Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Saturday, January 30, 2010

Chef kegemaran Cik Mira


Assalamualaikum..
Semoga bergembira di hujung minggu ini..
Minta maaf, masih tiada update masakan lagi..
Hari tuh ada cuba buat asam pedas dan ayam masak merah.. tetapi sedikit kurang menjadi.. huhu..
biasalah adat belajar.. bukannya senang nak mahir kan? hehe
ok ok.. untuk menceriakan suasana blog ini yang sudah sekian lama menyepi nih.. 
Jom tengok chef kegemaran Mira kat Asian Food Channel tuh..

Michael Smith
Chef at Home
Mira cukup berkenan cara dia jadi presenter.. oh sangat best.. 
sedap ja dengar dia berceloteh.. walaupun rasa nada suara dia mendatar ja.. hehe
yang paling best dapur dan stor makanan dia.. oooh~~~ best!

mengimpikan dapur dan stor macam tuh.. hehe
Resepi yang diberikan mudah ja.. best!
Beliau juga akan bercerita tentang bagaimana makanan tuh dimasak.. maknanya apa yang sedang berlaku pada makanan yang tengah dimasak itu..
tentang fungsi setiap bahan bahan yang digunakan.
pastu selalu buatkan Mira terfikir, kalau kita dah ada konsep asas sesuatu makanan itu dimasak..
jadi memasak itu sebenarnya tidak susah dan rumit..
yang penting kefahaman 'konsep' itu..
I LIKE!
contohnya hari tuh dia cerita tentang kenapa telur tuh perlu dipukul.. bla..bla..bla..
oooh sangat best!
[Kalau boleh nak duduk depan dia, tengok dia masak.. huhu]



Anna Olson

Sugar

Pertama sekali personaliti.. ya personaliti beliau sangat sweet. comel!
dah tuh setiap dessert yang dibuat mesti nampak sedap.. dan senang!
Ha pastu, Anna nih selalu ada sound effect ketika beliau tengah prepare dessert tuh..
ha apa sound effect tuh? jeng...jeng...jeng.. huhu
'URGGHH'... 'HMMM'
ha bunyi tuh.. selalu ada..
oooh~~~ tergoda sungguh.. tuh yang buat dessert tuh nampak sedap sangat.. huhu..
 part yang best dalam rancangan tuh adalah di penghujung rancangan akan ada 'Switch Up'
beliau tunjukkan macam mana nak adjust dessert yang sedia ada menjadi lebih menarik dan lain sikit...
I LIKE!



Nigella Lawson
 

Suka sangat tengok beliau mencampak-campak bahan bahan ketika memasak di dapur..
huhu.. tersangat la jealous.. huhu
Mira suka bila dia terus rasa makanan yang dah dimasak atau di dalam proses memasak tuh..
ini barulah tukang masak di rumah yang sebenar... hehe
Suka jugak dengar loghat British beliau.. sedap
I LIKE!


Jadi begitulah cerita tentang chef kegemaran Mira nih...
Seronok pulak layan Asian Food Channel nih..


Envy can be a positive motivator. Let it inspire you to work harder for what you want.  

Happy cooking,

Wednesday, January 20, 2010

Pizza Ayam


Making pizza is fun!

Assalamualaikum... Semoga bergembira di samping insan-insan yang disayangi (◕‿♥)
Dah beberapa hari blog ini tiada entry baru... minta maaf yer..to my beloved readers (wah... ada ker orang nak baca.. kihkihkih...)
Tak pa.. yang pasti Mira ada pembaca COokiNg With L.O.V.E tegar.. hehe (You know.. who you are..)
dan yang sudi jadi follower.
Terima kasih tau.. sudi membaca luahan + ketaktentuhalaan + pengalaman Cik Mira yang cun nih hehe.. seronok sangat dapat diluahkan kat sini.. hehe..

Sejak ada breadmaker (hasil pinjaman dari Mak Jang hehe..), rasa seronok pulak nak buat roti.. hehe
Sebenarnya nak buat roti nih senang ja pun kalau tak ada breadmaker.. tapi akan jadi tersangat la mudah kalau ada.. hehe
terutama sekali kepada newbie macam Cik Mira nih.... buat kerja tersangat la slow-mo
bersabor jelah yer My Cintasayangiluvu.. hehe... this is who I am.
hm, tak apa.. nanti kalau dah practice banyak kali.. akan terer la Cik Mira nih.. hoho..(ayat penyedap hati)

Ok berbalik kepada topik utama iaitu Pizza Ayam.
Pizza yang Mira buat nih, ringkas dan mudah sangat!
walaupun ringkas, tapi tetap terasa kePIZZAannya itu..
(wah.. kalau cikgu BM tau nih, sedih dia..huhu.. ada ka perkataan kepizzaan nih??? haha..)
Bahan bahan nak buat pun senang ja.. tambahan pula, bila kita sendiri yang buat pizza nih.. jadi boleh la ikut sesedap hati dan rasa apa yang kita nak letak kat topping tuh kan.. hehe
Mira tak letak capsicum, bawang dan yang sewaktu dengannya.
hehe.. sebab sebelum-sebelum nih, bila makan pizza, Mira akan asingkan dulu benda yang tidak berapa best untuk ditelan itu terlebih dahulu.. hehe.. macam kanak-kanak
Yang Mira buat nih adalah cubaan kali ke-2.. ya... kali yang kedua.
Hasil daripada cubaan yang pertama kurang memberangsangkan.. hehe..
Cik Mira tersilap bajet.. huuhuu..
tapi untuk yang nih, jadi cantik ja.. Yummy!!
memang menepati selera kami sekeluarga + My Cintasayangiluvu

Bahan bahan:
Doh
  • 500g Tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar minyak zaiton (tapi Mira guna ja minyak masak biasa)
  • 1 cawan air
Layer Sos
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
Topping & Sos
  • 4 ketul Ayam saiz kecil (diambil isi dan dipotong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • oregano (kuantiti mengikut citarasa)
  • minyak
  • mozarella cheese
  • *** cadangan lain untuk topping: daging cincang, sosej, nenas, cendawan butang, buah zaiton dan capsicum.
  • sedikit butter (untuk disapu pada loyang)

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan doh ke dalam Bread Maker dan pilih setting Pizza/Dough. Jika tidak menggunakan Bread Maker, campur kesemua bahan dan uli sehingga  menjadi doh dan biarkan ia naik sekali ganda ~sejam.
  2. Sementara menunggu doh siap, sediakan layer sos dan topping & sos.
  3. Layer Sos
  • Masukkan tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut. 
  • Kemudian masukkan kesemua bahan yang lain.
  • Panaskan periuk dengan api kecil.
  • Biarkan sehingga mendidih dan menjadi pekat (kacau sekali sekala)
  • Siap
     4.  Topping dan sos
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Toskan.
  • Kemudian gaulkan ayam bersama kesemua bahan yang lain.
  • Siap.
    5.  Setelah doh siap, keluarkan ia dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tumbuk untuk mengeluarkan angin.
    6.  Bahagikan kepada 4. (atau mengikut saiz loyang)
    7.  Canaikan sehingga nipis dan letakkan di dalam loyang yang telah disapu dengan butter.
    8.  Tekan sedikit dan lipat ke dalam pada sekeliling doh.
    9.  Letakkan layer sos. Kemudian taburkan mozarella cheese. Baru diletakkan topping.
   10. Akhir sekali letakkan sekali lagi mozarella cheese.
   11. Bakar selama 25-30 minit di dalam oven yang telah dipanaskan 200°C.


Rotinya lembut dengan ayam yang bersos sedikit pedas.. Y U M M Y!!

Notes to myself: 
perlu membentuk doh pizza dengan lebih cantik lagi
menggunakan topping jenis lain pulak



It is not length of life, but depth of life

Happy cooking,

Friday, January 15, 2010

Mee Sanggul Goreng


Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Salam Jumaat yang berbahagia ini..
wah..wah..wah.. macam YB pulak.. hehe..
Sebenarnya nak tulis entry nih dah lama dah.. cuma.. entah la..
perasaan ini.. sukar digambarkan.. huhu.. ok..ok.. tak pa..
Ha kepada sesiapa yang tak tau, hari ni ada gerhana matahari.. untuk keterangan lebih lanjut..
tanyalah Atuk Google tuh.. macam macam dia tau.. hehe..
Mira tengok kat internet.. tapi website tuh jadi hang plak.. hoho..
dapat tengok sikit ja tadi.. Subhanallah.. ok la tuh.. hehe
Dah tuh.. kalau ada peluang.. tunaikanlah solat sunat sekali yer..

Ok.. pada waktu petang yang best nih.. kalau makan mee goreng pun layan jugak nih...
ha... ok.. apa tunggu lagi.. jom layan Mee Sanggul Goreng nih..
Rasanya mee nih glamor kat area utara nih.. hoho..
My Cintasayangiluvu pun suka.. Mira? hehe.. suka jugak la.. sedap weh... kalau balik kampung, mesti ada nih
ha bahan bahan yang digunakan nih mengikut sesedap hati dan rasa Cik Mira + mengikut arahan dari Mama.. hehe.. macam mana tuh? huhu.. renung-renungkan..
tapi yang pasti.. rasanya sedap..
Kepada yang nak cuba.. boleh juga adjust mana yang patut mengikut selera masing-masing...

Masa mula-mula nak buat tuh.. takut takut gak.. huhu.. biasalah.. sindrom terketar-ketar tuh akan muncul kalau masuk dapur.. hehe..
tapi alangkah gembiranya hati ini apabila Mee Sanggul Goreng ini menjadi dan sungguh sedap... (◕‿♥) *
hehe
Bahan bahan:
  • 330g (1 bungkus) mee sanggul (direndam di dalam air sehingga lembut dan toskan)
  • 7 ekor udang (atau ayam/daging mengikut selera)
  • 1 sudu besar udang kering (direndam 10 minit, toskan dan tumbuk halus)
  • 1 1/2 senduk cili kisar
  • 2 senduk bawang kisar
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 senduk minyak
  • daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • *** versi mee sanggul goreng ini tiada sayur.. hehe.. tak ada stok.. Sila masukkan sayur pilihan anda yer..

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Tumis udang kering dan bawang kisar sehingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan air. Biarkan sebentar sehingga cili masak atau air kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada, kiub pati ayam dan udang. Kacau sebati sehingga udang sedikit masak.
  4. Rasa.. adjust apa apa yang patut.
  5. Masukkan mee. Gaulkan sebati.
  6. Angkat dan hias dengan daun sup dan daun bawang.
  7. Sedia dihidangkan

 one word. DELICIOUS

Everything has its beauty, but not everyone sees it

Happy cooking,

Thursday, January 14, 2010

From KL with L.O.V.E


Assalamualaikum...
Selamat sejahtera... salam ceria dari Cik Mira yang rajin dan cun ini.. hehe
Sejak akhir akhir nih, My Cintasayangiluvu tersangatlah sibuk.. dah macam CEO company (amiiiin..) hehe
huhu.. semoga segala macam cabaran serta rintangan kerja My Cintasayangiluvu dapat dipermudahkan dan diselesaikan... amiiiin..
ha bercerita tentang My Cintasayangiluvu, kan post semalam ada sikit sikit kaitan chocolate.. hehe.. sikit ja.. ala.. kalau nak tahu, boleh skroll ke bawah atau klik kat sini.
Pastu tetiba dapat pulak souvenir yang didatangkan khas dari kedai chocolate kat KLIA nun.. wah... ha naik flight lagi tuh.. hoho.. ~beberapa ketul chocolate..~ sedap.. hehe Alhamdulillah..
macam tau tau ja.. hehe I LIKE!
Thank you, Sayang!

Chocolate yang dibalut dengan kertas Gold.. cantek!



My heart melted as the chocolate inside my mouth
yummy

.¸¸.´¯`.¸¸.L.O.V.E •.¸¸.•´¯`•.¸¸.

It's not the chocolate wrapped in fancy paper
It's not the ring I wear around my finger
There's nothing in all the world I need 

When I have you here beside me

~Your loves is the greatest gift of all~

Notes to myself: 
perlu belajar buat chocolate nih.. hehe



Happy cooking, (cik Mira tak ada update masakan lagi untuk hari ini.. hehe.. mungkin kena tukar jadi 'Happy eating!' hehe)


Wednesday, January 13, 2010

Food test

SABAR... SABAR... SABAR...



mereka ini sungguh sangat comel!!!!!!!!!

Kalau Mira, marshmallow nih bukan dugaan besar la.. hehe.. cuba kalau tukar kepada Chocolate Cake, Chocolate Muffins, Chocolate Puddings atau Strawberry Banana Muffins..
waaaaaa... asal ada chocolate dan sedap..Mira akan terus ngap.. tanpa tunggu dengan lebih lama..
hehehe
~penantian itu suatu penyeksaan~

To My Cintasayangiluvu , have a safe trip back to Penang..  
 (weeee...huuuuu...)

.¸¸.´¯`.¸¸.L.O.V.E •.¸¸.•´¯`•.¸¸.



The young do not know enough to be prudent, 
and therefore they attempt the impossible – and achieve it, generation after generation




Happy cooking, (walaupun cik Mira tak ada update masakan hari ini.. hehe)


Tuesday, January 12, 2010

Telur Dadar Maggi


Assalamualaikum...
Semoga berada di dalam keadaan sejahtera!
Jom layan resepi mudah yang teramat sangat.. hahaha tounge
hm.. ha ada jugak yang panggil Murtabak Maggi.
tapi Mira namakan Telur Dadar Maggi ja sebab rupa dan rasa pun lebih kurang telur dadar..
yang bezanya cuma ada cik Maggi yang menggoda itu dan cik ayam yang memang la menggiurkan.. Photobucket
rasanya pun berkari.. hehe yela.. dah guna perencah kari.. heehee

Bahan bahan:
  • 1 bungkus Maggi Kari (rebus maggi sehingga lembut dan toskan)
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 2 ketul ayam saiz kecil (diambil isinya sahaja. dipotong dadu)
  • 100ml air
  • 1 peket perencah kari Maggi
  • 1 sudu kecil perencah ayam tandoori Maggi (optional)
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar minyak

Cara menyediakan:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan bahan lain, kecuali minyak. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dan tuang ke dalam kuali (digalakkan menggunakan kuali yang leper)
  4. Setelah bahagian bawah telah garing, terbalikkan.
  5. Biarkan sehingga garing.
  6. Sedia dihidangkan bersama sos.


sedap! kaya dengan rasa yang berkari


When it comes to exploring your creative side,
it's very easy to think of all the reasons you can't do it
—you don't have the time, you don't have the money, etc.—
but if you are truly passionate about expressing yourself, you can find a way.
When you feel as though you can't do something,
the simple antidote is action:
Begin doing it.
Start the process, even if it's just a simple step, and don't stop at the beginning.
Take the next step and the next until what you've dreamed about begins to become reality


Happy cooking,


Monday, January 11, 2010

Nasi Goreng II


menyelerakan


Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Rindunyer nak ber'blogging' nih.. hehe
Mira tak ada la sibuk sangat.. masih bernafas di bumi Pulau Mutiara yang best nih.. hehe
Cuma tak ada cerita COokiNg With L.O.V.ja.. hehe... cooking tak menjadi ada la.. hoho.. tragis...
Jadi kali nih.. ada la jugak yang menjadi untuk dikongsi di sini.. hehe..
Senang ja pun.. Mira masak nasi goreng.. haha... ok la..
warm up balik setelah sekian lama tak mengupdate blog nih..
sebelum ni dah pernah buat.. boleh tengok kat sini.
Jadi yang kali nih punya nasi goreng, Mira namakan Nasi Goreng II.
Senang nak rujuk nanti.. kalau tetiba nak buat lagi.. hihi..
Mira memang sangat tak pandai nak campak campak ja.. kena ada rujukan.. hehe..
Jadi kat sini la Mira simpan semua hasil resepi yang telah dicuba dengan jayanya mengikut teknik budak baru belajar... hehe dan yang paling penting telah terbukti keSEDAPannya..
(nanti boleh buat buku eh silap.. dijadikan rujukan)
Jadi memang sangat digalakkan kalau ada sesiapa nak cuba resepi yang ada di sini.. hehe..


Bahan bahan:
  • 3 cawan nasi (kalau boleh guna nasi yang sejuk. Gaul sehingga tidak berketul)
  • 12 ekor udang (boleh juga masukkan ayam)
  • 1 sudu besar udang kering (direndam 10minit, toskan dan tumbuk halus)
  • minyak secukupnya
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 2 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
  • daun sup dan daun bawang -hiasan (dihiris)

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak bersama minyak bijan.
  2. Masukkan udang kering dan goreng sehingga harum.
  3. Seterusnya masukkan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan sedikit air. Tumis sehingga cili masak dan bawang lembut. Air juga menjadi kering sedikit.
  4. Kemudian barulah dimasukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada. Kacau sebati.
  5. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian buatkan lubang di tengah kuali, letakkan sedikit minyak dan tuangkan telur. Kacau sehingga telur sedikit masak dan gaulkan kesemuanya bersama nasi.
  7. Gaul sehingga sebati. Siap
  8. Taburkan daun sup dan daun bawang.
  9. Sedia dihidangkan.

kalau dah lapar.. apa apa pun sedap.. hehe


Finish each day and be done with it. 
You have done what you could; 
some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. 
Tomorrow is a new day; 
you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense



Happy cooking,


Related Posts with Thumbnails