Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Tuesday, May 18, 2010

Kek Coklat Pisang

makan bila bila pun sedap

Assalamualaikum... Semoga semua ceria selalu =)
okeh kali nih tak mahu nak berceloteh panjang.. jom layan Kek Coklat Pisang nih..
sedap giler! terasa kelembapan kek ini.. oooh sangat heaven
lepas keluarkan dari oven dah bau haruman coklat + pisang yang cukup menggoda itu. huhu tapi tak boleh terus korek.. kena la tunggu bagi sejuk sikit.. baru senang nak keluarkan dari loyang.. hehe
Amir komen 'Awat rasa pelik?' Cik Mira menjawab 'Yer la.. nih kek coklat pisang. bukan kek coklat.'
hehe.. begitulah.. jadi janganlah tertipu dengan kecoklatan kek ini yer.. sebab ini kek coklat pisang.
jadi ada rasa coklat + pisang = nyum...nyumm..nyumm..


Bahan bahan:
  • 120-130g tepung gandum *
  • 200g gula
  • 38-40g serbuk koko *
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan pisang yang telah dilenyek (3-4 biji pisang saiz sederhana)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 sudu kecil vanilla essence
* Mira tak dapat nak sukat betul betul hehe.. rasanya in between tuh jela.. hehe


Cara menyediakan:
  1. Panaskan oven 180°C. 
  2. Sapukan butter pada loyang. ketepikan.
  3. Gaulkan tepung gandum, gula, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati di dalam mangkuk besar. ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk besar yang lain, satukan telur, pisang, air suam, susu cair, minyak dan vanilla essence sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan basah (langkah 4) ke dalam mangkuk bahan kering (langkah 3).
  6. Gaulkan sebati.
  7. Seterusnya tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit atau kek telah masak. (apabila dicucuk cake tester (guna pencungkil gigi pun boleh) dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat).
  8. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas wire rack.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
suka bau kek ini.. yummy


Discipline is the bridge between goals and accomplishment


Happy baking,

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails