Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Saturday, February 27, 2010

Sup Makaroni Ayam


Assalamualaikum... Salam Sejahtera
Cik Mira datang kembali dengan CookiNg with L.O.V.E
hehe... setelah sekian lama.. Alhamdulillah... berjaya juga mengupdate..
Kali nih Mira cuba buat sup. Sedap! hehe.. dan sudah tentulah ini makanan kegemaran Cik Mira yang comel ini juga.
Senang saja nak buat... kalau yang sukakan pedas, boleh la buatkan sambal kicap cili padi sekali..
versi sup ini tak pedas.. sesuai untuk Cik Mira dan kanak kanak yang tak makan pedas.. hehe

Bahan bahan:
  • 100g Makaroni (direbus sehingga lembut dan toskan)
  • 300g Ayam (dipotong kecil)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 6 cawan air (atau secukupnya)
  • 1 sup bunjut
  • 4 biji kentang (dipotong 8)
  • 1 batang lobak merah (dipotong bulat)
  • 1 kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • daun sup dan daun bawang (diracik)
  • minyak untuk menumis


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga harum.
  2. Masukkan air, ayam, sup bunjut, kentang dan pati ayam. Biarkan mendidih selama 20 minit.
  3. Setelah 20 minit, baru dimasukkan lobak merah. Biarkan mendidih lagi 10 minit.
  4. Masukkan garam secukupnya.
  5. Setelah kesemuanya masak, barulah dimasukkan makaroni, daun sup dan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.
Dah siap.. senang sangat kan? Selamat mencuba.. hehe.. tersangat teruja bila boleh masak masak nih.. hehe...


 
Mira akan masukkan sekali nasi dalam mangkuk nih dan seterusnya... slurrrppp...slurrrppp...slurrrppp...sampai licin



  The life you want is the life you have to make!


Happy cooking,

8 comments:

  1. not yum yum..
    slurrrppp...slurrrppp...slurrrppp...
    hehe

    ReplyDelete
  2. waaa.... makaroni buat sup yea.... menarik gak tue...

    ReplyDelete
  3. wah rajin buat blog resepi. blog pun nampa sedap..cam nak makan je hehe nak request resepi bleh? resepi ayam goreng kfc. :)

    Khas Untuk Freshie Blogger. Jom Terjah Blog Paling Annoying Ni Supaya Korang Tak Jadi Blogger Annoying!

    ReplyDelete
  4. terima kasih!
    eh, ada la resepi ayam goreng tuh.. tgk kat sini
    Ayam goreng kfc

    ReplyDelete
  5. leh share hobi kita yg suka masak..

    ReplyDelete
  6. hehe.. boleh..boleh..
    mira baru nak belajar memasak hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails