Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Monday, November 30, 2009

Caramel sauce


Assalamualaikum..
Semoga semuanya bergembira hujung minggu yang lepas.. banyak sungguh Mira makan.. haha.. semua ditelan..
Dari lemang, ketupat, nasi impit, rendang, spaghetti, mushroom soup + garlic bread, ayam goreng, laksa, char koey teow, gulai daging, kurma daging, perut + nangka masak lemak cili api, kari kepala ikan, agar-agar kelapa, muffin, puding, mee kari, mee udang hinggalah menu kegemaran kat rumah nih... gulai ikan dan ayam masak kicap.. fuh..fuh..fuh... meriah sungguh dengan makanan.. Alhamdulillah..
rasanya muka pun sudah semakin comel.. hihi...
ha ok..ok.. Jom kita tengok macam mana nak buat Caramel Sauce nih.. hm, senang ja..
lagipun kalau tak habis, boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge..
Caramel Sauce nih boleh dihiaskan pada aiskrim, buah, muffin, kek, pancake dan apa-apa jelah yang sesuai.. hm, tapi kalau nak makan macam tuh ja.. manis sangat la pulak.. hihi...

Bahan-bahan: (250ml)
  • 200g gula
  • 2 sudu besar air
  • 200ml whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara menyediakan:
  1. Campurkan gula dan air bersama di dalam periuk. kacau sebati
  2. Di dalam periuk yang lain, masukkan whipping cream dan garam. kacau sebati.
  3. Seterusnya, panaskan periuk yang mengandungi gula dan air tadi dengan api perlahan. Masak sehingga gula mencair menjadi karamel. (sama seperti membuat gula hangus untuk puding telur).
  4. Alihkan dari api, apabila gula telah bertukar warna perang muda.. jangan terlalu perang, dikhuatiri gula menjadi pahit.
  5. Kemudian, panaskan periuk yang mengandungi whipping cream sehingga berbuih sedikit di keliling periuk.
  6. Masukkan karamel (berhati-hati kerana mungkin akan terpercik). Kacau sebati. Tutup api.
  7. Sedia digunakan. Sos yang berlebihan bolehlah disimpan.


manisnyer... sedapnyer... hehe

Life always has a purpose...You just don't know it in its entirety 
Not everyone is so lucky to discover that

Happy cooking,

Thursday, November 26, 2009

Strawberry Banana Muffins



Assalamualaikum...
Semoga berada dalam keadaan sejahtera dan berbahagia di samping orang-orang yang tersayang.
Selamat menyambut Aidiladha!!! 
 bersama-samalah kita meningkatkan pengorbanan dan menyuburkan keikhlasan

Tergoda tak dengan strawberry kat atas tuh??? hehe... Mira suka sangat dengan warna merah strawberry nih. Cantik sangat kalau ada D90 nih mesti lagi cantik.. hihi... rasanya pun mestila sedap..
hm, tapi mahal sikit la kalau beli kat supermarket tuh.. hihi.. kalau nak dibandingkan beli kat Cameron Highland..tapi tak apa la.. asalkan hasil dari mempergunakan strawberry nih menjadi dan harus la sedap.. hihi
Sebelum nih asyik buatkan Chocolate Muffins ja kat rumah... rasanya semua orang pun dah boring..
jadi kali nih Mira cuba la pulak resepi Strawberry Banana Muffins. Ha terus ada pisang dan strawberry sekali dalam muffin.. ha.. puas hati.. hehe
Mira gunakan Pisang Berangan.. sedap sangat.. sungguh enak dimakan begitu saja.. hehe..
Pisang dan strawberry nih dibeli kat Sunshine Square.. (ha kepada sesiapa yang selalu ke Sunshine tuh hati-hati tau.. kalau rajin, baca kisah kat sini)

Bahan-bahan:
  • 113g butter (dicairkan di dalam periuk dengan api kecil)
  • 160g gula perang
  • 2 biji telur (dipukul sedikit. hanya untuk mencampur putih dan kuning telur)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji pisang ranum (dilenyekkan dapat lebih kurang 1 cawan)
  • 1 cawan strawberry (lebih kurang 5-6 biji strawberry) (dipotong dadu)
  • 295g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (optional)
  • caramel sauce untuk hiasan

Cara menyediakan: (10-12 muffins)
  1. Panaskan oven 177 °C.
  2. Di dalam mangkuk yang besar, gaul bersama gula perang, telur, esen vanila dan pisang sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan butter yang telah cair ke dalam aduanan gula perang tersebut dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  4. Seterusnya di dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan bersama tepung, baking powder, baking soda, garam dan serbuk kulit kayu manis.
  5. Kemudian dengan perlahan-lahan, masukkan strawberry dan gaul sebati sehingga semua strawberry bersalut dengan adunan tepung. Ini adalah untuk mengelakkan strawberry dari termendap di bawah muffin nanti ketika dibakar.
  6. Selepas itu, masukkan adunan basah (langkah 3) ke dalam adunan kering. Kacaukan sehingga sebati sahaja. Jangan kacau terlalu lama kerana bimbang muffins akan menjadi keras.
  7. Masukkan adunan ke dalam bekas muffins dengan menggunakan dua sudu. 
  8. Bakar selama 20-25 minit.
  9. Sedia dihidangkan

 comel jer mereka berenam nih.. hihi


sedia dihidangkan untuk minum petang


bersama caramel sauce.. yummy!

 
pisang dan strawberry yang sungguh sedap apabila digandingkan


 It isn't always easy to live the life you were meant to, but the lessons learned and the rewards are immeasurable
 
Happy baking,

Saturday, November 21, 2009

Udang Sweet & Sour



Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu!!!
Mira tak berjalan mana-mana pun hujung minggu nih.. jadi sempat la jugak nak update blog nih.. hehe
~saya suka duduk rumah.. hari-hari duduk rumah saya suka..rumah saya hari-hari suka duduk.. eh..eh..eh..hehe~
Kali ni Mira nak kongsi pengalaman memasak Udang Sweet n Sour hari tuh. Senang disediakan dan sedap!
Resepinya pun lebih kurang sama dengan Ikan Sweet n Sour yang dah Mira cuba..
Pagi tadi masa kat dapur, telah mendapat leteran tips membersihkan udang.  hehe.. sebab masa masak Udang Sweet n Sour sebelum ni Mira potong terus itu kepala.. hihi..
Mama bagitau apabila memotong kepala udang, potong bahagian hujung kepala udang yang dekat dengan mata udang yang comel tuh.. sikit ja.. jangan potong semua kepala udang tu.. kalau tak, udang tak ada rasa manis..ha..nanti kalau kat rumah mak mertua jangan dok potong macam nih.. nanti..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..  
~Cik Mira menganguk tersipu-sipu malu tanda faham~


 Udangku yang telah dipancung kepalanya.. hehe

Bahan-bahan:
Udang
  • 15 ekor udang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak 
  • - Goreng udang yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan
Tumis
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • - Kesemuanya dihiris halus
Sos
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air 
  • - Satukan kesemua bahan sos di dalam mangkuk
Lain
  • 1 biji cili merah (dipotong) 
  • garam jika perlu
  • minyak
  • daun sup

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan sos dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan cili merah. Jika perlu masukkan garam.
  4. Kacau sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan sebati.
  6. Angkat dan hiaskan dengan daun sup.
  7. Sedia untuk dihidangkan


 Udang masam masam manis

Notes to myself:
Potong sikit ja bahagian hujung kepala udang.

Food styling is about putting different pieces of perfect food together

Happy cooking,

Friday, November 20, 2009

Kangkung Goreng


Assalamulaikum...
Selamat melayari internet.. hehe
tahniah kepada budak-budak UPSR yang dah dapat keputusan..
Mesti ramai yang seronok kalau nak cuti sekolah nih.. terutamanya budak sekolah la kan..
Amir tuh dah seronok sangat... cuti lama la katakan..
tapi yang si Suffi dok pulun exam SPM pulak.. semoga dipermudahkan
~adik-adikku~
hm, teringat pulak zaman muda remaja dulu-dulu..huhu.. lani dah besar-besar pun semua orang.. yang nak kahwin pun ramai..
eh..eh..eh... cerita apa Cik Mira nih dok mengarang.. huhu..
Jom tengok apa yang terhasil di dapur hari tuh..
Kangkung Goreng hehe.. yang nih senang sangat nak buat sebab guna Perencah Sayur Goreng...
hehe.. teringat kejadian pertama kali mencuba masak Kangkung Goreng guna perencah nih la..
ada ka patut Mira yang merasakan dirinya seperti chef di dapur, masukkan garam lagi.. hihi.. sepatutnya tak perlu..
tahap kemasinannya tidaklah terkata.. sampai tak ada seorang pun yang nak makan Kangkung Goreng tuh.. huhu.. tragis sungguh 
Tips: kalau pun nak masukkan garam gak.. apa-apa pun kena la rasa dulu kuah sayur goreng tuh..
hehe.. masin ka.. pedas ka.. tawar ka.. hihi

Tapi itu dulu la. Pertama kali.. hehe.. sekarang nih dah dua tiga banyak kali masak hidangan nih..
Kira dah cekap jugak la.. lagipun senang sangat.. hahaha

Bahan-bahan:
  • 1 peket Perencah Sayur Goreng
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 10-15 ekor Udang saiz kecil
  • 1 ikat Sayur kangkung
  • air secukupnya
  • minyak

Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. 
  2. Masukkan perencah dan bawang besar. Tumis sehingga harum
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan udang. Kacau sebati sehingga udang masak.
  4. Masukkan sayur kangkung dan kacau sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

 hidangan kegemaran keluargaku yang disayangi

Never live in the past but always learn from it


Happy cooking,



Thursday, November 19, 2009

Udang Tiga Rasa


Assalamualaikum
Semoga semua dalam keadaan sejahtera
Kali nih, Mira mencuba masak Udang Tiga Rasa.. rasanya ~pedas~masam~manis~masin~ eh nih dah empat rasa.. hihi ntah la..
bagi Mira resepi nih lebih kurang macam Udang Sweet n Sour ja.. hehe
Ringkas dan mudah disediakan!

Bahan-bahan:
Udang
  • 13-15 ekor udang
  • serbuk kunyit
  • garam
  • minyak
  • - Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan.
Tumis
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar cili kisar
Sos
  • 1/2 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/3 cawan air
  • - satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Ketepikan.
Lain
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • daun sup (optional)


Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis dan kacau sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan bahan sos dan kacau sebati.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Sedia dihidangkan

rasa udang yang manis bersalut sos yang pedas, masam dan sedikit masin

Timesaving cooking tips:
Have all ingredients prepared, measured, and set out within reach before you start cooking.


Plan your progress carefully; hour-by hour, day-by-day, month-by-month.
Organized activity and maintained enthusiasm are the wellsprings of your power.


Happy cooking,

Wednesday, November 18, 2009

Sambal Ikan Bilis


Assalamualaikum!
Selamat pagi dunia!!!!
Selamat menghadapi SPM, Suffi!!!!!  
(my little sister.. always be the little sister.. hehe) 
Semoga dipermudahkan menjawab peperiksaan itu..
YOU CAN DO IT!!!!
~ Our doa and all the best wishes always be with you... always ~


Ha dah sarapan ka? kalau sarapan dengan nasi lemak panas-panas memang sedap nih.. hehe
tapi Mira tak ada la nasi lemak nak jamu kat sini... hehe tak belajar lagi.
ada Sambal Ikan Bilis ja..
Hm layan jer la..Sambal Ikan Bilis pun sodap!

Bahan-bahan:
  • 1 cawan ikan bilis (digoreng dan diketepikan)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit air (optional)
  • minyak
Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga harum.
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Tumis sehingga cili kisar masak dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, madu dan air asam jawa. Kacau sebati.
  4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau sebati sehingga kesemuanya masak.
  5. Sedia dihidangkan

 kerangupan ikan bilis goreng bersalut sambal yang pedas... sungguh sedap

Notes to myself: 
ikan bilis perlu digoreng dengan lebih lama lagi agar lebih krruuup..krrraaaappp...krruuup..krrraaaappp...


Most people are about as happy as they make up their minds to be


Happy cooking,

Monday, November 16, 2009

Daging Blackpepper II




Assalamualaikum...
Semoga semua berada dalam keadaan sejahtera...
Daging Blackpepper nih memang sedap.. hehe..  Ramai yang pasti suka..
Sebelum nih dah pernah cuba.. jadi sebab tuh kali nih namanya Daging Blackpepper II hehe..
Kedua-dua resepi ni sedap.. cuma berbeza cara memasak saja.

Bahan-bahan:
Daging
  • 300g daging (dipotong kecil)
  • Air secukupnya
  • - Rebus daging sehingga lembut (Mira rebus lebih kurang sejam). Air rebusan disimpan untuk kegunaan memasak nanti
Tumis
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • - Kisar semua bahan dan ketepikan.
Sos
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • 3-5 titik minyak bijan
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • secubit garam atau secukup rasa
  • - Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan diketepikan.
Lain
  • minyak
  • 1-2 mangkuk air rebusan daging
  • 2 biji ubi kentang (dibuang kulit, dipotong wedges dan digoreng)
  • 2 biji cili merah (dihiris) (Mira belah dua, buang biji dan potong) -optional
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)

Cara menyediakan:
  1. Panaskan sesenduk minyak dan tumis bahan-bahan tumis yang telah dikisar tadi sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan daging bersama air rebusannya.
  3. Masukkan bahan-bahan sos. Kacau sebati. Biarkan mendidih
  4. Seterusnya masukkan kentang, cili merah dan bawang besar. Gaulkan kesemuanya sehingga masak.
  5. Sedia dihidangkan


 dagingnya sungguh lembut dikunyah dengan rasa pedas dari lada hitam

In your attempts to be innovative, do you make time for exploration?

Happy cooking,


Friday, November 13, 2009

Gulai Ikan


Assalamualaikum.. haaaaluuuuuuuuuuuuuu.... hehe
Good evening everyone! Selamat petang! dah nak malam pun.. hihi
hari nih nak berkongsi tentang Gulai Ikan la pulak yer.. hm, ada orang panggil Kari Ikan..
apa-apa jelah.. yang pasti, Mira menamakannya Gulai Ikan.. hihi
Ikan apa tuh? huhu.. Ikan Tenggiri
Ikan nih Uncle Madi yang bagi kat My Cintasayangiluvu.. 
dah tuh, sapa lagi yang nak mempergunakan ikan itu..
Cik Mira la jugak.. huhu.. tak apa.. belajar..belajar..
Terima kasih, Uncle! Lain kali bagi la lagi ikan yang best-best... boleh la makan belajar masak lagi..hm, gulai nih Mira buat terpekat la pulak kuahnya.. hoho..
Mama kata banyak kolesterol.. huhu.. apa boleh buat.. nih cubaan kali pertama..
hihi.. lagipun lain orang lain seleranya.. kan?

Bahan-bahan:
Utama
  • 4 ketul ikan tenggiri
  • 1 cawan minyak
  • 25g rempah kari
  • air secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato (dibelah dua)
  • 1/2 cawan santan (Mira pi hantam masukkan 200ml.. hihi)
  • garam dan gula jika perlu
Tumis
  • 3 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
Kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1/2 inci belacan

 
Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan rempah kari. Gaulkan sebati sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan serbuk lada. Biarkan mendidih.
  4. Seterusnya masukkan ikan dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan kacang bendi dan kacau seketika sehingga mendidih.
  6. Tuangkan air asam jawa dan masukkan juga tomato. Biarkan mendidih
  7. Akhir sekali masukkan santan, kacau sebati dan biarkan ia masak sebentar. Masukkan garam dan gula jika perlu.
  8. Sedia dihidangkan

 isi ikan tenggiri yang sungguh lembut serta rasa lemak dari santan
dengan haruman dari rempah dan daun kari
dihidang bersama nasi  yang masih panas... tak pun dimakan dengan roti...

Notes to myself: 
akan mencuba mengurangkan santan pulak


Without a strong reason or purpose, anything in life is hard

Happy cooking,

Thursday, November 12, 2009

Donut


Assalamualaikum...
Kelmarin kan besday My Cintasayangiluvu kan.. (**sila angguk kepala anda**)
Hm, tapi tak dapat la nak bagi hadiah yang hebat lagi marvelous.. student la katakan.... duit pun kurang memberansangkan hihi.. jadi setelah difikir punya fikir.. timbullah idea nih
nak buatkan something.. wah.. apa tuh? huhu rajin ker? kihkihkih
idea dalam kepala nak buat cupcakes... (siap pulun tanya syerah aka mummy lana tuh dan dah beli pun barang-barang) huhu
tapi... sedikit kurang yakin nak letak buttercream kat kek tuh.. huhu yeker.. ka kurang rajin..  haha
Jadi tukar la plan.. Donut saja lah..
hehe.. nasib baik menjadi jugak.. huhu
lagi satu nak cari lilin bentuk huruf tuh.. tak kesampaian..
jadi hantam saja lah.. print huruf-huruf tuh atas kertas keras (actually Mira recycle kad kahwin yang cantik tuh ja.. huhu).. lekatkan kat pencungkil gigi tuh.. pastu cucuk ja kat atas donut.. hihi.. siap..

Bahan-bahan:
  • 200ml air suam
  • 11g yis
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 50g butter
  • 1 sudu besar shortening
  • 500g tepung roti atau tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • minyak
  • gula kaster atau coklat untuk topping (mengikut citarasa)


Cara menyediakan:
  1. Masukkan air suam, yis, gula, susu tepung, butter dan shortening ke dalam mangkuk besar. Kacau sekadar untuk mencampurkan kesemua bahan... sekejap ja.. dan dibiarkan selama 10 minit sehingga yis mula membuih.
  2. Kemudian masukkan separuh tepung roti, telur dan garam. Kacau adunan sehingga sebati. (apabila telah sebati, dikacau 1 arah sahaja)
  3. Seterusnya masukkan lebihan tepung roti dan kacau sebati seketika.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan. Doh siap.
  5. Apabila doh telah siap, canaikan pada papan pencanai dan terap dengan acuan.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng donut dengan api perlahan. Goreng sehingga kekuningan atau keemasan.. sekejap ja.. kalau lama-lama nanti boleh jadi pau goreng atau burger malaysia tuh.. hehe
  7. Toskan dan golek-golekkan di atas gula kaster atau celup dengan coklat.
  8. Sedia untuk dihidang

dah siap digoreng.. warnanya sedikit sawo matang.. hihi

 
bersalut gula.. YUMMY!


rupa parasnya boleh la tahan kan? huhu.. 1st time buat nih


Ha yang nih pulak versi hadiah birthday My Cintasayangiluvu


dicelup dengan coklat dan ditabur mende alah tuh.. tak tau la nama apa hihi





Happy birthday sayang!

Notes to myself: 
perlu membentuk donut dengan lebih cun lagi.. hihi


The happiest people don't have the best of everything, 
they just make the best of everything that they have

Happy cooking,

Wednesday, November 11, 2009

Ayam Masak Kicap II


Assalamualaikum.. selamat pagi cinta! eh.. selamat tengah hari semua! hehe
Happy birthday to My Cintasayangiluvu!
I hope this day is as special as you are. I you!

Ha ok lah.. dah abis dengan ucapan birthday itu.. hehe
la ni kita layan Ayam Masak Kicap II la pulak ye.. hihi..
Kali ni Mira cuba resepi yang lain pulak.. sebab tuh namanya ada 'II' tuh.. hehe.. senang nanti kalau nak rujuk balik..
hm, Ayam Masak Kicap II nih ada rasa pedas-pedas dan haruman rempah sikit..
Kuahnya pun lebih pekat..Sedap!
kalau Amir yang makan dulu nih, jawabnya kering la pinggan tuh nanti..
Dia akan habiskan kuah yang ada.. hoho.. peminat ayam masak kicap la katakan ~kipas susah mati nih.. haha~

Bahan-bahan:
Ayam
  • 400 g atau 6 ketul ayam yang telah dipotong kecil
  • serbuk kunyit
  • garam 
  • - digaulkan sebati dan digoreng, kemudian ketepikan
Tumis
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 biji cili padi (diketuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
Sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • - disatukan dalam mangkuk dan diketepikan
Lain-lain
  • minyak 
  • air 
  • garam
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 2 biji cili merah (dihiris menyerong)



Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga harum.
  2. Masukkan bahan-bahan sos, air dan garam secukupnya. Kacau sebati sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau sehingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidang.

~menyelerakan~


The most beautiful thing is to see a person smiling... and even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it

Happy cooking,

Tuesday, November 10, 2009

Puding Laici


Assalamualaikum...
Hari nih sedikit panas la kat sini.. ha kalau panas-panas macam nih sedap jugak kalau makan puding yang sejuk tuh kan? hehe..
ha jom la tengok macam mana Cik Mira memudingkan buah laici itu dengan jayanya.. hahaha..
senang ja pun..

Bahan-bahan: (8 mangkuk)
  • 6 g serbuk agar-agar (tak berwarna) (hehe..tapi Mira guna yang warna kuning.. hehe nak menghabiskan stok  hari tuh.. haha.. hantam saja la)
  • 1 Liter atau 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici (diasingkan buah dan airnya)
  • 1/2 tin susu cair

Cara menyediakan:
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan gula dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
  3. Matikan api dan masukkan air laici dan susu cair. Kacau sebati.
  4. Tuangkan puding ke dalam bekas.
  5. Masukkan 1-2 biji buah laici ke dalam setiap bekas. Lebihan buah laici disimpan untuk hiasan di atas puding apabila hendak dihidangkan nanti.
  6. Sejukkan di dalam fridge selama 1-2 jam.
  7. Sedia dihidangkan.. Nyaman!

 beberapa biji laici yang tengah main sembunyi-sembunyi.. hehe


hm... sedap!

Notes to myself:
akan cuba memotong dadu dulu buah laici sebelum dimasukkan ke dalam puding.. huhu.. baru senang nak telan nanti.. huhu


Just because someone doesn't love you in the way you want them to, 
doesn't mean that they don't love you with all they've got

Happy cooking,



Saturday, November 7, 2009

Sotong Goreng Tepung


Assalamualaikum! Semoga berada dalam keadaan sejahtera... tak kira lah di mana anda berada..
Kali nih Mira telah mempergunakan sotong la pulak yer.. hihi..
Sotong Goreng Tepung nih memang la makanan kegemaran Mira.. sedap! hm, lapar sudah... adeh.....
hm, petang nih nak pi HOMEDEC 09 kat PISA la pulak.. hihi.. tak penah pi lagi.. hikhikhik.. tuh yang terlebih excited la pulak..
tapi sebelum tuh, jom la tengok apa dah jadi kat sotong tuh.. jeng..jeng..jeng..

Bahan-bahan:
  • 120 g sotong (dihiris)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung goreng bercili
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur (sepatutnya guna 1/2 ja sebab sotong ada cinonet jer pun.. heehee)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada
  • minyak


    Cara menyediakan:
    1. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk lada. Ketepikan.
    2. Pukul telur sehingga putih dan kuning telur bercampur, kemudian masukkan sotong tadi. Ketepikan.
    3. Gaulkan tepung gandum, tepung goreng bercili dan baking powder sehingga sebati.
    4. Panaskan minyak. Ambil sotong dan masukkan ke dalam tepung.. dialih-alihkan supaya tepung menyeliputi keseluruhan sotong dan deep fry. Goreng selama 4-5 minit. Jangan terlalu lama, dikhuatiri sotong akan keras dan liat.
    5. Toskan dan sedia dihidang 




    YUMMY!


    No two cooks do things in exactly

    Notes to myself:
    akan mencuba letakkan serbuk cili dan daun kari pulak lepas nih..




    Happy cooking,

    Friday, November 6, 2009

    Roti Sosej


    Assalamualaikum! Good evening!!! Sejuk ja kan hari nih.. hehe
    tahap kerajinan nak study pun sedikit menurun seperti mana suhu di Pulau Mutiara ini.. hehe
    Ha, semalam kan dah mencuba guna Bread Maker Mak Jang ku itu.. hehe
    best.. senang ja.. tak payah nak menguli doh lagi.. huhu.. nak senang ja Cik Mira nih..
    Hm, dah lama teringin nak buat roti.. akhirnya.. berjaya jugak..
    tak la susah mana.. cuma bila nak membentukkan roti tuh yang sedikit mencabar..
    al-maklumlah.. tidak ku pernah buat keja-keja macam tuh.. hihi
    Jadi terhasillah roti sosej yang pelbagai rupa.. hehe.. diharap mata-mata yang melihat tak la berdarah ka.. bersilau ka.. berkelip-kelip ka.. dok terkelipop-kelipop ka.. hehe.. terima jelah seadanya..

    Roti Sosej (10 biji)

    Bahan-bahan:
    DOH 
    • 160ml atau 2/3 cawan air
    • 50g gula pasir
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1 biji telur
    • 25g shortening (lemak sayuran)
    • 250g tepung roti
    • 50g tepung gandum
    • 1 sudu kecil susu tepung
    • 1/4 sudu kecil bread improver
    • 1 sudu kecil yis
    LAIN-LAIN
    • tepung (untuk proses membentuk roti)
    • 10 biji sosej (dicelur)
    • cheese parut (sepatutnya guna bijan..hehe.. tapi tak ada..hantam saja lah)
    • egg wash (Mira guna 1 biji telur dipukul dengan garfu dan ditambah sedikit garam.. kalau ada setengah telur pun dah cukup)
    • mentega (untuk disapu pada loyang)

    Cara menyediakan:
    1. Masukkan kesemua bahan doh ke dalam Bread Maker dan pilih setting Dough. Jika tidak menggunakan Bread Maker, uli semua bahan doh sehingga... hm, jadi doh la..
    2. Setelah doh siap, keluarkannya dan letakkan di dalam mangkuk besar yang telah ditabur sedikit tepung.
    3. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut untuk mengeluarkan angin. (hm, part nih best jugak.. huhu..)
    4. Bahagikan doh kepada 10 bebola sebesar bola golf.. lebih kurang 60g setiap satu.
    5. Rehatkan bebola doh tersebut selama 10 min. (ia akan membesar, macam bentuk kuih pau pun ada.. hihi)
    6. Ambil 1 bebola doh dan canaikan menjadi bentuk oval atau segi empat. Sila rujuk gambar di bawah.
    7. Kemudian letakkan sosej di tengah-tengah doh yang telah dicanai tadi dan potong kepada 6 bahagian pada kanan dan kiri doh.
    8. Selimutkan sosej tersebut dengan doh. Sila rujuk gambar di bawah.
    9. Susun semua roti sosej di dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Jangan terlalu rapat.
    10. Sapukan egg wash dan taburkankan cheese/bijan.
    11. Biarkan ia naik sekali lagi selama 30-45 minit.
    12. Akhir sekali, bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 5 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar selama 10-12 minit atau sehingga keemasan.
    13. Setelah siap, sejukkan di atas wire rack. Jika perlu dipotong, jangan potong ketika masih panas... nanti tak cantik. Walaupun dah excited nak rasa roti tuh, tapi diharapkan bawak-bawak bersabaq.. Roti mudah dipotong ketika telah sejuk.



    kesemua bahan doh dimasukkan ke dalam bread pan



     selimutkan sosej


    *** AMARAN: KEPADA YANG MENGALAMI MASALAH SAKIT MATA, LEMAH SEMANGAT, SAKIT PARU-PARU DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA SILA JANGAN TENGOK GAMBAR SETERUSNYA... hihi


     
    besaq gedabak dan rupa paras yang pelbagai bentuk.. hihi..


     beginilah rupanya setelah siap dibakar


    menyenget pulak roti nih.. hihi.. apa-apa pun sedap.. lembut ja.. kalo makan panas-panas tersangat la sedap..


     Everything has its beauty

    Notes to myself:
    boleh ditambah bilangan roti... 12-15 biji roti.. sebab roti terlalu besar kalau buat 10 ja
    perlu menyelimut sosej dengan lebih kemas lagi dan mencuba teknik lain.
    perlu menyapu egg wash lebih banyak lagi.. hihi.. yang dah siap tuh kureng warna keemasannya itu
    akan mencuba membuat doh tanpa menggunakan Bread Maker kerana hasil pembacaan browsing daripada buku The new family bread book (this is a great book), dicadangkan tidak menggunakan Bread Maker... kerana akan menghasilkan roti yang lebih baik dan juga kelebihan-kelebihan yang lain..


    Happy baking,

    Thursday, November 5, 2009

    Ikan Goreng Berempah


    Assalamualaikum..selamat petang!!!
    sekarang nih tengah menunggu dengan penuh kesabaran adunan roti dibuat oleh bread maker itu.. haha
    pinjam dari MakJang.. terima kasih daun keladi.. hihi
    nih 1st time buat wooo.. tak tau la jadi apa nanti..
    buku manual dah baca berkali-kali.. hihi siap nengok videonya lagik...
    fuh..fuh.. semangat Cik Mira nih.. kalo nak jadi promoter oven tuh pun boleh jugak nih.. haha
    hm, nanti dah siap rotinya tuh, boleh la nak tunjuk kat sini.. huhu..
    Sementara Mira dok melayan menguap yang entah ke berapa kali lagi nih.. apakata jom kita layan hasil Mira di dapur hari tuh..
    Ikan Goreng Berempah.. hehe.. selalunya kalau goreng ikan... goreng dengan garam n serbuk kunyit ja.
    Jadi nak cuba la pulak goreng style yang macam nih. goreng berempah..
    hm, sedap gak.. tukar selera.. hihi

    Bahan-bahan:
    • 2 ekor ikan
    • sedikit hirisan halia
    • 2 cm kunyit
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • garam secukupnya
    • minyak


    Cara menyediakan:
    1. Tumbukkan halia, kunyit,bawang putih, serai dan garam sehingga lumat.
    2. Kemudian gaulkan bahan ditumbuk tadi dengan ikan dan diperap selama sejam atau lebih.
    3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
    4. Siap!

     ~baunya sungguh memikat hati... hmm.. sedap~


    Unless you try to do something beyond what you have already mastered, you will never grow


    Happy cooking,




    Related Posts with Thumbnails