Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Sunday, December 20, 2009

Chocolate Cake




Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah 1431!
Semoga ada satu penghijrahan yang besar dalam dan kepada diri kita, dan keluarga kita
pada tahun baru 1431 Hijrah ini

insyaAllah...

Bersempena hujung minggu nih, makan kek coklat layan jugak kan? hihi
hhmmm... hari ni tak tau nak membebel apa kat sini.. hihi.. sekian sahaja laporan masakan daripada Cik Mira yang amat rajin.. haha
 
Bahan bahan:
  • 1 1/2 cawan serbuk koko ( + sedikit untuk ditabur pada loyang kek)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan gula
  • 1 sudu besar baking soda
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan minyak masak (kalau ada vegetable oil lagi bagus)
  • 1 1/2 cawan buttermilk***
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur (dipukul sedikit untuk mencampurkan putih dan kuning telur sahaja)
  • 1 1/2 cawan air panas
  • sedikit butter untuk disapu pada loyang kek
*** buttermilk
Masukkan 1 1/2 sudu besar cuka perlahan-lahan sambil mengacau ke dalam 1 1/2 cawan susu. Biarkan ia selama 10 minit sebelum digunakan.

Cara menyediakan:
  1. Preheat oven 180°C. Sapukan butter pada loyang kek dan taburkan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Tapis serbuk koko, tepung gandum, gula, baking soda, baking powder dan garam ke dalam mangkuk electric mixer. Set mixer pada kelajuan yang sesuai dan kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Kemudian dengan perlahan-lahan, masukkan minyak, buttermilk, esen vanilla, telur dan air panas satu persatu. (setiap kali masukkan bahan, biarkan semua sebati dahulu.. kemudian barulah dimasukkan bahan seterusnya)
  4. Kacau kesemunya sehingga sebati dan gebu selama lebih kurang dua minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar di dalam oven (rak yang tengah) selama 45 minit atau kek telah masak. (apabila dicucuk pencungkil gigi dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat).
  6. Pada pertengahan membakar kek atau selepas 20 minit, pusingkan loyang kek. Yang mana bahagian loyang yang mengadap hadapan oven akan dipusing mengadap belakang oven. Tutup pintu oven dan biarkan kek dibakar semula.**
  7. Apabila kek telah siap, pindahkan ke atas wire rack dan biarkan selama 20 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.
  8. Sedia dihidangkan.
** Baking tips:
Oven selalunya mempunyai 'Hot Spots', bermaksud suhu pada satu bahagian oven tidak sama dengan bahagian yang lain. Begitu juga pada bahagian belakang oven yang didapati lebih panas berbanding di bahagian depan. Jadi apabila loyang dipusing ketika separuh masa pertama kek dibakar, kek tersebut akan dibakar dengan suhu yang sekata secara keseluruhannya.



Kek coklat yang lembap lembap gebu gitewww.. Yummy!


No matter how busy you are, you must take time to make the other people feel important


Happy baking,


4 comments:

  1. wahhh..pqandai awak masak kek yer...kak nord nak folow u miralah....

    ReplyDelete
  2. nak tanya..tabur serbuk koko kat loyang tu sbb taknk bg kek melekat ke?sbb sy buat kek slalu melekat wlpn dah colek marjerin kat loyang..ada tips tak?

    ReplyDelete
  3. hai fiefa!
    pasal tabur serbuk koko tuh, Cik Mira tak sure la pulak. Saya ikut ja resepi tuh. hehe
    tapi, mengikut pengalaman (walaupun saya nih tak la terer mana pun), untuk lagi senang. Better lapik guna parchment paper. pastu sapukan mentega sket2 kat kertas tuh.
    nanti senang nak keluarkan kek bila dah masak.
    hehe
    Selamat mencuba!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails