Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Sunday, June 13, 2010

Layered Strawberry Pudding

Assalamualaikum.. mesti ramai yang menghadiri kenduri di musim cuti sekolah nih kan.. =) hehe.. dan ramai jugak yang letih tuh kan.. especially cik/puan/tuan driver.. jadi kalau dapat makan puding mesti best kan??? hehe Jom layan~
Hari tuh My Cintasayangiluvu ada bagi buah strawberry dari Cameron Highland yang sejuk itu..
jadi Cik Mira pun apa lagi... mulalah mengasah bakat me'muding' =)
hehe..jom kita layan projek memuding Cik Mira nih.


3 sekawan yang sempat menyibok

Bahan bahan:
  • 250 ml susu
  • 250 ml air
  • 100 g gula
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk agar agar
  • 100 g strawberry (dipotong dadu atau ikut suka la nak potong macam mana pun.. hehe)
  • 120 g strawberry (dikisar)
  • strawberry untuk hiasan jika ada lagi stok strawberry =)


Cara menyediakan:
  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar agar. Panaskan sehingga semua bahan larut dan mendidih.
  2. Kemudian masukkan susu. Kacau sebati sehingga mendidih sikit ja. Bila dah keluar buih buih kecil, tutup api.
  3. Keluarkan separuh ke dalam bekas lain. Masukkan strawberry yang telah dikisar. Kacau sebati. (akan menjadi warna pink.. comel giler)
  4. Manakala, untuk yang separuh lagi, masukkan ke dalam bekas.
  5. Mira dapat dalam 6 bekas comel..
  6. Kemudian masukkan strawberry yang dipotong dadu ke dalamnya.
  7. Selepas itu, masukkan ke dalam fridge seketika untuk bekukan bahagian bawah puding.
  8. Apabila sudah sedikit beku. Masukkan puding yang berwarna pink itu..
  9. Jadilah Layered Strawberry Pudding.
  10. Sejukkan di dalam fridge..
  11. Sedia dihidangkan =)
* untuk kelihatan lebih menarik. hiris nipis nipis strawberry dan atur keliling bekas sebelum masukkan layer kedua puding..  =)


saya suka warna pink strawberry itu


It’s time to start living the life you’ve imagined

Happy cooking,

8 comments:

  1. sudah lama saya tercari-cari resipi dadeh/pudding yang mudah/simple, murah,lagi asli/sejati jika berkemungkinan. mula-mula nya saya mencari di website, ternyata hampir kesemuanya resipi puding orang putih yang terlalu meleceh dan banyak sangat kerja, iaitu menggunakan tepung dan telur dan prosesnya......ah, malas nak cuba lagi, hehe.
    kemudian aku terjumpa banyak puding mix yang dijual di kebanyakan supermarket, belilah aku sepeket untuk mencuba di rumah, hasilnya mmm...sedap, boleh tahan, tapi dlm hati ku masih tidak puas hati kerana ia tidak asli, ia menggunakan perisa buatan buah-buahan.
    sehinggalah saya terjumpa web anda ini, wow, segala masalah ku di atas selesai dlm minda ku, rupa-rupanya resipi puding idaman ku ada di sini, bersyukur betul aku menjumpainya, ku nak ucapkan ribuan terima kasih.......rupa-ruanya orang Melayu lah yang paling "li hai"(hebat) buat puding ooo...TQ

    ReplyDelete
  2. resepimenarik, sama sama. terima kasih jugak sudi singgah di sini =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails