Assalamualaikum..
Apa khabar? How are you? Ni hao ma? Kaifa halukum?
Mira sihat + fine + hen hao + bilkhoir
alhamdulillah
Ha ok la.. nih nak kongsi sket apa yang Mira dah cuba masak baru-baru nih.
jeng..jeng..jeng..
(ala dah tau pun.. tuh tajuk kat atas. siap ada gambar lagi..hihi)
Ayam masak kicap
Nak dijadikan cerita. Family Mira nih penggemar masakan nih.. Especially my little brother; Amir. Hm.. Angah pun suka gak.. eh, Kak Chik pun. Pendek kata.. suma la termasuk Mira.. hehe
Jadi, sangat la perlu saya; Cik Mira yang anggun lagi bergaya ini menunjukkan skill memasak hidangan nih..
ha, apa tunggu lagi..
Chekidaut
Bahan bahan:
- 7-10 ketul Ayam (dipotong kecil)
- 1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
- 3 biji Bawang merah (dikisar)
- 3 biji Bawang putih (dikisar)
- 1/2 cawan sos cili
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/3 cawan kicap
- kunyit
- garam
- Minyak
- Air
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak.
- Gaulkan ayam dengan kunyit & garam. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Jangan terlalu garing. Alihkan.
- Keluarkan minyak dari kuali sehingga tinggal 3 sudu besar minyak. Panaskan.
- Masukkan bawang merah & bawang putih yang dikisar tadi. Kacau sehingga naik bau.. (sat ja)
- Kemudian masukkan sos cili, tomato & kicap. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan bawang besar dan ayam. Kacau sebati.
- Masukkan sedikit air. Biarkan semuanya sebati dan masak.
- Siap untuk dihidangkan
-Credit to My Mama-
Happy Cooking,
No comments:
Post a Comment