aceh.. bangga I.. hoho
Pak Lang pun amik resepi nih..
Ha, lagi satu, cara nak buat pun senang ja..
Saya yang tak berapa nak terer masak & kali pertama mencuba pun boleh jadi dengan sedapnya.. hehe
Resepi nih diambil di internet ajer.
jadi, apa tunggu lagi.. cuba la.. sedap
BAHAN BAHAN:
- 7 biji telur (saiz besar)
- 3/4 tin susu isian pekat *** ikut citarasa.. (kurang atau tambah)
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
CARA MENYEDIAKAN:
- Letakkan gula pasir untuk membuat karamel/gula hangus ke dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil.
- Masukkan air perlahan lahan. sedikit demi sedikit.
- Kacau sehingga keseluruhan gula menjadi cair.
- Teruskan mengacau sehingga gula bertukar menjadi warna kekuningan.dan tutup api.
- ***jangan sampai warna terlalu kuning atau perang kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik.
- Lengang-lengangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi dasar loyang.
- Biarkan ia membeku.
- Seterusnya masukkan telur, susu, gula, tepung kastard, garam, esen vanilla dan air ke dalam blender dan kisar sampai sebati. (lebih kurang 15saat sahaja.. heehee)
- Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilapisi gula tadi dengan menggunakan penapis.
- Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih.
- Adunan dikukus dengan api sederhana kecil selama 45minit atau sehingga masak.
- Apabila telah masak, biarkan sejuk seketika dan kemudian kikiskan keliling loyang dengan pisau dan telangkupkan di atas pinggan.
- Simpan ke dalam peti sejuk.
- Sedia untuk dihidang.
Sekian sahaja, saya melaporkan dari
Happy cooking,
da lama nak cari resipi yang lebih praktikal! thanx, mira! :) tp kn, karamel pakai 7 bijik telur? wallawei! byk kot! (_ _!!)
ReplyDeletehehe.. blh dikurangkan.. km da resepi yg guna 4biji ja telur..
ReplyDeletetp x try lg. kalo nak, blh km bg resepi tuh.. hehe
dah pernah try.. tapi, rasa telur dia banyak sangat.. not suit my taste..
ReplyDeleteooo... mmg ada jugak org yg kurang berminat dgn puding nih..
ReplyDelete-terima kasih sudi jenguk sini..
Dah lama berhsrat nak buat sendiri.tq
ReplyDelete