Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Saturday, October 31, 2009

Ikan Sweet & Sour

Assalamualaikum... Apa khabar? How are you? I'm fine.. nak pi kenduri plak lepas nih.. hikhikhik..
Hari nih Mira nak kongsi pengalaman memasak resepi ikan pulak naaa.. huhu..
Ikan Bawal Sweet & Sour.. wow.. marvelous! hihi
Hidangan nih adalah antara makanan kegemaran My Cintasayangiluvu dan jugak My Family.. Mira pun sekali la..
Oleh itu, perlulah Mira memahirkan diri menyediakan hidangan ini..
Alhamdulillah.. menjadi jugak.. sediap! hehe sebut betul-betul.. S.E.D.I.A.P! huhu
Tak sia-sia Mira berpeluh-peluh bertungkus-lumus di dapur...

Bahan-bahan:

Ikan
  • 1 ekor ikan bawal (dipotong 3) (kalau ditanya ikan bawal apa. tak tahu la pulak.. hehe... tak belajar lagi ilmu mengenal ikan.. hehe)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 1/2 sudu besar Tepung jagung
*** Goreng ikan yang telah digaul dengan serbuk kunyit, garam & tepung jagung


Tumis
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
*** semua bahan tumis dipotong kecik-kecik atau dadu

Sos
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar gula
*** satukan bahan sos di dalam mangkuk

lain-lain
  • 1 biji cili merah (dipotong menyerong) 
  • air
  • garam jika perlu
  • minyak


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan sos dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan cili merah. Jika perlu masukkan garam.
  4. Kacau sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan




 


When baking, follow directions. When cooking, go by your own taste

Happy cooking,

Friday, October 30, 2009

Roti Celup Telur


Assalamualaikum...
Good morning!!! Selamat Pagi!! Sobahalkhair!! hehe
wah.. wah... bersemangat di pagi Jumaat yang mulia ini.. heehee..
Ha, dah breakfast ka belum?? hehe.. kalo yang belum, meh la tengok hasil Cik Mira menunggang langgangkan dapur comel Mama ku itu.. hihi
Nama menu diberi ialah Roti Celup Telur.. huhu.. tak 'catchy' langsung nama itu.. ahaha..
lantaklah.. asalkan kenyang sudah.. lagipun senang ja.. huhu.. memang semua resepi senang-senang ja pun yang Mira cuba.. hihi biar mencuba daripada tak buat langsung.. huhu ayat penyedap hati..


Bahan bahan:
  • 2 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula (mengikut citarasa)
  • sedikit butter




Cara menyediakan:
  1. Pukul telur untuk mencampurkan putih dan kuning telur. Tak perlu dipukul lama. Sat ja..
  2. Kemudian masukkan susu dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Celupkan roti ke dalam bekas berisi telur tadi. Selepas seketika, celup bahagian lagi satu. Ketepikan.
  4. Letak butter ke dalam frying pan dan dipanaskan.
  5. Bakar / goreng / masak (hmmm.. apa apa jela.. Mira tak dapat la perkataan yang sesuai..hihi) roti.
  6. Selepas itu, balik-balikkan roti di atas gula.. sebelum dimakan... hmmm... YUMMY!


selepas dicelup telur


~ dengan haruman vanilla dan manis gula... sungguh menyelerakan~ 

Mira letak sikit jer gula.. hihi

kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman
๑۩ﺴ ღ *̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ *̡͌l̡* ღ ﺴ۩๑

Happy cooking,



Wednesday, October 28, 2009

Daging Blackpepper I

Assalamualaikum...Hello everyone!
hehe.. menghilang plak Cik Mira nih.... hehe tak pi mana pun.. cuma tak sempat plak nak update blog nih..
ok.. hm, aritu ada la korek korek peti ais tuh.. huhu.. tengok ada daging..
jadi timbullah idea untuk mencoba memasak daging itu.. hehe tapi Mira guna sikit jela..
Takut tak jadi plak hasil keletung keletang nanti.. huhu.. tak baik membazir.. hehe
ha, jadi apa yang Cik Mira nih masak???
hihi.. Mira masak Daging Blackpepper @ Daging berlada hitam..
Nih resepinya... sila ooo sila..

