Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Friday, July 23, 2010

Kek Batik II

pilih..pilih.. nak semua pun boleh =p

Assalamualaikum...
Cik Mira sudah kembali  ƪ(‾ε‾“)ʃ yeay!!!!!!
Haih... asyik menghilang ja Cik Mira nih kan? hehehe..
hari nih warga Lab 106 yg comel tuh ada mengadakan majlis jamuan makan makan..
best wooo... ada makanan arab, jordan, iran, malaysia & juga omputih.. hehe
masing masing bawak sikit sikit banyak banyak (?)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
sedap lazat best... dan kenyang! hehe

makan makan makan

bihun sup telah disediakan oleh chef azyan & chef sharifah... tq =) sedap

Cik Mira juga tidak melepaskan peluang untuk menyediakan sesuatu.. jeng jeng jeng..
hehe Kek Batik ja.. huhu.. ok la.. sebelum nih dah penah buat.. Kek Batik I. resepi yang ini tak guna telur.
tapi bila Kek Batik II nih guna telur, rasa sedap jugak.. =)
hehe sebabnya Cik Mira nih memang suka apa saja yang bercoklat =p

thanks nazila for helping me =) cik mira terketaq2 nak potong nih haha =p


Bahan bahan:
  • 250 g biskut Marie (dipatahkan)
  • 125 g butter (separuh dari seketui butter biasa)
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan milo
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar susu pekat


Cara menyediakan:
  1. Pecahkan telur di dalam periuk dan pukul sedikit.
  2. Masukkan gula, air, milo, serbuk koko dan susu pekat ke dalam periuk. Kacau sebati. 
  3. Kemudian masukkan butter dan panaskan periuk dengan api sederhana, kacau sehingga menjadi pekat dan sedikit mendidih.
  4. Seterusnya tutup api dan masukkan biskut marie sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati.
  5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah dilapik dengan plastik. Mampatkan dan ratakan adunan dengan menggunakan plastik.
  6. Mira guna cling wrap yang diletakkan di dalam bekas dan biarkan ia lebih sehingga boleh tutup atas bekas nanti bila dah masukkan adunan. (huhu paham ka? kalo tak paham, tanya mira ok =) Selepas adunan kek dah masuk dalam bekas, tutup dengan cling wrap dan tekan/mampatkan dengan sepenuh hati jiwa dan raga perlahan-lahan sehingga jadi rata dan cantik ja permukaan kek tuh =p)  Ha barula dapat permukaan atas kek yang licin gitu.. hehe
  7. Masukkan ke dalam fridge selama 1-2 jam atau semalaman.
  8. Sedia untuk dihidang.. YUMMY!
disediakan oleh Cik Mira

 Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan jamuan ini
Dr Hasnah
Hafizul
Bassam
Amal
Nazila
Yan
Pah
Sarah & Staff Bio


If you have an apple and I have an apple and we exchange apples
then you and I will still each have one apple.
But if you have an idea and I have an idea and we exchange these ideas,
then each of us will have two ideas.

* comel tak watermark baru itu? =)


Happy cooking,



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails