Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Tuesday, November 29, 2011

Chocolate Chips Brownies

Assalamualaikum... Apa khabar anda semua??? Masih ingat lagikah pada Cik Mira? hehehe
Sudah 6 bulan Cooking with L.O.V.E terbiar begitu sahaja. Oh, apa nak jadi nih. ish.. ish...
Ok tanpa membuang masa, marilah kita melihat hasil calon Master Chef  Malaysia bertungkus-lumus di dapur.

phewwwwiiiitt!
hehehe.. Cik Mira mencuba buat Chocolate Chips Brownies.
Idea untuk membuat brownies ini telah dicetuskan oleh aunty Anna Olson dalam segmen Sugar di AFC. Apabila melihat brownies yang sangat meliurkan itu, Cik Mira terus bergegas memakai apron Master Chef Malaysia dan menuju ke dapur.
Alhamdulillah, hasilnya tidak menghampakan kerana Yan aka Juri Master Chef Malaysia tak bertauliah jugak telah memberi komen yang memberangsangkan.
Terima kasih Cik Juri!!! =)

Bahan bahan:
  • 1 cawan butter yang dicairkan
  • 1 cawan serbuk koko (ditapis)
  • 1 3/4 cawan gula (perlu dikurangkan kalau tak suka manis sangat)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan chocolate chips (boleh diganti dengan badam, walnut, white chocolate)
  • parchment paper dan sedikit butter

Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven 180°C. 
  2. Lapik loyang dengan parchment paper dan sapukan butter pada keliling loyang. Ketepikan.
  3. Gaulkan tepung gandum, baking powder, dan garam di dalam mangkuk besar. ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk besar yang lain, masukkan butter cair, serbuk koko dan kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan pula gula. Kacau sebati.
  6. Seterusnya masukkan 2 biji telur. Kacau sebati dan masukkan lagi 2 biji telur. Kacau sebati.
  7. Kemudian masukkan vanilla essence. Kacau sebati.
  8. Ok seterusnya baru dimasukkan bahan kering dalam langkah 2 tadi ke dalam bahan basah.
  9. Gaulkan sebati.
  10. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit atau sehingga kek telah masak. (apabila dicucuk cake tester (guna pencungkil gigi pun boleh) dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat).
  11. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas wire rack. Baru boleh potong.
  12. Sedia untuk dihidangkan.


telah berjaya merangkul pujian dari Cik Juri

macam kek coklat pun ada

kerak di bahagian atas sangat sedap!


Do it now! After all, procrastination is the thief of time; 
make sure it doesn't steal from you!




Ok bubye!!!



Happy baking  =)
Related Posts with Thumbnails