Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Tuesday, May 18, 2010

Kek Coklat Pisang

makan bila bila pun sedap

Assalamualaikum... Semoga semua ceria selalu =)
okeh kali nih tak mahu nak berceloteh panjang.. jom layan Kek Coklat Pisang nih..
sedap giler! terasa kelembapan kek ini.. oooh sangat heaven
lepas keluarkan dari oven dah bau haruman coklat + pisang yang cukup menggoda itu. huhu tapi tak boleh terus korek.. kena la tunggu bagi sejuk sikit.. baru senang nak keluarkan dari loyang.. hehe
Amir komen 'Awat rasa pelik?' Cik Mira menjawab 'Yer la.. nih kek coklat pisang. bukan kek coklat.'
hehe.. begitulah.. jadi janganlah tertipu dengan kecoklatan kek ini yer.. sebab ini kek coklat pisang.
jadi ada rasa coklat + pisang = nyum...nyumm..nyumm..


Bahan bahan:
  • 120-130g tepung gandum *
  • 200g gula
  • 38-40g serbuk koko *
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan pisang yang telah dilenyek (3-4 biji pisang saiz sederhana)
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 sudu kecil vanilla essence
* Mira tak dapat nak sukat betul betul hehe.. rasanya in between tuh jela.. hehe


Cara menyediakan:
  1. Panaskan oven 180°C. 
  2. Sapukan butter pada loyang. ketepikan.
  3. Gaulkan tepung gandum, gula, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati di dalam mangkuk besar. ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk besar yang lain, satukan telur, pisang, air suam, susu cair, minyak dan vanilla essence sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan basah (langkah 4) ke dalam mangkuk bahan kering (langkah 3).
  6. Gaulkan sebati.
  7. Seterusnya tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit atau kek telah masak. (apabila dicucuk cake tester (guna pencungkil gigi pun boleh) dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat).
  8. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di atas wire rack.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
suka bau kek ini.. yummy


Discipline is the bridge between goals and accomplishment


Happy baking,

Thursday, May 13, 2010

Pulut Mangga



Assalamualaikum... selamat sejahtera kepada anda semua!
wah, happy ja hari nih.. hehe
jadi haruslah bersemangat juga nak update CookiNg with L.O.V.E
Hari tuh My Cintasayangiluvu ada bagi buah pelam aka mangga harumanis dari Perlis.. sedap!
dah tuh ada pulak permintaan untuk buatkan pulut sekali... uih...
sebenarnya sebelum nih Mira baru sekali makan pulut mangga nih.. haha.. rasanya 2 tahun lepas. tragis bukan? sebab selalunya makan dengan pulut nih, buah durian.. betul kan? hehe
ada orang kata pulut mangga nih hidangan orang Thai. hm, tak tahu la pulak.. mungkin betul...
hehe.. jadi untuk memenuhi permintaan orang yang disayangi, Cik Mira pun bertungkus lumus (ye ker?) di dapur hehe seperti biasa perlulah mendapat tunjuk ajar dari my kitchen police aka Mama.
Masa tengah bertungkus lumus (ye ker?) nih, Mama tengah teruja tengok badminton hehe yang Cik Mira pulak dok sibuk mengemukakan pelbagai persoalan demi persoalan  ~berapa banyak? bila nak masak? macam mana? ok ka? betui ka? etc~ (sebenarnya senang ja pun nak masak pulut mangga nih) hehe
Ha di kala keterujaan Mama tengok badminton ini jugaklah, Cik Mira bersungguh-sungguh menebas daun pandan haha
jadi sila abaikan penggunaan daun pandan yang sangat meriah banyak di dalam resepi ini..hehe sila guna secara berpada-pada.. ingatlah orang tersayang pokok pandan tersayang anda.


Bahan bahan:

Mangga
  • 2 biji mangga/mempelam/pelam (dihiris memanjang)
Pulut
  • 1 cawan beras pulut (direndam semalaman atau 2 jam dan toskan)
  • 1/4 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam (satukan santan & garam. ketepikan)
  • 6 helai daun pandan (dicarik-carik memanjang)
Kuah santan
  • 3/4 cawan santan
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit air jika perlu

daun pandan yang telah dicarik-carikkan dan diletak beras pulut


Cara menyediakan:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dengan daun pandan sebelum meletakkan beras pulut. (atau ikut kaedah mengukus sendiri)
  2. Kukus selama ~10 minit; setengah masak. Masukkan santan & garam.
  3. Kukus selama ~30 minit; atau sehingga masak.
  4. Di dalam periuk lain, satukan kesemua bahan kuah santan. Kacau dan biarkan mendidih. Siap!
  5. Pulut mangga sedia dihidangkan bersama kuah santan. Yummy!

yummy!

with L.O.V.E



Cheers to a new day and another chance for us to get it right  


Happy cooking,

Sunday, May 9, 2010

Kari Ayam

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu

Selamat Hari Ibu kepada Mama! I L.O.V.you so much!!! dan juga kepada semua ibu di seluruh dunia.
Happy Mother's Day!

Cik Mira dah rajin sikit.. hehe.. maybe sebab aura dapur baru Mama kot.. haha
Mengikut perancangan awal, nak buat roti dan kari ayam. tetapi apakan daya... yis yang mira guna tuh dah expired rasanya.. haha sebab doh roti tuh tak naik naik pun... huhu
last last jadi macam roti canai pulak.. haha.. siap dok bercanai-canai ala mamak lagi dengan adik kesayanganku itu aka Amir.. haha
tapi malulah nak letak dalam nih sebab tak jadi sangat lah.. hehe nanti mira buat yang betul betul roti canai yer.. hehe
ha bila nak buat roti tuh dah tak jadi. tukar la pulak nak buat roti jala... hehe
punya la excited nak kawinkan roti jala dengan kari ayam tuh hehe
tetapi.. huhu ada 'tetapi' lagi hehe... acuan roti jala tak dak la pulak.. huhu penuh cabaran dan rintangan.
jadi setelah meeting tergempar dengan mama, mira guna piping bag saja..
wallaweh.. hahaha.. dah rupa nak buat kek tuh hehe...
jadi bila dah guna piping bag tuh, rupa paras roti jala tuh tak la berjala sangat.. hehe
rasanya sama cuma rupa paras yang tidak cantik seperti biasa hehe..
jadi sekali lagi Cik Mira yang comel ini berasa malu untuk menayangkan roti jala itu.. hehe
lain kali mira cuba buat roti jala dengan acuannya yer... hehe
Ok panjang sungguh bercerita hehe..
Jadi yang betul betul menjadi adalah Kari Ayam.. alhamdulillah

sedapnyer kalau cicah dengan roti


Bahan bahan:
  • minyak untuk menumis
  • 6 ketul ayam (saiz kecil)
  • 6 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari ayam (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 biji tomato ( 1 biji dipotong dadu & 1 biji dibelah 4)
  • 400 ml air
  • 200 ml santan
  • 1 biji ubi kentang (dibelah 4-6)
  • garam secukupnya


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih sehingga harum.
  2. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian dimasukkan tomato dadu dahulu. Kacau sehingga hancur.
  4. Seterusnya masukkan ayam, air serta kacau dan biarkan sehingga empuk atau masak.
  5. Masukkan santan dan ubi kentang. Biarkan sehingga kentang empuk.
  6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibelah 4 dan garam secukupnya.
  7. Biarkan mendidih seketika dan siap!
  8. Sedia dihidangkan

 
Action is the foundational key to all success
 
 
Happy cooking,

 

Thursday, May 6, 2010

New Kitchen!

Assalamualaikum... yeeeehoooooo... hehe semoga semua bergembira...
yaaa.. bergembira kerana Cik Mira yang comel ini dah kembali hehe
fuh..fuh..fuh.. fuh... tiup habuk habuk yang ada hehe..
lama benor tak mengupdate..
Cik Mira nih kadang kadang tak berapa nak berada dalam keadaan rajin untuk mencuba memasak.. hehe..
harap pengunjung CookiNg with L.O.V.E boleh menerima alasan yang diberikan haha
okeh.. kalini tak ada update masakan.. tapi ada update tentang our new kitchen..
wah.. hehe... kalau lepas nih tak rajin jugak masak tak taula..


ruang dapur yang telah berubah wajah... luas sikit dari yang dulu.. hehe


kabinet dah siap pasang




Jom masak! hehe


Jadi itu sajalah coretan untuk kali ini..
nantikan kemunculan masakan terbaru di CookiNg with L.O.V.E

 
  Your mental attitude is something you can control outright 
and you must use self-discipline until you create a positive mental attitude 
– your mental attitude attracts to you everything that makes you what you what you are
 
 
Happy cooking,

 
Related Posts with Thumbnails