Maaf la yer, Cik Mira baru mula berjinak-jinak untuk kembali bergiat aktif berCookiNg with L.O.V.E. Doakan Cik Mira bersemangat kembali untuk memeriahkan arena dunia masakan ini.
Ok jadi kita teruskan dengan masakan terbaru oleh
Jeng..jeng..jeng!
bersalut oat! |
Roti Gulung Sosej (7 biji)
Bahan-bahan:
- 7 biji sosej (dicelur)
- 7 keping roti putih [Gardenia, High5 etc] (dilenyekkan dengan penggolek. bagi jadi nipis ja roti tuh)
- 2 biji telur (dipukul sedikit untuk mencampurkan telur putih & kuning)
- oat secukupnya (Cik Mira tak sukat pulak berapa banyak. hehehe)
- garam & gula secukupnya [untuk dimasukkan ke dalam telur] (tapi yang nih Cik Mira terlupa letak. haha. bila dah siap, Mama tanya, letak garam & gula tak? ~wuuuuuu)
- minyak untuk menggoreng
- sedikit air
- sos cili (untuk dicicah. lagi sedap!)
bahan-bahan |
Cara menyediakan:
- Gulungkan roti bersama-sama sosej. Tekan hujung gulungan tuh, rata-ratakan supaya melekat. (Cik Mira sapukan sedikit air. Jadi roti tuh lembut sikit dan boleh melekat)
- Golekkan ke dalam telur.
- Golekkan ke dalam oat. Bagi semua bersalut oat dengan rata.
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan.
- Sedia untuk dihidangkan ketika minum petang.
sebelum digoreng |
ini pelakon tambahan ^___^ |
Ok dah boleh makan. |
Cik Mira suka potong roti nih bagi jadi bite size hehe senang nak telan nanti. ^_____^ nampak pun cantek
Ok, Sekian Terima Kasih!
Cik Mira nak pi lap buku resepi yang dah berhabuk. hahahahaha
Happy cooking,