Pages

Tasty and Easy

Breads Cakes Chicken Cookies Desserts Drinks Eggs Fish & Seafoods Kuih Meat Muffins Pasta and Noodles Rice Breads Vegetables

Friday, September 11, 2009

Sirap Bandung Soda


Assalamualaikum..
3 hari lepas Mira da cuba buat sirap bandung soda.. pergh.. mengancam.. hehe
Mulanya nak buat untuk berbuka puasa, tapi disebabkan cik Mira nih akan terketaq2 buat keja kat dapur walaupun nak buat air nih tak sampai sepuloh minit ja pun. ditambah pula, Mama aka my kitchen police dah start nak berleter pasal buat keja lambat....
Jadi air nih siap selepas selesai menjamu selera.. hahahaha..
okay la kan.. nih 1st time buat.
Semua resepi yang kat sini, 1st time Mira buat.. hehe.. baru nak belajaq masak.. kuikuikui
cuba lah.. senang ja pun

BAHAN-BAHAN:
  1. 600ml air
  2. 2 sudu besar sirap ros
  3. 1/2 tin susu cair
  4. 1 tin ice cream soda
  5. 6 sudu gula
  6. secubit garam
  7. air batu 
  8. *** bahan-bahan nih boleh diubah mengikut citarasa masing masing yer.
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Masukkan air, sirap ros, susu cair, gula dan garam.
  2. Kacau sehingga larut. Sampai jadi air bandung.
  3. Kemudian baru dimasukkan ice cream soda perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati.
  4. Akhir sekali, tarik (macam buat teh tarik) dahulu air nih sebelum dihidangkan bersama air batu.
  5. pergh... mengancam



-credit to my Mama and my cintasayangiluvu-

DID YOU KNOW?
Di Pulau Pinang atau orang Utara, air batu dikenali sebagai ketui aih/ais.


Selamat mencuba!
  

Tuesday, September 8, 2009

Puding Telur Berkaramel

Assalamualaikum...
Semua orang pernah pergi param kan? ha apa tuh param??? hehe pa=pasar ram=ramadhan
hehe.. boleh? boleh la tuh..da ramai jugak orang guna param nih.

Antara juadah yang selalu dijual kat situ adalah Puding telur berkaramel
Adik-adik saya suma suka.. saya pun.. hehe.. dan juga my cintasayangiluvu.. :D
Minggu lepas ada la bawak balik kampung & bagi kat bakal ibu mertuaku.. kihkihkih,
hehe.. suma orang dok puji.. aceh.. bangga I.. hoho
Pak Lang pun amik resepi nih..
Ha, lagi satu, cara nak buat pun senang ja..
Saya yang  tak berapa nak terer masak & kali pertama mencuba pun boleh jadi dengan sedapnya.. hehe
Resepi nih diambil di internet ajer.

jadi, apa tunggu lagi.. cuba la.. sedap


BAHAN BAHAN:
  1. 7 biji telur (saiz besar)
  2. 3/4 tin susu isian pekat *** ikut citarasa.. (kurang atau tambah)
  3. 3 sudu besar gula pasir
  4. 2 sudu besar tepung kastard
  5. 1 sudu kecil garam
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 cawan air
Untuk karamel/gula hangus: *** mengikut citarasa/kuantiti
  1. 1/2 cawan gula pasir
  2. 1/2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Letakkan gula pasir untuk membuat karamel/gula hangus ke dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil.
  2. Masukkan air perlahan lahan. sedikit demi sedikit.
  3. Kacau sehingga keseluruhan gula menjadi cair.
  4. Teruskan mengacau sehingga gula bertukar menjadi warna kekuningan.dan tutup api.
  5. ***jangan sampai warna terlalu kuning atau perang kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik.
  6. Lengang-lengangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi dasar loyang.
  7. Biarkan ia membeku.
  8. Seterusnya masukkan telur, susu, gula, tepung kastard, garam, esen vanilla dan air ke dalam blender dan kisar sampai sebati. (lebih kurang 15saat sahaja.. heehee)
  9. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilapisi gula tadi dengan menggunakan penapis.
  10. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih.
  11. Adunan dikukus dengan api sederhana kecil selama 45minit atau sehingga masak.
  12. Apabila telah masak, biarkan sejuk seketika dan kemudian kikiskan keliling loyang dengan pisau dan telangkupkan di atas pinggan.
  13. Simpan ke dalam peti sejuk.
  14. Sedia untuk dihidang.



Sekian sahaja, saya melaporkan dari bilik berita rumah saya.. haha

Happy cooking,

Sunday, September 6, 2009

Chocolate Muffins



Assalamualaikum..
Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari ni Mira nak berkongsi resepi muffin plak.
Sebenarnya dah lama teringin nak makan muffin coklat nih. hari hari tengok kat internet.. hoho..
sungguh terliur... sampai kan Pah; labmate Mira pun mesti dah bosan dok dengar rintihan, keluhan Mira yang dok mengidam muffin nih.. haha.. sabaq jela Pah.
hehe Akhirnya, Mira berjaya jugak menghasilkan muffin yang sungguh enak.. hehehe puji diri sendiri..

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan (113g) butter (dicairkan di dalam periuk dengan api perlahan dan ketepikan)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan (240ml) ***buttermilk
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 3/4 cawan (230g) tepung gandum
  • 2/3 cawan (60g) serbuk koko
  • 1 1/4 cawan (265g) gula perang halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100g chocolate chips
  • muffins cups
    ***buttermilk  (Mira tak jumpa di kedai, jadi buat sendiri jela)

    1. Masukkan perlahan-lahan sambil mengacau, 1 sudu besar cuka atau jus lemon ke dalam 1 cawan (240ml) susu.
    2. Biarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.

      Cara menyediakan:
      1. Preheat oven 190 °C
      2. Di dalam mangkuk besar, gaulkan bersama telur, buttermilk dan esen vanilla. Ketepikan.
      3. Di dalam mangkuk besar yang lain, gaulkan bersama  tepung gandum, serbuk koko, gula perang halus, baking powder, baking soda dan garam.
      4. Masukkan chocolate chips dan kacau sebati.
      5. Dengan menggunakan spatula, masukkan bahan basah (dari langkah 2) bersama butter ke dalam bahan kering (dari langkah 3). Kacau sehingga semua bahan sebati.
      6. *** Jangan overmix adunan kerana khuatir muffin yang keras akan terhasil.
      7. Masukkan adunan ke dalam muffin cups.(2/3 cup)
      8. Bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak (apabila dicucuk pencungkil gigi dan dikeluarkan, ianya bersih tiada adunan yang melekat)

       masukkan adunan sebanyak 2/3 muffins cup

       
      teksturnya sungguh gebu dengan chocolate chips yang mencair di dalam
      Yummy!



        Doing your best at this moment puts you in the best place for the next moment

      Happy baking,

      Saturday, September 5, 2009

      Nenas Masak Lemak


      Assalamualaikum and hello everyone!
      I hope all of you enjoy the recipes here.
      Harini Mira nak kongsi resepi daripada Tok Hawa.
      Pertama sekali Mira merasai keenakan hidangan nih adalah semasa Mira menghabiskan masa cuti sekolah lepas habis UPSR 1997 di 'pondok' tok kat Sungai Bakap. Wow, it's been a long time.. huhu..
      Resepi nih diberi nama NENAS MASAK LEMAK (hm, my stomach is rumbling now and the mouth watering.. haha)
      The taste was so so so GOOD,YUMMY and of course this is one of my favorite dish.
      I tried to cook this dish a few month ago and it turn out to be OK,YUMMY and of course DELICIOUS hehehe

      Here is the recipe. So simple


      Bahan-bahan:
      1. Separuh Nenas (yang dah masak ye.. this is a common sense, tapi pada mulanya Mira pun tanya Mama nak beli nenas yang mana.. hahaha.. sangat tragis kan?)
      2. 2 biji Cili (ditumbuk)
      3. 4 ulas Bawang (ditumbuk)
      4. 20 ekor Udang
      5. 1 cawan Santan
      6. Garam secukup rasa

      Cara menyediakan:
      1. Nenas dicincang halus.
      2. Kemudian masukkan nenas ke dalam periuk bersama sama cili dan bawang.
      3. Masukkan sedikit air dan udang.
      4. Seterusnya dibiarkan nenas masak (jadi kering sedikit)
      5. Masukkan santan
      6. Masukkan garam secukup rasa
      7. Kacau seketika sehingga masak.
      8. Sedia dihidangkan

       

      That's all for today. Bolehlah dicuba untuk berbuka puasa petang nih..

      Info to share:
      Apabila nenas masak, ia mempunyai aroma manis yang unik dan isinya berjus dengan rasa yang manis dan sedikit berasid.

      ~Selamat Menjalani Ibadah Puasa~

      Happy cooking,

      Wednesday, September 2, 2009

      Sponge Cheese Cake


      gebus berdegus.. hihi..

      Assalamualaikum...
      Actually this is from my another blog entry.. hehe.. i just paste it here..

      Ingredient:
      • 250g Cream cheese (a pack of Philadelphia cream cheese softened)
      • 250g Fresh milk
      • 90g Butter (softened)
      • 6 Egg (seperate)
      • 60g Flour (sieve)
      • 20g Corn flour / Cornstarch (sieve)
      • 140g Fine sugar
      • 1/4 teaspoon Cream of tartar

       Method:
      1. Beat Egg white + cream of tartar + sugar (sampai bila kita terbalikkan, ia tak jatuh.. hehe). Then remove.
      2. Melt cream cheese, fresh milk and butter in slow fire. use wooden spoon. until fine. Remove
      3. Beat together ingredient (2) + flour + corn powder + egg yolk 1 @ time. (masuk 1,1). Then ingredient (1).
      4. place in greased cake pan
      5. bake in double boiling for 60 min @ 160 °C
      6. and enjoy!
      sedia untuk minum petang


      DID YOU KNOW?
      à la = a French phrase, meaning "in the manner of".

      Happy baking,
       
       

      Tuesday, September 1, 2009

      Spaghetti


      Assalamualaikum...
      Spaghetti adalah masakan pertama yang Mira masak.. Mira cuba masak bersempena Hari Lahir Mama pada hujung tahun 2007. hehe.. bersemangat nak belajar masak masa tuh.. jadi menuntut ilmu dengan Cbah. Terima kasih Cbah!!! hehe..
      Mama sungguh terharu bila anaknya yang comel lagi anggun nih memasak.. Masih ingat lagi.. Mama kata "Boleh jugak masak anak mama nih" hehe.. yer la Mama.. hihi.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

      Bahan-bahan:
      • 1 pek pasta (250g)
      • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
      • 6 ulas bawang putih ( ditumbuk)
      • 8 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
      • 1 tin besar tomato puree
      • 5-6 kiub pati ayam
      • 800g Daging cincang
      • 1 tin cendawan butang (dipotong dadu/kecil)
      • 2 peket Perencah Bolognese Maggi
      • Serbuk daun Oregano kering
      • serbuk lada hitam (jika perlu)
      • Cheese parut
      • Air
      • Minyak 



      Cara menyediakan (spaghetti):
      1. Panaskan air sehingga mendidih terlebih dahulu
      2. Kemudian masukkan sedikit minyak.(untuk mengelakkan pasta daripada melekat antara satu sama lain)
      3. Masukkan pasta.
      4. Biarkan hingga lembut atau masak sepenuhnya sebelum diangkat dan ditoskan seketika.


      pasta yang telah sedia untuk ditoskan

      Cara menyediakan (kuah):
      1. Panaskan minyak
      2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga garing.
      3. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga cili masak.
      4. Kemudian satu-persatu, masukkan tomato puree, kiub pati ayam dan sedikit air jika perlu. Kacau seketika.
      5. Masukkan daging cincang dan tutup periuk (10 minit)
      6. Masukkan cendawan, perencah Bolognese dan sedikit air jika perlu. Kacau seketika.
      7. Akhir sekali masukkan serbuk daun oregano kering dan lada hitam
      8. Tabur bersama cheese parut apabila dihidangkan

      mudah dan sedap!

      I accept what I have and where I am... I'm learning what I need to learn

      Happy cooking,

      Assalamualaikum

      Saya baru belajar beberapa resepi yang ringkas untuk dikongsi bersama.

      this blog is like a 'Cooking for Dummies'
      hehe and as my cooking logbook & bukti kepada bakal mak mertua yang saya belajar memasak.

      saya juga berharap blog ini akan memberi idea/resepi yang ringkas untuk dicuba oleh semua orang.

      I start with nothing. and i'm sure, others who just like me, can cook for yourself and your loves one!
      hehe

      after all there is nothing more wonderful than the feeling of pride you get when you create something yourself.

      Everyone can cook!

      happy cooking,
      Related Posts with Thumbnails