Assalamualaikum..
3 hari lepas Mira da cuba buat sirap bandung soda.. pergh.. mengancam.. hehe
Mulanya nak buat untuk berbuka puasa, tapi disebabkan cik Mira nih akan terketaq2 buat keja kat dapur walaupun nak buat air nih tak sampai sepuloh minit ja pun. ditambah pula, Mama aka my kitchen police dah start nak berleter pasal buat keja lambat....
Jadi air nih siap selepas selesai menjamu selera.. hahahaha..
okay la kan.. nih 1st time buat.
Semua resepi yang kat sini, 1st time Mira buat.. hehe.. baru nak belajaq masak.. kuikuikui
cuba lah.. senang ja pun
BAHAN-BAHAN:
- 600ml air
- 2 sudu besar sirap ros
- 1/2 tin susu cair
- 1 tin ice cream soda
- 6 sudu gula
- secubit garam
- air batu
- *** bahan-bahan nih boleh diubah mengikut citarasa masing masing yer.
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan air, sirap ros, susu cair, gula dan garam.
- Kacau sehingga larut. Sampai jadi air bandung.
- Kemudian baru dimasukkan ice cream soda perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali, tarik (macam buat teh tarik) dahulu air nih sebelum dihidangkan bersama air batu.
- pergh... mengancam
-credit to my Mama and my cintasayangiluvu-
DID YOU KNOW?
Di Pulau Pinang atau orang Utara, air batu dikenali sebagai ketui aih/ais.
Selamat mencuba!