Bahan bahan:
  • 100g daging (dipotong nipis dan ditoskan kalau boleh lebih dari sejam)
  • 1 sudu besar lada (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit air
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu kecil air
  • 1 biji cili merah (dibuang biji dan dipotong panjang)
  • 3 biji kacang buncis (optional)
  • 2 biji jagung muda (optional)
  • 4 biji cendawan butang (optional)
  • garam
  • gula
  • minyak



Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Gunakan minyak yang banyak serta api kuat.
  2. Sila ambil jarak selamat anda (hehe.. kalau tak ditoskan lama, ada banyak air, so akan meletup-letuplah minyak itu.. hehe) dan goreng seketika, lebih kurang 3-4 minit sambil mengacau. Kemudian diketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan hanya 2 sudu besar minyak di dalam kuali. Panaskan.
  4. Masukkan serbuk lada dan kacau sampai wangi.
  5. Seterusnya masukkan, kicap dan sos tiram. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
  6. Dikacau sebati.
  7. Kemudian masukkan daging dan air. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan cili merah dan bancuhan air tepung jagung. Kacau sebati sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  9. Siap!


versi I - tanpa cendawan


versi II - dengan cendawan 

TIPS:
Daging perlu dipotong melawan urat (meat fibres) kerana ia akan memendekkan jaringan urat dan menjadikannya lebih  lembut serta memudahkan untuk dikunyah nanti!


*** To my cintasayangiluvu, Get well soon!


Happy cooking,

Monday, October 26, 2009

Kacang Buncis Goreng Bertelur

Assalamualaikum..
Pa habaq?? Mira baru balik dari kampung.. ziarah tok..
Alhamdulillah... kesihatan tok dah semakin ok.. dah boleh berjalan sikit sikit..
Semoga tok cepat sembuh.

Hm, arini nak kongsi masakan sayur la pulak ye.. hihi..
sebenaqnya tak tau nak mengarang apa lagi kat sini.. hihi.. jadi apa kata kita terus menjamu mata dengan hasil Cik Mira mengasah bakatnya di dapur.. huhu..
Kali nih kita layan resepi nih plak.. Ok tarik nafas panjang panjang.. jeng jeng jeng..
Kacang Buncis Goreng Bertelur (fuh.. fuh.. panjang betui nama..ahahaha)
Nama ja panjang, tapi senang ja pun.. huhu.. again.. D.R.A.M.A.. hihi


Bahan bahan:
  • 10 kacang buncis (dipotong menyerong)
  • 10 ekor udang
  • 2 biji telur (hm, boleh dikurangkan)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 biji cili kering (dikisar)
  • secubit belacan (dikisar)
  • garam 
  • minyak



Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur dan kacau kacau sehingga telur masak.
  3. Seterusnya masukkan udang dan kacau seketika sehingga udang agak masak.
  4. Kemudian barulah dimasukkan kacang buncis.
  5. Kacau seketika sehingga masak. Jangan terlalu lama, nanti lembik pulak kacang buncis tuh..
  6. Masukkan garam jika perlu dan dah siap!


udang tuh saja gatai main sembunyi sembunyi lak.. hihi


In your effort to learn and create, are you patient with yourself?

Happy cooking,

Friday, October 23, 2009

Paprik udang




Assalamualaikum... Semoga semua berada dalam keadaan sejahtera..
Hm, disebabkan dua tiga menjak nih, Cik Mira dok pulun masak ayam ja..
apa kata hari nih, kita tengok resepi udang la plak yer.. hoho..
Paprik udang. Fuh, dengar nama ja.. dah terliur.. hehe.. one of my fav.

Resepi nih ringkas, cuma bab potong memotong sayur jela.. kena rajin sket hehe..
lagi plak nak potong carrot tuh... hihi nak buat bentuk bunga la konon.. haha..
asal boleh jela.. janji boleh ditelan..kan? ahahaha..



ha, potong carrot nih ada kisahnya..
1st time belajar potong carrot macam tuh masa zaman sekolah menengah dulu..
masa tuh kelas Mira kena bergotong royong siapkan bahan untuk kenduri korban.. pergh.. terimbau kenangan dolu dolu.. hm, form 4 rasanya..
ha masa tuh la baru tau potong carrot boleh buat macam tuh.. ahahaha.. sungguh terkagum!
hm, tapi dah tak ingat la pulak sapa yang ajar potong macam tuh.. anyway, terima kasih la kat orang tuh..
Cik Mira dah tau potong carrot bentuk bunga.. hehe.. senang ja.. berdrama lebih plak Cik Mira nih..
hehe.. saye cakap banyak dengan orang orang yang rapat ja & kat blog nih.. huhu.. ok la tuh...
daripada cakap dengan benda len.. eh..eh..eh... S T O P !!!
melalut dah Cik Mira nih.. hihi.. jom kita layan Paprik Udang nih..


Bahan bahan:
  1. 300 g udang segar
  2. 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  3. 1 biji bawang putih (ditumbuk)
  4. 3 biji cili padi (ditumbuk)
  5. 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  6. 1 batang serai (diketuk ketuk.. jangan sampai hancur sudah.. untuk bagi ada bau)
  7. sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap (Mira letak sesedap hati ja..)
  8.  4 helai daun limau purut
  9. 1 biji tomato (dipotong 4)
  10. 5 biji kacang buncis (dipotong menyerong)
  11. 1/2 lobak merah (dipotong bulat)
  12. 2 biji jagung muda (dipotong menyerong)
  13. bahan perasa jika perlu
  14. sedikit air
  15. 1 biji limau kasturi (optional)
*** Boleh juga dimasukkan sayur-sayur yang lain seperti bunga kobis atau mengikut selera dan kuantiti sendiri




Cara menyediakan:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Kacau sebentar.
  2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
  3. Masukkan udang dan kacau sebati. Biarkan ia mendidih seketika dan masukkan air.
  4. Seterusnya masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran tadi. Gaul sebati sehingga mendidih.
  5. Kemudian barulah dimasukkan bawang besar dan buah tomato. Gaulkan sebati
  6. SIAP! Dicadangkan semasa menghidang, diperahkan limau kasturi.. adus.. terliur dah nih.. hehe


 




*** Boleh juga ditukarkan udang kepada ayam


Your happiness starts with you. When you are happy, and your life is working, you attract happy friends and happy partner



Happy cooking,


Thursday, October 22, 2009

Ayam madu


Assalamualaikum.. Good morning everyone!
dah makan? hehe belum? lapaq? hehe jom layan resepi... hihi

Semalam resepi ayam, jadi hari ni?
resepi ayam gak... ahahaahaahaha.. ambik! Ayam Madu.. bukan ayam bermadu ye.. ahaha.. apa yang Cik Mira nih dok merepek??? ish..ish..
Nih cuma mencuba testing 1,2,3 ja.. sebab tuh Mira buat sket ja.. huhu..
dalam kekalutan di dapur, Mama tanya.. "Eh, 3 ketui ja?" Cik Mira menjawab sambil menayangkan gigi arnabnya "hee..hee.. nih buat eksperimen dulu la Mama"  hahaha.. (Adeh...Nih bukan lab ye, Cik Mira..)
Hm, ok la...
jom la kita layan terus resepi nih.. hihi..


Bahan bahan:
  1. 3 ketul ayam (Mira guna 2 kepak & 1 paha)
  2. 2 biji bawang putih (dikisar)
  3. 2 biji bawang merah (dikisar)
  4. 2 cm halia (dikisar)
  5. 1 cm kunyit (dikisar) (bukan serbuk kunyit tau.. hehe..)
  6. 1 sudu besar kicap
  7. 1 sudu besar madu
  8. sedikit garam



Cara menyediakan:
  1. Masukkan ayam dan bahan kisar di dalam bekas dan gaul.
  2. Kemudian masukkan kicap dan madu. Gaulkan sebati.
  3. Perapkan ia selama 1 jam.
  4. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng!
  5. Apabila dah garing, angkat dan toskan.
  6. SIAP! 


 

*** Lebih sedap dimakan bersama nasi ayam (Coming soon...)


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well


*** IKLAN JAP:
mira nih xla pandai nak buat promosi sgt.. hehe.. kepada sesapa yg nak tgk  kain cantik cantik.. jengok jengok la kat SINI yer.. hehe




Happy cooking,
 

Wednesday, October 21, 2009

Ayam goreng bergajus


Assalamualaikum... hello...
ada orang tak?? hehe lama tak muncul kat sini..
semoga semuanya dalam keadaan sejahtera
~lalalalalalalala~



Ayam...
Bermacam ayam
Ada ayam kampung, ayam hutan,
Ayam siam, ayam turki, ayam belanda

Ayam Hutan, boleh terbang
Ayam kampung dalamlah reban
Ayam bandar di dalam pasar....

Ibu...
Si ibu ayam. Telor sebijik
Riuh sekampung....
Kata bidalan, berkaki ayam
kalau makan, ajak-ajak ayam
Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam

Kalau tak nampak itu rabun ayam..
Makan leher ayam nanti
bersanding kepala teleng
Makan tongkeng ayam nanti
mulut tak reti diam...

pergh... layan lagu ayam la pulak.. aceh.. hahaha
huhu...
Kat rumah nih, ramai peminat ayam..
jadi kali nih, untuk memperbanyakkan lagi masakan ayam,
Mira cuba masak Ayam goreng bergajus atau ada juga yang panggil Kung Pao Chicken
tapi Mira panggil Ayam boom boom pow... ahahahaha.. kihkihkih

ala ala chinese food gitu.. hihi


Bahan bahan:

Ayam
  • 300 g ayam dipotong kecil 
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • - Gaulkan sebati & perap selama 15min.
    Sos
    • 3 sudu besar kicap
    • 4 sudu besar sos cili thai
    • 1 1/2 sudu besar gula
    • 1/2 sudu besar garam
    • 1 sudu kecil tepung jagung
    • - disatukan dalam mangkuk dan diketepikan
      Tumis
      • 2 sudu besar minyak bijan
      • 2 sudu besar minyak masak
      • 14 biji cili kering (dipotong 3 atau 4) (boleh ditambah jika suka pedas)
      • 4 biji bawang putih (dihiris)
      • 2 inci halia muda (dihiris)
      • 1/2 cawan gajus (dipanggang)



        Cara menyediakan:

        1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak (tak perlu garing). *** berhati hati semasa memasukkan ayam kerana minyak akan meletup-letup.. haaa sebab tuh Mira panggil Ayam Boom Boom Pow.. hihi
        2. Toskan ayam dan ketepikan.
        3. Seterusnya keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi sehingga tinggal 2 sudu besar minyak dan tambahkan 2 sudu besar minyak bijan. Panaskan.
        4. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga layu.
        5. Kemudian masukkan cili kering dan tumis sehingga cili menjadi sedikit garing.
        6. Masukkan bahan sos tadi dan masak sehingga sedikit pekat dan naik baunya.
        7. Seterusnya masukkan ayam tadi dan digaulkan sehingga sebati.
        8. Langkah seterusnya, barulah dimasukkan gajus dan kacau sehingga kesemuanya sebati.
        9. Sedia dihidangkan.



        pedas dan sedap

         
        sesuai untuk hidangan sekeluarga


        Family; a group experience of love and support

        Happy cooking,


        Sunday, October 18, 2009

        Kek Batik


        Assalamualaikum...
        HAPPY BIRTHDAY TO ME! 
        Ceh, semangat giler la plak Cik Mira nih.. huhu
        Today I'm turning 24 years old.. Wow, dah besaq pun Cik Mira sorang nih.. huhu.. bila nak kawen nih.. ahaks..
        ok.. ok.. disebabkan mood birthday, jom kita layan resepi kek nak tak? alaaa... jom la.. hehe
        ni dia, taaaraaa... Kek Batik aka Kek Biskut Marie



        comot sket.. tapi rasa memang marvelous!

        Hm, tak dak la kek da icing bagai tuh, tak belajaq pun lagi..
        nih ja kek yang senang nak buat..

        Bahan bahan:
        1. 200 g biskut marie (dipatahkan)
        2. 1/2 tin susu pekat
        3. 180 g butter
        4. 100 g coklat masakan
        5. 2 1/2 cawan milo
        6. 1/3 cawan air panas
        7. plastik





        Cara menyediakan:
        1. Masukkan susu pekat, butter, coklat masakan, milo dan air panas ke dalam periuk... Masak dengan api perlahan.
        2. Kacau sehingga kesemuanya menjadi sebati dan sedikit pekat... ~10-15 minit
        3. Seterusnya tutup api dan masukkan biskut marie.
        4. Kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disapu butter. Mampatkan dan ratakan adunan dengan menggunakan plastik bersih.
        5. Mira guna beg plastik bersih yang dibelah tepi dan bawah. Kemudian hamparkan di atas kek dan tekan-tekan perlahan-lahan. Ha barula dapat permukaan atas kek yang licin gitu.. hehe
        6. Masukkan ke dalam fridge selama 1-2 jam.
        7. Sedia untuk dihidang.. YUMMY!

        kek nih tak menggunakan teknik tekan-tekan tuh.. hoho.. inilah padahnya

         


         Rupa paras kek agak kurang comel, tapi apa apa pun rasanya sedap.. hehe



        *** To my cintasayangiluvu, thank you for a wonderful birthday present.. huhu.. terharu


        Happy baking,

        Saturday, October 17, 2009

        Mushroom Soup & Garlic Bread


        Assalamualaikum..
        hehehe... I feel good! oh yeah.. huhu.. aura birthday gurl la katakan .. ahaks!
        Tadi ada buat mushroom soup buat kali yang ke-3..
        hoho.. rasa berbangga sangat.. kihkihkih..
        sebabnya Mama tak pernah lagi sebelum nih beria-ia suruh Mira masak selain daripada buat spagheti.. hehe
        sedap.. semua orang dok puji.. bertambah tambah kombang idung bersemangat Mira nak belajar memasak.. hehe
        Selalu bila makan mushroom soup kat restoran atau dari tin, teringin ja nak buat sendiri..
        hehe rupa rupanya senang ja pun nak buat.. hehe
        Jom kita buat mushroom soup and garlic bread!

        Mushroom Soup

        Bahan bahan:
        1. 250 ml atau 1 cawan susu segar
        2. 750 ml atau 3 cawan air
        3. 2 kiub pati ayam
        4. 1 tin besar cendawan butang (425g) (dihiris nipis atau dicincang) -Mira penggemar cendawan, jadi suka cendawan banyak banyak dalam sup hehe.. boleh guna tin kecil kalau tak suka yer
        5. 1 sudu besar marjerin
        6. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
        7. 1/2 cawan tepung gandum dilarutkan dengan 1 cawan air
        8. daun parsley kering (Mira tabur sesuka hati ja)
        9. garam (Mira masukkan sikit ja kadang-kadang tak masukkan terus, sebab pati ayam tuh dah masin)


        Cara menyediakan:
        1. Masukkan susu segar dan air ke dalam periuk, dan panaskan dengan api perlahan.
        2. Kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan butang, marjerin dan serbuk lada.
        3. Kacau perlahan lahan sehingga mendidih.
        4. Seterusnya, kecilkan api dan dengan menggunakan penapis, masukkan larutan tepung gandum sambil mengacau sup perlahan lahan.
        5. Kacau sehingga sebati.
        6. Masukkan garam jika perlu dan daun parsley.
        7. Siap!

        ~Hmmm..mmmmm.. GOOD~



        Garlic bread

        Bahan bahan:
        1. France loaf
        2. 7 ulas bawang putih (dikisar)
        3. air
        4. 1/2 butter 250g (125 g) (dibiarkan pada suhu bilik kerana untuk memudahkan membuat garlic butter nanti)
        5. daun parsley kering


        Cara menyediakan:
        1. Masukkan bawang putih dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
        2. Tapiskan bawang putih untuk buangkan air yang berlebihan.
        3. Kemudian masukkan bawang putih dan juga daun parsley ke dalam butter dan dikacau sebati.
        4. Siap garlic butter!
        5. Seterusnya potongkan france loaf dan sapukan garlic butter di atas kedua dua permukaan roti.
        6. Bakarkan roti tersebut...
        7. Siap!


         bunga merah tuh dibuat ulam yer.. hihi


        *** Lebihan garlic butter boleh disejukbekukan dalam fridge.

        Happy cooking,

        Friday, October 16, 2009

        Udang Goreng Asam


        Assalamualaikum..
        Selamat pagi semua.. Hari ni dah masuk 27 Syawal.. sekejap ja..
        Alhamdulillah dengan semua nikmat yang ada...
        Semoga rahmat, dugaan, yang Mira dapat nih akan menguatkan diri untuk menghadapi masa hadapan..
        wah, kemain pagi pagi nih.. hehe
        hm, dah lama x update blog.. hehe..
        Mira nih ada 1jenis penyakit sifat rajin secara berkumpul... huh? macam mana tuh.. huhu
        maknanya RAJIN secara RAJIN BERSUNGGUH SUNGGUH dalam 1 jangka masa yang pendek ja.. hehe
        oleh itu, apabila penyakit sifat rajin nih telah muncul, jadi apa tunggu lagi..
        update la blog nih.. hehe

        ok..ok.. baru baru nih, Mira ada la cuba buat Udang Goreng Asam aka udang goreng kunyit kat umah nih..
        tapi nama Udang Goreng Asam nih baru 1st time dengaq.. tuh pun My CintaSayangIluvu bagi cadangan suruh blajaq masak tuh..
        Pastu try la buat.. resepi nih dari Mama ja..
        Yang mana arahan resepi hanya diberikan secara jarak jauh... huhu..
        masa tuh Mama tengok tv.. jadi, berkeletung keletanglah Cik Mira nih kat dapur sorang sorang.. hehe..
        ok.. nih la resepinya: senang ja..

        Bahan bahan:
        1. 10 ekor udang saiz sederhana
        2. 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
        3. Air asam jawa (mengikut citarasa)
        4. 1 biji cili (dihiris menyerong)
        5. Serbuk kunyit
        6. Garam
        7. 2-3 sudu besar Minyak

        Cara menyediakan:
        1. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam.
        2. Panaskan minyak, goreng udang sehingga hampir garing.
        3. Kemudian masukkan bawang dan cili. Gaul sebati.
        4. Seterusnya masukkan air asam.. Gaul sehingga masak.
        5. Dah siap pun.. sedia untuk dihidang



        ~Selamat menjamu selera~ 


        *** maap la gambaq sedikit kelam.. al maklumlah sudah malam.. port amik gambar yang biasa tuh kalo dah malam dah tak cantik.. kalo nak tunggu esok, alamatnya gambaq pinggan licin jela.. kihkihkih



        Happy cooking,

        Tuesday, October 13, 2009

        Puding Roti Marble


        Assalamualaikum
        kalini Mira cuba buat puding roti marble plak. Masa buat nih, baru perasan yang masa beli serbuk agar agar tuh, ada warna rupa-rupanya.. hehe.. ingatkan suma sama ja.. (belajar benda baru)
         


        Mira beli warna kuning.. aduh.. tapi hantam sajalah..
        Alhamdulillah jadi jugak.
        Rasanya lemak berkrim + coklat... hmmmmm NYUM..NYUM..NYUM
        Jom kita tengok resepi!



        BAHAN BAHAN:
        • 4 keping roti
        • 2 biji telur
        • 1/2 cawan susu pekat
        • 170ml susu cair
        • 8g serbuk agar-agar
        • 1/2 cawan gula
        • 2 sudu besar butter
        • 3 1/2 cawan air
        • 2 sudu besar serbuk koko




        CARA MENYEDIAKAN:
        1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
        2. Kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan  1/2 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah dididihkan tadi.
        3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
        4. Bahagi kepada 2. satu adunan dibiarkan warna asal. dan satu adunan lagi dimasukkan serbuk koko (pastikan serbuk koko betul betul hancur untuk memudahkan dikacau nanti & tidak berketul). Kacau adunan dengan segera.
        5. Kemudian tuangkan sesenduk adunan asal di tengah tengah loyang. adunan tersebut akan mengembang ke tepi.
        6. Seterusnya tuangkan sesenduk lagi adunan coklat pula di tengah tengah loyang.
        7. Langkah 5 & 6 dilakukan secara berselang seli sehingga habis.
        8. INGAT, lakukan dengan cepat kerana puding akan cepat membeku.
        9. Setelah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Sedap dimakan ketika sejuk!


         comot la sket.. hehe







        Notes to myself:
        Agar- agar serbuk terdapat dalam pelbagai warna
        rasanya perlu cairkan dahulu serbuk koko dengan air panas.. sebab susah nak sebatikan serbuk koko dengan adunan... ada yang berketul-ketul...


        Happy baking, 

        Related Posts with Thumbnails