Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Friday, February 5, 2010

Etika waktu makan dan minum


Assalamulaikum.. Salam sejahtera.
hehehehehehe.... Cik Mira tiada update COokiNg with L.O.V.E lagi.. sabar yer..
sekarang nih menggunakan laptop yang 'sangat canggih' huhu.. jadi tak dapat nak update dengan best.. hehe
Kena tunggu kepulangan My Cintasayangiluvu bersama laptopnya yang comel itu.. hehe..
Jadi kali ni Mira nak berkongsi sikit bahan bacaan tadi
bukanlah jurnal mahupun tesis.. haha.. cuma sedikit bahan bacaan ringan-ringan sambil mengingatkan diri sendiri..


Etika waktu makan dan minum

Waktu Makan
  • Memulakan suapan dengan membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai makan.
  • Ucapan di atas sebaik-baiknya turut diperdengarkan kepada orang lain untuk mengingatkan orang lain yang makan bersama jika mereka terlupa.
  • Makan menggunakan tangan kanan.
  • Makan dengan suapan kecil agar tidak dilihat sebagai orang yang gelojoh.
  • Kunyah perlahan-lahan supaya makanan betul-betul hadam sebelum ditelan.
  • Habiskan makanan yang ada dalam mulut sebelum meneruskan suapan supaya tidak dianggap tamak.
  • Jangan mencela makanan yang ada. Contohi sikap Rasulullah yang tidak pernah mencela makanan. Sekiranya baginda tidak inginkan makanan itu, baginda akan membiarkannya sahaja.

Waktu Minum
  • Ambil gelas dengan tangan kanan dan ucapkan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
  • Minum dengan perlahan-lahan, bukan sekaligus.
  • Periksa gelas terlebih dahulu sebelum meminum isinya.

Tiada guna kehidupan kalau tiada keberkatan

Have a great weekend,



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails